Assalamualaikum

Khamis lepas kami sambut birthday Adam yang ke 5. Birthday Adam 3 Jun sebenarnya, sajer sambut awal sebab 3 Jun tu kan dah puasa. Kalau sambut lepas berbuka, macam terkejar-kejar nak terawih pulak. Kalau sambut lepas terawih, risau Aiza amukan nak tidur pulak. Jadi sambut jer lah awal, sebelum puasa. Hehehe

Kali ni sambut birthday Adam betul-betul simple. Semata-mata kek jer. Makanan lain/hiasan semua tak ada. Tapi kali ni kami sambut kat tempat best sikit lah. Kami sambut kat tepi swimming pool hotel kat Pulau Pinang.

Saya dah lama teringin berjalan kat Penang. Dah alang-alang nak balik Jitra awal puasa, kita singgah la Penang dan sambut birthday Adam sekali. Ajak mertua turun Penang, celebrate sama-sama. Seronok betul Adam celebrate birthday dengan Mak Tok dan Tok Wan. Dapat pulak kek birthday Thomas, berganda-ganda lah seronok dia.

Mak Tok, Adam, Tok Wan dan Aiza

Mak Tok, Adam, Tok Wan dan Aiza

Dari tahun lepas lagi tau Adam berzikir mintak kek birthday Thomas. Penat pujuk dia, “tunggu birthday Adam..tunggu birthday Adam.. birthday Adam lambat lagi..” Tapi tiap kali dia nampak kek, tiap kali tu lah dia mintak kek birthday Thomas. Haih… Jadi bila dapat kek Thomas ni, memang dia seronok sangat-sangat lah.

Muka gembira dapat kek Thomas

Muka gembira dapat kek Thomas

Keretapi Thomas atas kek tu memang mainan betul tau. Jadi, Adam bukan semata dapat kek jer, tapi dapat mainan keretapi Thomas tu sekali. Mainan tu kedai kek yang letak sebagai hiasan kek.

Atas kek ada keretapi Thomas

Atas kek ada keretapi Thomas

Kek birthday Thomas ni saya order kat kedai Jasmine Cake kat Sg Dua, Gelugur Penang. Yer lah, takkan saya nak bawak kek dari Kl pulak kan. Hehehe. Sampai jer Pulau Pinang, terus gi amik kek dulu. Kecik jer kek ni. Kek comel ni harganya RM49.00. Murah kan? Sedap pulak tu. Saya order kek ni guna email jer. Diskas itu ini semua guna email. Sampai hari kejadian, terus ambil dan bayar kat kedai. Kek dia comel dan sedap. Berbaloi sangat.

Kami celebrate birthday Adam ni kat Hotel Sentral Seaview Tanjung Bungah. Check in pukul 4 lebih, naik bilik, rehat dan solat . Dalam pukul 6, kami turun bawah terus pegi pool hotel.

Hotel Sentral Seaview ni betul-betul tepi laut. Pool dia mengadap laut. Mula-mula plan nak celebrate betul-betul tepi swimming pool. . Tapi panas la pulak duduk kat situ.. Jadi kami pindah masuk dalam restoran hotel tu jer. Tepi pool jugak, cuma dalam bangunan. Hehehe.

Tukar tempat masuk dalam restoran

Tukar tempat masuk dalam restoran

Dah alang-alang dok dalam restaurant, order lah air ngan makanan sikit. En suami order chicken chop. Saya order kopok lekor. Nyanyi lagu birthday, potong kek lepas tu makan.

Muka nervous ppotong kek birthday

Muka nervous potong kek birthday

Lepas celebrate birthday, Adam nak mandi pool pulak. Saya lupa sangat nak bawak baju mandi Adam ngan Aiza. Jadi Adam mandi pakai spender, Aiza pakai legging. Jadiklah..

Sorang pakai spender, sorang lagi pakai legging terjun pool

Sorang pakai spender, sorang lagi pakai legging terjun pool

Time mandi pool tu dah tak ramai orang, seronok la Adam ngan Aiza tu main air.

Bulan 9 nanti celebrate birthday Aiza pulak. Tak plan lagi nak celebrate macam mana/kat mana. Aiza lom pandai mintak itu ini, jadi celebrate macam mana pun, dia ok jer..bukan dia paham pun. Hahahaha.

Happy 5th Birthday Adam Zafrie

Happy 5th Birthday Adam Zafrie