Assalamualaikum

Masa saya ke Krabi baru-baru ni, ramai yang tanya, senang tak nak bawak masuk kereta ke Thailand. Jadi saya nak  share kat sini, sebagai rujukan pada sesiapa yang nak berjalan ke Thailand bawak kereta.

Setiap kali pergi Thailand, memang kami akan drive. Biasanya kami pergi Thailand dengan keluarga mertua. Rumah mertua kat Jitra, kira dekat jugaklah dengan Thailand tu. Jadi better drive jer  kalau nak ke Thailand. Lagipun, senang nak berjalan kat sana kalau bawak kereta sendiri ni.

Nak drive kereta masuk Thailand ni, ada beberapa borang kena isi. Borang Arrival/ Departure (White Form) dan borang senarai penumpang (TM Form). White Form tu semua yang nak masuk Thailand kena isi. TM Form tu pulak, tuan punya kereta yang kena isi.  Kena bawak sekali geran kereta (asal /salinan), dan tuan punya kereta kena ada sekali.

Borang Arrival/Departure (White Form)

Borang Arrival/Departure (White Form)

Nak bawak masuk kereta ke sana, kena ambil insuran. Harga insuran bergantung pada berapa hari kita nak bawak masuk kereta tu  ke Thailand. Borang dan insuran ni semua boleh dibeli kt travel agency (kedai) di Changloon.  Harga borang White Form, TM Form dan insuran kereta ni berbeza ikut kedai yang jual. Ada yang jual murah, ada yang jual mahal. Masa kami pergi Krabi hari tu, abah (bapa mertua) bayar insuran kereta RM15 untuk 9 hari. Ada kedai yang jual insuran RM16, ada yang jual Rm17.  Harga borang White Form  RM1.50 sekeping. TM Form pula  RM 6.00 sekeping.

Biasanya abah akan beli awal-awal borang dan insuran ni, jadi kami isi borang ni kat rumah jer siap-siap.

Mama dan abah tengah isi TM Form

Mama dan abah tengah isi TM Form

Paling penting, passport jangan lupa. Pastikan tarikh tamat passport sah sekurang2 nya 6 bulan sebelum nak keluar sempadan.

Kami keluar sempadan ikut Bukit Kayu Hitam. Kat Imigresen Malaysia, tak yah turun kereta. Bawak kereta dan berhenti jer kat kaunter imigresen tu pastu hulur semua passport pemandu dan penumpang kat pegawai kat kaunter tu. Lepas dia check, dia akan bagi balik.

Hulur jer passport ke pegawai dalam kaunter tu

Hulur jer passport ke pegawai dalam kaunter tu

After Imigresen Malaysia, ada 1 checkpoint (roadblock). Kt sini kena tunjuk geran kereta. Biasanya pegawai kat situ akan tanya, mana satu tuan kereta, dari mana, nak gi mana. Jawab jer soklan pegawai tu. Bila semuanya ok,boleh proceed terus ke sempadan Thailand.

Kalau dari Bukit Kayu Hitam, kita akan masuk Sempadan Thailand di Danok. Kat sempadan Thailand ni, semua orang kena turun. Turunkan penumpang dulu. Lepas tu pemandu kena bawak masuk kereta dan park kereta kat tepi Imigresen tu. Sebelum ni masa kami pergi Thailand, memang ada parking area kat Imigresen Thailand tu. Tapi masa kami pergi baru-baru ni, parking area tu tutup pulak. Tengah renovate kot? Jadi kami park kereta kat kaki lima tepi kedai kat dalam sempadan Thailand tu (Danok).

Lepas tu, pemandu dan penumpang kena beratur kat kaunter imigresen Thailand.

Tengah beratur ramai-ramai

Tengah beratur ramai-ramai

Masa beratur ni, kena selit siap-siap borang White Form  dalam passport beserta duit seringgit 2 keping. Duit tu caj perkhidmatan rasanya. Pastu bagi kat Pegawai Imigresen kat kaunter tu.

White Form dan RM2 selit dalam passport

White Form dan RM2 selit dalam passport

Pegawai Imigresen Thailand akan check passport dan White Form. White Form tu ada dua bahagian, Arrival dan Departure. Yang bahagian Arrival tu pegawai Imigresen Thailand akan ambil. Yang bahagian Departure, pegawai tu akan cop dan pulangkan balik beserta passport.

Departure Form yang dah dicop

Departure Form yang dah dicop

Pastikan SIMPAN borang Departure ni dan passport elok-elok. Kalau tak ada salah satu, tak boleh keluar Thailand. Kena tangkap polis, masuk lokap.

Lepas tu tuan punya kereta kena pergi kat kaunter kastam pulak. Sebelum ni kena bawak kereta sekali lalu kat kaunter Kastam tu, sebab nak tunjuk kereta yang kita bawak tu kan. Tapi sebab kami dah parking dalam Thailand, jadi terus jer lah beratur kat kaunter kastam tu. Beri borang senarai penumpang (TM Form) dan tunjuk geran kereta kat pegawai kat kaunter tu. Rasanya kena bagi duit jugak. Tak sure pulak. Biasanya memang mertua (tuan punya kereta) yang pergi berurusan dengan pegawai kastam ni.

Mama dan abah di kaunter kastam Thailand

Mama dan abah di kaunter kastam Thailand

Bila dah settle semua, bolehla kembali ke kereta dan berjalan-jalan di Thailand. Pastikan off 3G dan telco line handphone memasing. Kang tak pasal jer kena caj roaming. Mahal oii caj roaming..

Kalau jalan-jalan sekejap jer kat Thailand, tak yah beli simkad sana pun takper. Tapi kalau berjalan kat Thailand tu lama.. better beli simkad sana. Ada banyak kedai jual simkad kat area sempadan tu. Cari kedai yang pekerjanya  orang islam, sebab muslim kat Danok mostly boleh cakap melayu. Jadi, senang nak tanya itu ini.

Akak kedai tengah explain pakej telco

Akak kedai tengah explain pakej telco

Pentingnya beli simkad Thailand ni,  korang boleh on google maps supaya tak sesat masa kat Thailand. Better beli simkad yang Unlimited Data. So tak perlu risau quota habis. Pastu boleh main intenet, pesbuk, wassap.  Boleh upload gambar kat fb atau ig sepuas hati. Kalau nak call satu sama lain,  guna wassap call jer.

Murah jer caj telco sana.

Pakej telco untuk pelancong

Pakej telco untuk pelancong

Masa kami ke Krabi baru-baru ni, kami amik pakej yang harga 199 Baht tu. Unlimited Data. Speed  1Mb. Boleh guna seminggu.

Kadar tukaran matawang masa kami pergi tu RM1 = 7.80 Baht. 199 Baht tu bersamaan RM25.51. Kalau pergi 1 kereta, beli 1 simkad jer cukup. On Wifi Hotspot dan share ramai-ramai. Jimat banyak kat situ. Lagipun, unlimited data kan, jadi tak perlu risau data habis.

Selain tu, sebelum masuk Thailand, pastikan korang dah isi minyak full tank kat Malaysia siap-siap. Sebab minyak kat Thailand mahal sikit. At least kalau kena isi minyak kat sana, tak perlu isi banyak kali (bergantung pada destinasi).  Toilet kat sana memang bersih. Kalau rasa nak terkencing/terberak, boleh singgah mana-mana public toilet atau petrol pump.

Public Toilet di Thailand

Public Toilet di Thailand

Seronok tau berjalan kat Thailand naik kereta sendiri ni. Suka hati nak pergi mana, nak singgah mana. Yang saya share kat sini, based on pengalaman saya ke Thailand naik kereta.  Harap dapat membantu. 🙂

Welkam to Thailand

Welkam to Thailand

Jangan lupa like dan visit page business saya: