Assalamualaikum..

Tataw nak citer apa..saya citer pasal kedai makan Asam Pedas Tok Uban. Kedai ni bukan kat Melaka tau, tapi kat Bandar Baru Bangi jer. Kat Seksyen 4 Tambahan. Tak dapat makan asam pedas Melaka, makan asam pedas Bangi pun jadiklah.

Kedai Makan Asam Pedas Tok Uban

Kedai Makan Asam Pedas Tok Uban

Kedai dia biasa jer tau.Tak ada hiasan atau deko-deko fancy pun. Tapi ramai orang! Masa kami sampai, ada lagi lah seat kosong. Tak sampai 5 minit kitorang duduk, full house! Puncanya kitorang pergi kedai ni pun, sebab nampak ramai pelanggan. Kalau ramai tu, biasanya sedap lah kan. So, nak try makan sini. Memang berbaloi berhenti makan kat sini, sebab memang sedap dan puas hati.

Ada banyak jenis Asam Pedas kat sini, antaranya asam pedas kembung, pari, ikan merah, terubuk dan lain-lain lagi. Harga semua berpatutan. Tak mahal mana pun.

Saya ngan Somi order asam pedas ikan kembung.  Hidang dalam claypot pulak tuh. Memang umph sangat! 2 thumbs up!!!

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas dalam Claypot

Zoom sikit…

Hidang dalam Claypot

Asam Pedas Ikan Kembung

Memang sedaplah Asam Pedas Tok Uban ni. Kuah dia pekat. Cukup rasa. Ad of course lah pedas. Dah nama pun asam pedas kan. Tapi masih boleh dimakan lah. Tak der lar sampai menggelupur kepedasan. Hehehe.

For those yang teringin nak makan asam pedas, tapi malas masak (macam saya ni ha), pastu takkan nak ke Melaka semata-mata nak makan Asam pedas kan.. Boleh lar pegi kedai Asam Pedas Tok Uban ni. Memang recommended. Tapi kalau korang dok Negeri Sembilan ke, ataupun memang orang Melaka, tak yah lar datang sini. Leh cari Asam Pedas kat Melaka jer.. hehehe.

Jemput makan..

Jemput makan..

Masa makan, kami laki bini, dah tak pandang kiri kanan. Memasing khusyuk ngadap asam pedas. Biasanya sambil makan sambil berborak.. Eh, tak ada maknanya, ngadap asam pedas kembung lagi enak.  Bila dah habis, memasing sibuk dok korek-korek isi celah tulang ikan nak meratah. Hehehe.

Selain Asam pedas, another menu yang famous kat sini,  Char Kuew Teow dengan Kuey Teow Kerang. Sebab majoriti yang datang makan, kami tengok order   Char Kuew Teow  atau Kuey Teow Kerang. Maknanya sedap lah kan. Ok, next time datang sini, nak try   Char Kuew Teow  dia pulak. Hehehe

 

Iklan:

Dapatkan Dianz Vitamin C & E disini

Dapatkan produk Tropika dengan harga lebih murah di sini

Dapatkan Ephyra dengan harga lebih murah di sini. 

Dapatkan Set Jihan Secret Skin dengan harga lebih murah di sini