Assalamualaikum

Adui..lemaunya badan. Baru baik demam nih. Tapi nak update jugak blog. Takut kang lupa. nak cerita tentang birthday Aiza minggu lepas.

Sabtu minggu lepas, 30 september 2017 Aiza Zahiya genap 2 tahun. Kami celebrate birthday Aiza kat rumah mak saya. Memang biasanya macam tu lah. Kami celeberate birthday anak samada kat rumah mak saya atau rumah mertua. Meriah sikit bila celebrate birthday sekali dengan atuk dan  nenek atau mak tok dan tok wan.

Malam Jumaat sebelum birthday tu, masa anak-anak dah tidur, gigih saya tiup belon. Senang tiup awal-awal. Esok kang tak gaduh ngan budak-budak. Kang mak ko stress meniup belon sambil gaduh ngan anak tak sabar tunggu belon. Tapi tak banyak mana pun belon saya tiup tu ha.. Dapat 5-6 biji belon jer. Sebabnya saya pun tak berapa sihat masa tu. Batuk-batuk, dan sakit tekak. .

Pagi sabtu tu ambil kek. Tempah kek dengan baker area rumah saya jugak. Pick up kek kat surau taman. Hehehe. Lepas tu straight gi rumah mak.Bawak sekali belon yang dah ditiup malam sebelumnya dalam bonet. Sampai rumah mak, mak saya tengah masak bihun. Jadi saya pun buat la deko ala kadar. Janji ada. Nak deko beria pun tak berapa larat. Badan memang rasa nak demam dah time tu.

Simple deko

Simple deko

Masa birthday Aiza tu, adik saya sekeluarga pun ada sekali. Seronok Adam ngan Aiza  main-main ngan sepupu. Umur masing-masing pun lebih kurang jer.  Tiap kali cucu-cucu mak berkumpul, memang kecoh huru hara lah rumah mak tu.

Seronok la Adam tu main kejar-kejar ngan Mikail

Seronok la Adam tu main kejar-kejar ngan Mikail

Tu yang baju biru tu, si Mikail tu baru 3 tahun tau. Kemain besar lagi. Kalau orang tak tahu, ingat Mikail tu dah 6 tahun.

Bila dah siap masak semua, nyanyi-nyanyi lagu birthday, potong kek..pastu makan-makan.

Kek Birthday Aiza tema pelangi

Kek birthday Aiza tema pelangi

Masa order kek ni, rasa macam dah ok deko simple macam nih. Bila dah depan mata, macam kesian sangat pulak. Bukan salah baker, memang saya yang mintak macam nih. Patutnya kena letak icing pelangi jugak kat keliling kek kan? Barulah meriah. Takperlah, kek dah jadi.. makan jer lah. Bak kata En Suami, kek tu nak masuk mulut jer pun..bukan buat hiasan. Yer..baiklah.

Sebelum nyanyi lagu irthday ambil gambar family dulu

Sebelum nyanyi lagu birthday ambil gambar family dulu

Lepas nyanyi lagu birthday, tiup lilin..pastu potong kek.

Potong kek

Potong kek

Kek birthday Aiza kek chocolate moist.  Memang tu jer lah kek birthday Adam ngan Aiza tiap-tiap tahun sebab En Suami ngan Adam tu suka kek coklat jer. Kek lain tak suka. Order kek lain kang tak makan pulak. Jadi order jerlah kek yang sama tiap tahun. Deko jer berbeza.

Moist choc cake with choc ganache filling

Moist choc cake with choc ganache filling

Alhamdullilah, dah genap 2 tahun usia Aiza. Walaupun Aiza ni kecik, lambat berjalan, tapi Aiza sihat dan aktif.  Dan..ringan mulut. Petah bercakap berbanding Adam. Umur 2 tahun Aiza dah boleh susun 3 patah perkataan macam ” Mommy, nak susu” atau “Aiza nak main”.  Dia cakap pun jelas. Tu mak saya kata.. Aiza ni lambat jalan sebab dia pandai cakap dulu. Biasanya salah satu. Yer lah kot.. Sebab Adam dulu cepat berjalan, tapi bercakap..Ya ampun, sampai sekarang masih berterabur bahasa Adam tuh.  Haiih..

Aiza Zahiya 2 tahun

Aiza Zahiya 2 tahun

Aiza fully wean off (cerai susu badan) masa umur dia 1 tahun 11 bulan. Sekarang ni dia minum susu segar jer. Tapi kadang-kadang tu dia mintak jugak susu badan terutama masa nak tidur. Walaupun dia menangis mintak nak ngempeng, tapi hati mommy ko ni kering tau. Mommy tak layan. hahahahaha. Sebelum tidur mesti nak salam ngan daddy dan Adam dulu. Pastu wat drama kejap nak salam, kejap tak nak. Nak tidurkan Aiza ni kemain kecoh riuh rendah satu rumah. Makan pun sama.. Banyak drama betul. Kejap nak..kejap tak nak. Letih la mommy ni tau dakkk…Haih…

Aiza ni tak suka sangat mainan perempuan. Dia suka mainan abang dia. Kalau belikan teddy bear ke patung ke.. sekejap jer dia pegang, lepas tu sambung main kereta, main robot, main ultraman, pendek kata dia lebih suka mainan abang dia. Ada jugak belikan Aiza tu set masak-masak, tapi yang lebih main Adam. Aiza tu kang tengok jer abang Adam dia tu main.

Pelik jer Aiza tu tengok Adam.. ni birthday Aiza ke birthday Adam??

Pelik jer Aiza tu tengok Adam.. ni birthday Aiza ke birthday Adam??

Ada ngan Aiza tu kalau tengah seronok main sama-sama, memang gelak-gelak jer lah. tapi kang bila gaduh berebut mainan ke..tak pun Adam tu kacau Aiza ke.. memang jerit-jerit lah Aiza tu nanti. Haih.. Tapi mommy tahu, Adam sayang sangat ngan Aiza.. Aiza tu pun sayang sangat ngan Abang Adam. Kalau salah satu takder, mesti mencari. Mommy harap Aiza dan Adam jadi kawan baik sampai bila-bila. Mommy doakan Adam dan Aiza sihat sepanjang hayat dan membesar jadi hamba Allah yang baik dan beriman..berjaya di dunia dan akhirat.

Main sama-sama, hangan gaduh-gaduh tau. Sayang satu sama lain hingga ke syurga. InshaAllah

Main sama-sama, jangan gaduh-gaduh tau. Sayang satu sama lain hingga ke syurga. InshaAllah