Assalamualaikum

Sabtu depan, 30 September 2017  Aiza Zahiya genap 2 tahun. Rasanya saya tak pernah beritahu kat blog ni yang Aiza tu lambat berjalan. Sebenarnya, Aiza hanya boleh berjalan sendiri masa umur dia 20 bulan (1 tahun 8 bulan). Lambat kan? Dan Aiza memang ikuti pemulihan cara kerja (Occupational Therapy, OT) untuk bantu dia belajar berjalan.

Dari umur 8 bulan Aiza merangkak jer kesana kemari.  Memanglah elok kalau budak merangkak lama.. tapi kalau terus merangkak tak boleh berjalan pun masalah juga.

Memang berbeza sangat dengan Adam. Adam memang cepat berjalan. Umur 10 bulan lebih, dia dah pandai berjalan sendiri.  Jadi bila Aiza umur 12 bulan, masih merangkak ke sana kemari, bila berdiri masih berpaut pada benda, kami dah mula risau.

Aiza 12 bulan - berdiri mesti berpaut pada benda

Aiza 12 bulan – berdiri mesti berpaut pada benda

Aiza 12 bulan- kesana kemari masih merangkak

Aiza 12 bulan- kesana kemari masih merangkak

Makcik saya suruh kami bawak Aiza ke pantai, bagi kaki dia pijak-pijak pasir. Jadi kami bawak lar Aiza ke pantai. Kat pantai Aiza   langsung tak nak pijak pasir. Bila kaki dia sentuh pasir jer, terus dia meronta-ronta. Sungguh-sungguh dia tak nak. Geli sungguh kaki dia. Bila turunkan dia kebawah, dia lipat kaki dia. Bila diletakkan atas pasir pantai tu, memang meraung terus. Kat situ saya dah syak Aiza ada masalah sensory. Tapi belum confirm lagi.

Aiza 15 bulan - meraung bila letakkan dia atas pasir

Aiza 15 bulan – meraung bila letakkan dia atas pasir

Aiza - 18 bulan. Kaki masih geli dengan pasir. Jadi dia letak kaki dia atas peha daddy

Aiza – 18 bulan. Kaki masih geli dengan pasir. Jadi dia letak kaki dia atas daddy

Masa umur Aiza 15 bulan, kami bawa Aiza untuk checkup kat KK. Macam biasa, nurse akan check perkembangan anak.  Kat situ dia dah kesan ada yang tak kena sebab Aiza belum boleh berdiri sendiri. Umur 15 bulan sepatutnya dah boleh berdiri lepas tangan. Jadi dia refer kami jumpa doktor. Doktor tanya soalan itu ini, lepas tu  dia keluarkan surat,  suruh kami buat appointment dengan jurupulih OT.

kad OT aiza

Umur Aiza 16 bulan, bermulanya perjalanan kami ajar Aiza berjalan dengan bantuan jurupulih OT.   Masa appointment pertama dengan jurupulih carakerja tu, dia tanya soalan itu ini untuk tentukan masalah Aiza. Dari pemerhatian dan soal selidik, Aiza ada masalah sensory motor dan behavior. Dia gayat, tak pandai imbangkan badan, terlalu takut nak cuba, sudahnya tak nak buat. Lebih kurang gitulah.

Aiza ada masalah di bahagian sensory motor

Aiza ada masalah dibahagian sensory motor

Sumber imej Pyramid of Learning: Sini 

Bila dah kenalpasti masalah Aiza, baru jurupulih tu boleh ajar aktiviti yang sesuai dengan Aiza. Tapi memang sangat-sangat mencabar sebab Aiza ni pulak ada masalah terlalu takut dengan orang yang dia tak kenal/tak rapat.  Aiza tak nak bagi kerjasama dengan jurupulih OT tu. Everytime jurupulih tu cuba pegang Aiza, dia akan meronta-ronta menangis mintak lepas,  lepas tu dia baring meraung tertiarap atas lantai. Sudahnya, jurupulih Ot tu ajar saya, dan saya kena buat aktiviti tu dengan Aiza kat rumah.

Selain tu, Aiza ni flat feet. Kaki dia rata. Tak ada lekuk kat tapak kaki. Kanak-kanak yang ada flat feet biasanya memang bermasalah untuk berjalan, sebab susah nak balance badan dan berjalan dengan betul. Sebab tu Aiza kalau berdiri, postur kaki dia pelik. Memang nampak tak balance. Kalau dia cuba berjalan, dia berjalan senget, macam ketam.

Kaki Aiza flat feet

Kaki Aiza flat feet

Appointment Aiza dengan jurupulih OT dia sepatutnya 2 minggu sekali. Setiap sesi lebih kurang 40 minit. Tapi, atas masalah kesihatan saya masa awal tahun hari tu, then kami asyik balik ke Kedah, appointment Aiza jadi sebulan sekali jer. Dengan Aiza yang berperangai takut orang, tak nak bagi kerjasama, memang susah sangat  jurupulih tu nak ajar Aiza buat aktiviti pemulihanan cara kerja. Sudahnya jurupulih tu ajar saya, then saya buat kat rumah. Memang sepatutnya macam tu lah. Sesi dengan jurupulih tu sebagai panduan jer. Ibu bapa yang kena rajin buat aktiviti tu semua kat rumah untuk bantu anak.

Jadi saya nak share kat sini antara aktiviti untuk anak yang lambat berjalan.

Betulkan Postur Berdiri

Mula-mula, jurupulih tu suruh saya betulkan postur berdiri Aiza. Oleh sebab dia flat feet(tapak kaki rata), jadi bila dia berdiri, tapak kaki dia tak betul-betul atas lantai. Tak stabil.  Antara cara untuk betulkan postur berdiri Aiza,  letak insole (lapik kaki) dalam kasut Aiza. Insole flat feet ni untuk kaki yang flat feet jer lah. Kalau kaki normal, tak perlu insole ni.

Saya dah cuba cari insole khas untuk flat feet kat kedai, farmasi dan pasaraya. Tapi tak jumpa!. Nak beli online, mostly dihantar dari luar negara. Lambat. Dan tak tahu saiz tu sesuai ke tak dengan kaki Aiza. Jadi jurupulih OT tu ajar buat insole sendiri guna span foundation. Potong span tu dalam bentuk separuh bujur.  Lepas tu tampal guna double side tape kat bahagian dalam kasut. Masalahnya, span tu asyik la tercabut. Dah letak double side tape yang kuat pun tercabut jugak. Kejap-kejap kena check dan betulkan

Insole d.i.y untuk flat feet

Insole d.i.y untuk flat feet

 

Span(insole)dalam kasut Aiza

Tampal span(insole)dalam kasut Aiza

Untuk pemulihan carakerja pulak, berikut antara aktiviti yang jurupulih ajar saya untuk buat kat rumah. [Note: Gambar aktiviti yang saya share ni gambar lakonan semula. Gambar ni saya baru ambil sebab nak tunjuk contoh aktiviti. Dulu masa saya buat aktiviti dengan Aiza, saya tak pegang phone. Memang kena fokus 100%. Jadi tak ambil gambar. Sekarang dia dah boleh berjalan, boleh la kita buat lakonan semula aktiviti tu semua untuk ambil gambar. Hehehehe]

Ajar Aiza untuk cuba lepas tangan ketika berdiri.

Maksudnya tak perlu berpaut. Caranya, bila dia berdiri pegang meja, saya duduk tepi atau belakang dia, dan panggil dia supaya dia berpusing dan paut tangan saya. Ataupun, letak benda/mainan yang dia suka dan suruh dia ambil. Jadi bila dia pusing badan dia, dia akan lepas tangan kan. Walaupun sekejap, at least dia cuba untuk lepas tangan.

Aktiviti ambil barang di belakang badan

Aktiviti ambil barang di belakang badan

Ajar Aiza melangkah

Untuk ajar Aiza melangkah kedepan, caranya dengan ajar Aiza  sorong benda. Contohnya kerusi. Bila Aiza sorong kerusi, kaki dia berjalan ke depan kan. Selain tu,  suruh Aiza ambil benda yang jauh, yang buat dia melangkah 1-2 tapak tanpa perlu berpaut atau pegang benda.

Sorong kerusi

Sorong kerusi

Balance

Untuk ajar dia imbang badan, dudukkan dia dekat bantal peluk yang keras. Bukan jenis lembik tu tau. Yang biasa orang guna untuk senaman tu. Then saya duduk belakang Aiza,  dengan perlahan-perlahan, tolak dia ke kiri, ke kanan dan kedepan.. Kat rumah saya tak ada bantal peluk gym tu, jadi saya improvise guna kambing mainan tu la.

Bantal peluk gym

Bantal peluk gym

Tak ada bantal peluk gym, ganti dengan kambing

Tak ada bantal peluk gym, ganti dengan kambing

Betulkan postur kaki

Pimpin Aiza untuk berjalan di permukaan yang meninggi (elevated). Yang ni untuk betulkan postur berjalan. Sebab Aiza tu kan jalan ketam.

Elevated surface

Contoh elevated surface

Balance and stability

Aktiviti yang betul-betul bantu dia, yang  betul-betul nampak perubahan, golek atas bola gym. Sebab Aiza jenis yang gayat tau. Bila berjalan, mesti kena pegang something. Bila saya cuba lepaskan tangan dia, dia terus duduk. Pastu merangkak. Jadi kat situ dah nampak, masalah utama dia gayat. Tak pandai balance badan.

Jadi jurupulih tu suruh buat aktiviti guna bola gym. Antaranya, tiarapkan Aiza atas bola gym. Pegang pinggang dia. Then golekkan bola tu kedepan, kebelakang, kekiri, kekanan. Ajar dia untuk balance. Aktiviti lain, dudukkan dia atas bola tu, pegang pinggul Aiza, dan gelekkan dia atas bola tu kedepan, kebelakang, kekiri dan kekanan.

Golek atas bola kedepan

Golek atas bola kedepan

Golek atas bola ke tepi

Golek atas bola ke tepi

Gelek atas bola

Gelek atas bola

Lepas 2 minggu  buat aktiviti atas bola ni, akhirnya Aiza boleh berjalan tanpa perlu dibantu atau berpaut pada benda. Ya Allah.. rasa seronok sangat bila tengok Aiza boleh berjalan. Walaupun lambat. Walaupun masa tu umur Aiza dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Tapi saya syukur sangat-sangat. Allah bantu Aiza, izinkan Aiza untuk boleh berjalan sendiri. Sekarang Aiza dah tak perlu jalani OT lagi. Jurupulih tu kata Aiza dah boleh berjalan. Jadi tak perlu datang lagi. Sejak dapat kaki ni, memang nampak seronok sangat Aiza tu berjalan kesana kemari. Adam pun kemain seronok sebab dah boleh main lari-lari dan kejar-kejar dengan Aiza.

Laju dah Aiza ni berjalan. Dah pandai lari dah pun

Laju dah Aiza ni berjalan. Dah pandai lari dah pun

Walaupun Aiza dah boleh berjalan, tapi Aiza masih ada masalah sensory. Dia tak mahu pijak/sentuh benda yang tak rata atau kasar. Contohnya pasir. Aiza masih geli dengan pasir. Kalau pergi pantai, kena pujuk dia perlahan-lahan, bagi dia sentuh sikit-sikit, barulah dia nak pijak pasir tu. Takper.. kita cuba pelan-pelan yer Aiza yer. Rasanya saya kena buat jugak aktiviti sensory yang lain. Ada banyak contoh aktiviti sensori yang ada kat internet. Nanti saya nak cuba buat dengan Aiza. InshaAllah.