Assalamualaikum

Sekarang saya kat Jitra lagi. Rasanya macam tiap-tiap bulan balik Kedah. Macam Seri Kembangan-Jitra tu dekat jer kan? Haih.. Pastu, setiap kali balik Kedah, bukannya sehari dua. Biasanya seminggu dua. Lama…

Anyway, saya balik Kedah kali ni sebab  mertua pergi menunaikan ibadah haji tahun ni. Jadi kena balik lah, nak jumpa Mama ngan Abah sebelum mereka berangkat ke sana. Pastu kami kena jaga rumah mereka sementara mereka kat sana. Pergi haji lama kan.. risau la orang tua tu nak tinggal rumah tu lama-lama.

Kami hantar mertua ke airport Alor Setar malam selasa lepas. Mertua naik flight dari Alor Setar ke KLIA2 dulu. Flight ke Jeddah hari Rabu esoknya. Dari KL ke Jeddah tu Tabung Haji yang uruskan. Jadi kami hantar sampai airport Alor Setar jer lah.

Ramai-ramai hantar Mama dan Abah nak pergi haji

Ramai-ramai hantar Mama dan Abah nak pergi haji

Adam kemain seronok masa hantar Mak Tok dengan TokWan dia ke airport. Dia ingat dia pun naik kapal terbang sekali. Bila dia tahu dia tak boleh naik sekali..Kemain teruk lagi dia meronta-ronta meraung raung nak ikut. Terus jer En Suami dukung bawak masuk kereta. Dalam kereta pun sambung nangis lagi. Sedih sangat kena tinggal.

Masa ni Adam kemain excited konon nak naik kapal terbang

Masa ni Adam kemain excited konon nak naik kapal terbang

 

Bila dia tahu tak boleh ikut, kemain teruk lagi meronta meraung nak ikut Mak Tok

Bila dia tahu tak boleh ikut, kemain teruk lagi meronta meraung nak ikut Mak Tok

Tak sure  berapa lama kami sekeluarga kat Jitra. Yer lah.. Kalau duduk sini lama-lama, rumah kami tu pun kosong jugak kat KL tu.. Rasa tak sedap jugak tinggalkan rumah sendiri lama-lama kan.

Lagipun, Adam tu pun terpaksa ponteng tadika dia. Walaupun baru tadika 5 tahun, tapi banyak benda dia boleh belajar kat tadika tu. Nak pontengkan Adam sampai sebulan lebih rasa tak patut pulak. Silibus darjah 1 sekarang tak sama dengan silibus dulu. Masuk Darjah 1 dah kena pandai baca, pandai menulis. Adam tu dah banyak ketinggalan dah. Sebab asyik ponteng jer. Risau betul saya dengan Adam tu tau. Kang nanti bila start tadika balik, dia blur jer kat tadika sebab banyak benda dia tertinggal kan.

Sementara Adam tak pergi tadika ni, saya homeshooling la Adam tu sikit-sikit. Adam tu bukan nak sangat belajar kat rumah. Asyik nak main jer. Paling lama dia boleh fokus kalau belajar kat rumah, 20 minit. Biasanya 10 minit belajar, dia dah panas bontot nak berlari. . Kalau suruh gak dia belajar, nanti dia kata penat lah, lapar lah, nak tidur lah, nak berak lah.. Macam-macam lah alasan dia tak nak belajar. Kalau paksa gak, memang Adam akan buat perangai. Pastu kang saya pulak yang bertukar hijo. Asalnya nak mengajar Adam, terus jadi perang dunia kat dalam rumah.

Kadang-kadang, saya cuma suruh dia ambil buku, baca, Adam tu dah berair bijik mata, cebik-cebik muka, menangis. Padahal belum baca lagi tuh. Entah apa benda yang dia sedih sangat ntah. Tak paham betul. Jadi sudahnya, everyday memang sekejap jer lah sesi homeschooling Adam tu. Dalam 10- 15 minit jer.  Dapat ajar Adam sikit-sikit pun jadiklah.

Ajar Adam mengira

Ajar Adam mengira

Set bantuan mengira dalam gambar tu saya beli kat Mr. D.I.Y jer. RM8.90 satu set. Murah kan?

Klien En Suami pun kebanyakannya kat belah KL/Selangor. Kami duduk Kedah lama-lama, ada banyak appointment dan meeting dengan klien dia terpaksa ditangguh. Tu pun masalah jugak tuh. Kalau tak jumpa klien, macam mana nak dapat job/project.

Tengoklah macam mana nanti.. Paling lama 3 minggu jer kot kami kat Kedah.. Lepas tu kena la mintak tolong adik beradik suami yang lain tengok-tengokkan rumah tu.