Assalamualaikum..

Akhirnya, saya berjaya jugak mengemas beg saya dan beg baby untuk dibawak ke hospital. Padahal dah banyak kali nurse pesan, “Beg nak bawak ke hospital dah kena ready yer”. Everytime nurse tanya, “Beg dah ready belum?” Saya jawab “Dah…” Pastu sambung dalam hati, beg memang dah ready, tapi barang-barang belum masukkan lagi. Hehehehe.

So, today, sy pun mengemas lah barang keperluan untuk dibawa ke hospital.. Mula-mula, pack barang-barang saya dulu. Sebenarnya, saya ada save checklist barang keperluan untuk dibawa ke hospital kat handphone saya, tapi masa nak pack ni, checklist tu dah hilang pulak. Terdelete kah? Haih.. So saya pack, ikut mana yang saya rasa perlu bawak lah. Based on pengalaman masa beranakkan Adam dulu.

Barang mommy utk dibawa ke hospital

Barang mommy utk dibawa ke hospital

Belah atas dari kiri: Nursing pad/breastpad, pad (wing overnight), toiletries, laundry net (isi baju kotor), stoking, disposable panties, normal panties and nursing bra.

Belah bawah dari kiri: Jubah + tudung sarung instant utk pakai masa discaj, cardigan + tudung sarung instant untuk pakai masa kat hospital, tuala dan nursing cover.

Baju, memang saya bawak baju sikit  jer.. Kat hospital nanti kan pakai uniform pesakit, so tak yah bawak baju pun takper. . Saya bawak long cardigan, sebab baju hospital agak seksi, nak ke bilik air ke apa segan kan.. Jadi  cover dengan long cardigan. Time melawat, ramai orang lalu lalang kan, leh guna long cardigan tu utk cover baju hospital yang seksi tu.. Hehehe. Pastu saya bawak sehelai jubah untuk dipakai masa discaj keluar hospital.  Saya bawak jubah sebab senang nak pakai, tinggal sarung jer.. Tudung pun bawak yang jenis tudung sarung instant, awning lembut.  Jenis kain cotton lycra, tak kedut, nak bawak tidur pun selesa.

Barang-barang lain tu, memang benda asas lah.. Macam tuala, toiletris, pad, panties ngan bra tu semua. Laundry net tu pulak buat isi baju-baju kotor. . Yang biasa orang lupa bawak, nursing cover. Dulu masa beranakkan Adam, saya lupa bawak nursing cover. Penting oii nursing cover ni time nak nyusukan baby. Kat hospital ramai orang.. tak lah segan nak nyusukan baby nanti kalau ada nursing cover nih. Tapi, kadang-kadang, nurse suruh kita alihkan nursing cover tu, sebab dia nak  tengok cara kita susukan baby,  betul ke tak… Jadi, kalau nurse suruh alihkan, maka alihkan jer lah. Hehehe.

Barang untuk keperluan berpantang pun nak kena bawak jugak ke hospital. Lepas bersalin,  dah kena start pantang kan.. Barang keperluan untuk berpantang ni saya cerita kat entry lain lah yer.

Untuk baby, sama jugak.. Saya pack based on pengalaman beranakkan Adam dulu. Checklist hilang ntah mana…malas nak cari balik.

brg baby ke hospital

Barang baby untuk dibawa ke hospital

Penjuru atas kiri: Pampers newborn + wet tissue (nampak sikit jer dlm gambar)

Bahagian atas dari kiri: Baju baby 5 pasang (baju siang dan malam),  kain lampin, tuala dan receiving blanket

Bahagian bawah dari kiri: barut, sapu tangan lembut, topi, booties, mitten, Tropika Baby Herbal Cream dan Tropika Baby Natures Gift Set (mandian dan baby oil)

Sebenarnya, saya tak sure, hospital akan sediakan baju untuk baby ke  tak. Masa beranakkan Adam dulu, hospital sediakan baju untuk baby. Tapi.. lain hospital, lain procedure kan..Risau kalau kali ni, pihak hospital tak sediakan baju baby pulak.. So bawak jer lah baju baby  siap-siap. Kain lampin memang kena bawak banyak, sebab nak guna untuk bedung bayi. Barut pun sama. Bawak lar extra, sebab kita tak tahu berapa lama kita kat hospital tu nanti. Sapu tangan lembut, untuk lap mulut bayi lepas menyusu.

Sabun mandi baby pulak, tak yah bawak pun takper..Sebab nurse yang tolong mandikan baby guna sabun yang hopsital sediakan.  Tapi saya bawak jer. Baby herbal cream, memang wajib bawak! Untuk elak baby kembung perut dan angin!

Rasanya macam ada benda lain yang tak pack nih. Takper..pikir pelan-pelan. Nanti kalau teringat, just sumbat terus masuk beg.

Dah pack masuk beg

Untuk di bawa ke hospital

Beg hijau tu isi barang saya, beg transformer pulak, isi barang baby. Kesian.. guna beg recycle beli kat Tesco jer. Hahaha. Ada beg baby  untuk isi barang baby tu semua, tapi tak muat lar pulak.  So guna beg recycle Transformer tu jer lah. Besar. Muat sumbat semua barang baby dalam  tu.

Bakul makanan, belum pack lagi. Bakul makanan ni nanti, saya nak isi roti, biskut ngan minuman instant. Pastu nak bawak jugak termos, bekas air minuman, mug, ngan pinggan plastik.  Hospital sediakan air panas, leh simpan dalam termos. Tetiba lapar kat hospital , leh makan biskut/roti minum ngan air milo ke, tamar cocoa ke.. Saya tak sure lagi nak bawak minuman instant apa.

Alamak, air zam zam lom cari. Kena bawak jugak nih. Esok nak cari air zam zam lah. Mana nak cari ntah…