Assalamualaikum..

Sebelum ni saya ada mention, sy tempah sarung tilam bayi dan sarung bantal bayi kat Needles Craft, sekarang dah tukar nama Julianna Craft. Serius, sangat kecewa dengan perkhidmatan yang saya dapat

1. Siapkan order lambat
– Saya buat Full Payment 23 Julai 2015. Dia kata dalam masa 15 hari, order akan disiapkan. Dia yang kata tau…bukan saya yang push dia. Tapi 20 August 2015, dah hampir sebulan buat payment, boleh pulak seller tu tanya, saya order apa? Mentang-mentang aku senyap.. order dah sebulan, ko baru nak tanya, aku order apa? Aku dah buat full payment bulan lepas. Tak catat ke?

Katanya fb dia kena block, tak leh nak retrieve order/data tu semua. Aik.. Tak catat kat tempat lain kah? Kenapa pulak lepas sebulan, baru nak tanya order?  Janji dalam masa 15 hari order siap kan? Ni dah sebulan dah ni..  Sepatutnya order tu dah dipos… Tapi, lepas sebulan baru nak ambil balik order?? Biar betul…

– Oleh sebab saya malas nak panjang cerita, saya bagitahu jer balik order saya

  • sarung tilam (saya order sarung jer, sebab tilam dah ada)
  • 2 biji BANTAL bersarung. Yang ni saya order 2 biji bantal beserta sarung sebab bantal Adam kecik-kecik dulu dah hilang

Pastu dia kata, hari sabtu 22 August dia akan pos order saya. Ok lah, saya tunggu.

Sampai ke hari Isnin 24 August, senyap gitu jer. Tak der kata dah pos ke apa. Bila saya tanya balik dah pos ke belum..rupa-rupanya belum. Petang sikit, kalau sempat baru nak pos. Alasan demam.  Apa-apa jer lah. Janji kau pos barang aku.

2. Pos barang tak cukup.

Bila akhirnya saya dapat barang yang saya order, rupa-rupanya, dia just pos sarung tilam ngan sarung bantal jer. Dia tak pos 2 biji bantal tu sekali. Dah tu, sarung bantal ni nak sarung kemana? Sarung kat kepala?

Apa masalah kau ni pompuan, dah lar pos lambat, barang tak cukup pulak!!! Alasan dia, adik dia yang pack. Eh..dah kenapa pulak ko salahkan adik ko ? Aku order ngan ko.. bukan ngan adik ko. Patutnya ko yang bertanggungjawab. Tak yah nak blame others. Huh!!!

3. Corak depan dan belakang sarung tak sama!!!! 

Sarung tilam – bahagian depan corak  polkadot + corak animal. Belakang plain???!!

Sarung bantal -bahagian depan corak polkadot + corak animal. Belakang corak geometri???!!!

Sarung tilam

Sarung tilam

Sarung bantal

Sarung bantal

Kejadah apa depan belakang corak tak sama ni?? Pernah tak korang beli sarung tilam/sarung bantal, corak depan ngan corak belakang lain-lain. Tilam ngan bantal tak sama pulak tu. Yang sarung tilam belakang dia plain, yang sarung bantal belakang corak geometri? Serabut tau tak??

Bila saya tanya, apsal dia jahit sarung depan belakang lain, alasan dia: “Saya jahit depan belakang lain-lain sebab kalau yang depan tu kotor, sis boleh terbalikkan, guna belah belakang pulak” Amboi, pengotor dan pemalasnya kau ni pompuan.. Kalau sarung bantal kotor, basuh la. Ko kat rumah memang gitu eh? Sarung bantal kotor, ko tak basuh? Ko just pusingkan bantal, guna belah belakang?? Kesian betul aku ngan orang macam ni. Plss yer, aku tak pemalas/pengotor macam tu. Jangan ingat semua orang malas/pengotor macam tu.

4. Sarung bantal dia jahit satu tegak, satu lagi melintang

Ni lagi satu yang saya betul-betul tak paham. Saya order dua sarung bantal kan? Patutnya biarlah jahit sama, serupa sebijik. Nak bagi matching. Ni tak, dia jahit satu tegak, satu melintang. Sakit jiwa betul aku ngan pompuan ni. Nak tahu apa alasan dia bagi? “Saya ingat sis nak ganti-ganti guna sarung tu. Sebab tu saya jahit lain-lain.” Aku order 2 BANTAL BERSARUNG, maknanya aku nak guna dua-dua lar.. Aku tak suruh pun ko jahit lain-lain. Yang ko memandai-mandai buat ikut suka pemikiran ko tu kenapa?

Yang peliknya, saya tengok, order yang dia buat kat customer dia yang lain, yang mana order dua sarung bantal macam saya, elok jer dia jahit sarung bantal tu seragam. Tak der pulak satu tegak, satu melintang. Apsal pulak yang saya punya, dia jahit tunggang langgang pulak?

Bila saya dah mengamuk-ngamuk, boleh pulak dia tanya saya balik “Saya tak faham kenapa sis nak marah-marah saya macam ni?” Amboi!! Bagi soklan yang buat orang lagi marah jer kan?Pastu  dia suruh saya return balik semuanya, dia akan refund.

Then, tilam yang sedia ada tu nak buat apa? Nak buang? Tilam tu pun dulu aku beli ngan ko jugak, sebelum beranakkan Adam dulu. Aku order balik sarung tilam ngan ko, sebab ko yang tahu tilam tu saiz dia apa.. Then kalau aku pulangkan balik sarung tu semua, takkan tilam tu nak bogel gitu jer.  Nonsense!!

Sudahnya, saya suruh jer dia pos bantal saya yang dia tak pos lagi tu. Probably, akan beli sarung bantal lain yang plain. Harap-harap ada lar jual sarung bantal ready made yang sama saiz dengan bantal tu nanti.

Harga yang dia caj, untuk item yang saya beli tu bukan murah ok! Mahal. Harga asal utk 1 sarung tilam + 2 bantal bersarung, seratus lebih. Kebetulan time saya nk buat payment, dia buat promosi raya, so saya just bayar RM86.00. Tu pun bagi saya tak berbaloi. Servis lembab! Cuai! Tak cantik! Buat kerja sambil lewa!

Saya pun jual barang jugak. Saya akui, memang pernah  customer saya dapat barang tak cukup.   Saya salah pos pun ada. Customer order lain, dapat barang lain. Kita ni kan manusia, memang buat silap. Tapi.. tak pernah, saya buat customer saya teruk macam ni. Tak ada satu pun servis dia yang saya puas hati!!

Saya sedih + kecewa, nak ambil gambar sarung-sarung tu, letak kat blog ni pun tak lalu. Tengok jer sarung tu,  rasa nak nangis. Sedih sangat tau. Sekarang, saya  tggu bantal yang dia pos. Saya dah remind dia banyak kali, saya order 2 biji bantal. Kita tengok lar nanti, dia pos berapa.

If korang nak order apa-apa produk dengan Needles Craft/Julianna Craft tu, make sure lah korang selalu push dia, tanya bila nak siapkan order. Takut nanti dia lengah-lengah siapkan order korang. Then, lepas siapkan order, suruh dia tangkap gambar produk dulu, depan belakang. If korang puas hati dengan hasil dia, baru suruh dia pos. Kalau tak, either cancel order, or suruh dia jahit lain. ketiga, sebelum dia pos, suruh dia double trople check produk. Cukup ke tak.

Haih.. saya tak suka pos entry burukkan peniaga lain. Serius tak suka buat bad review macam ni. Tengoklah nanti, bila kemarahan + kesedihan saya dah reda, saya akan remove entry Bad Review: Needles Craft / Julianna Craft ni.

Sekian, luahan perasaan dari ibu yang sarat mengandung 9 bulan. Hati saya sangat sensitip sekarang ni tau.

 UPDATE : 2 SEPTEMBER 2015 (Tulis alamat tak lengkap)

Pos laju call today. Dia kata saya ada parcel kat pos laju. Diorang tak boleh hantar, sebab alamat tak lengkap. Saya tanya  parcel tu dari mana? Dia kata dari Penang. Sah! Ni mesti bantal yang Needles Craft pos nih..  Orang Pos Laju tu kata, alamat tu sampai kat nama blok jer. Nama apartment / taman tak ada. Pos laju tak boleh nak hantar.  Yer lah, nak hantar ke mana kalau setakat sampai nama blok jer? So saya kena self pickup kat Pos Laju.

Eh… melampau sangat Needles Craft/ Julianna Craft ni kan.. Alamat saya bagi lengkap dah. Boleh pulak Needles Craft/ Julianna Craft  tu tulis alamat separuh jer. Sajer jer kan cari pasal… Tu konon tanda protes ke apa? Saper suruh pos item tak cukup. Memang lar kena pos 2, 3 kali. Salah sendiri kan? Kenapa pulak nak aniya customer sampai macam ni sekali.

Tak pasal-pasal jer saya kena gi amik bantal baby kat pos laju esok. Seb baik En Somi cuti esok. Ei… geram sungguh lar.

Sebelum ni saya ada kata akan remove post ni bila dah cool down kan. TAPI, sebab Needles Craft/ Julianna Craft ni sajer cari pasal, memang saya  tak nak remove. Biar orang tahu. Tak mo ada orang lain yang teraniaya dengan seller teruk macam ni.

Lagipun, sebenarnya, bukan saya sorang yang tak puas hati dengan servis Needles Craft/ Julianna Craft ni. Rupa-rupanya ramai yang senasib dengan saya. Lepas saya post Bad Review: Needles Craft / Julianna Craft ni, ramai yang bagitau saya, diorang pun tak puas hati dengan Needles Craft / Julianna Craft .  Servis Needles Craft / Julianna Craft SANGAT SANGAT TERUK.