Assalamualaikum

Dah seminggu lebih saya pindah Jitra. Sesekali masih teringat lagi apartment yang kami duduk masa kat Seri Kembangan.  Apartment Desa Saujana. 4 tahun lebih kami duduk kat apartment tu.  Apartment tu bukan kami punya. Kami sewa jer. Tapi kami jaga macam rumah sendiri.  Walaupun rumah orang, bila nak keluar rumah tu, rasa sayu lar jugak. Banyak kenangan kami kat rumah tu.

Apartment Desa Saujana

Apartment Desa Saujana

Aprtment Desa Saujana ni, dekat jer dengan The Mines tu. Tapi kedudukan dia tersorok sikit. Sebab dia terletak kat dalam taman perumahan. Orang area sana biasanya tak tahu pun pasal apartment nih. Sebab agak tersorok. Memang tak nampak langsung dari jalan besar. Kami tahu kewujudan apartment ni pun , sebab ejen sewa rumah yang tunjukkan. Masa kami cari rumah untuk disewa tu, saya bagitahu ejen tu, kami nak rumah apartment, yang ada balkoni, low density dan dekat dengan Bukit Jalil sebab masa tu En Suami kerja kat sana. Jadi bila ejen bawak dan tunjuk jer apartment ni, terus kami setuju nak sewa sebab memenuhi kriteria yang kami nak.

Apartment Desa Saujana ni ada 4 blok. Blok A jer ada lift sebab Blok A tu 15 tingkat. Blok B, C dan D tak ada lift sebab 3 blok ni rendah jer. 5 tingkat. Saya duduk kat Blok C. Tingkat 2. Penat jugak lar tiap kali keluar rumah kena naik turun tangga. Setiap kali dukung anak atau bawak barang berat naik turun tangga memang rasa nak tercabut tulang lutut. Tu jer lah yang saya tak berapa suka. Tapi yang lain tentang apartment ni, semuanya saya suka.

Saiz rumah pun, tak kecik sangat. Agak luas sebenarnya.  Unit rumah yang saya duduk 900++ sqft.  Dan  ada balkoni. Saya tak boleh duduk rumah apartment yang tak ada balkoni. Rasa macam terperangkap. Ntah lar kenapa saya rasa macam tu.  Jadi bila dapat apartment ada balkoni, luas pula tuh..memang seronok sangat. Balkoni pulak bukan jenis yang pagar besi /kaca. Balkoni kat Apartment Desa Saujana ni, pagar dia jenis batu. Tinggi pulak tu. Jadi selamat untuk anak-anak kecik main kat balkoni tuh.

Hall rumah

Hall rumah

Setiap rumah ada 3 bilik tidur, 2 bilik air.  Satu bilik air kat master bedroom, satu lagi kat tepi hall. Walaupun bilik tidur ada 3, kami guna 2 jer. Bilik tidur yang paling kecik tu kami jadikan stor.

Master bedroom

Master bedroom

Masa ambil gambar ni, banyak barang yang dah dikemas. Tu yang nampak kosong tuh. Bilik no2 ngan no 3 langsung tak ada gambar sebelum kemas nak pindah. Bilik tu dah kosong baru nak ambil gambar

Bilik tengah

Bilik tengah

bilik ketiga aka bilik stor

bilik ketiga 

Ruang dapur agak sempit sebenarnya. Everytime  memasak, saya stress sebab tak cukup ruang nak letak bahan-bahan nak masak. Huhuhu. Kat tepi dapur, ada laundry area untuk letak mesin basuh. Kalau rumah tu rumah sendiri, dah lama saya pasang kabinet kat dapur dan ruang laundry tu untuk simpan barang. Luas lah sikit kawasan dapur. Tapi sebab rumah sewa, jadi bertabahlah saya memasak kat ruang yang sempit tu.

Ruang dapur yang agak sempit

Ruang dapur yang agak sempit

Laundry room

Laundry room

Depan blok yang saya duduk ada taman permainan. Masa awal-awal duduk sana, rajin jugaklah bawak Adam main kat taman tu. Tapi lepas tu dah malas…sebab waktu malam, ada anjing liar berkeliaran kat taman tu. Dah rasa geli pulak nak bawak anak main kat situ. Aiza lagi kesian, langsung tak pernah kami bawak main kat situ. Hahahaha

Playground depan blok rumah

Playground depan blok rumah

Kawasan apartment ni tak padat. Low density.Jadi rasa tenang jer. Tak serabut. Setiap unit rumah ada 1 parking lot sendiri. Tapi kalau ada 2 atau 3 biji kereta, boleh sewa parking lot kat bahagian belakang apartment. Tapi kena bayar extra lah untuk sewa parking lot belakang tuh. Kami suami isteri ada 1 biji kereta jer, jaid tak perlu nak sewa parking lot extra.  Yang mana ada 2,3 biji kereta tu, ada yang tak nak sewa kat parking lot belakang, jadi diorang suka hati jer parking bersepah kat kawasan luar apartment.

Sebab tu lah jadi sempit jalan keluar masuk, sebab banyak kenderaan parking haram kat luar. Haihh.. Tu kawasan yang tak padat penduduk pun, parking tak tentu hala. Kalau yang padat penduduk tu, memang lagi teruk la masalah parking kan. Sebab tu lah kami awal-awal lagi nak cari kawasan yang low density, tak padat dengan penduduk. Tak suka kawasan yang serabut berebut dengan masalah parking.

Walaupun tak padat penduduk, nampak macam sunyi, tapi selamat jer. Sebab ada guard. Susah jugak orang luar nak keluar masuk kawasan apartment tu. Guard pun selalu ronda-ronda pusing kawasan. Jadi kat situ rasa selamat sikit lah.

Apartment Desa Saujana ni, ada kolam renang tau. Cantik kolam renang kat sini. Kolam untuk budak-budak pun ada. Yang lecehnya nak mandi kat kolam renang kat sana, kena pakai swimsuit. Ada sorang Uncle Cina yang selalu mandi kat kolam tu yang agak cerewet pasal rules kat sana. Kalau dia nampak ada yang mandi pakai baju biasa, mesti dia suruh guard tegur. Dia tak berani nak tegur sendiri. Guard pun stress dengan pakcik cina tu tau. Sebab guard pun tak suka rules leceh macam tuh. Oleh sebab saya tak ada baju mandi, jadi saya tak pernah lah mandi kat kolam renang tu. Biasanya En Suami lah yang bawak budak-budak tu mandi kat kolam budak-budak. Saya tengok jer dari tepi. Tempat BBQ pun ada tepi kolam renang tu. Tapi saya tak pernah lah guna. Pergi kolam tu semata-mata bawak anak-anak mandi jer.

Kolam budak-budak

Kolam budak-budak

Kenangan main pool

Kenangan main pool

Kawasan kolam renang

Kawasan kolam renang

Selain kolam renang, gym pun ada jugak. Banyak jugak alatan dalam gym kat sana. Tapi kami tak pernah guna pun. Bila dah nak pindah tu, rasa rugi pulak tak pernah pergi gym kat sana. Tu lah.. benda ada depan mata, tak nak guna. Lepas dah tak ada, baru menyesal…

Gym yang tak pernah kami guna

Gym yang tak pernah kami guna

Mini mart pun ada. Kecik jer mini mart ni.. tapi ada la jual barang rumah yang basic macam beras, minyak masak, telur, garam gula tu semua..

Mini Mart

Mini Mart

Masa kami pindah rumah tu, selepas lori dah angkat semua barang, kami tak terus keluar. Sempat jugaklah kami spend masa kat rumah tu dalam sejam.. tengok rumah tu puas-puas lepas tu baru keluar tinggalkan rumah tu.

Kenangan terakhir dalam rumah.. rumah pun dah kosong masa ni..

Kenangan terakhir dalam rumah.. rumah pun dah kosong masa ni..

Sajer jer lah saya cerita tentang rumah yang kami duduk masa kat Seri Kembangan, untuk kenang-kenangan saya dan En Suami..