Assalamualaikum

Saya nak share produk Secretleaf terbaru yang saya cuba; Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask. Dan saya dah jatuh hati dengan sleep mask ni. Love it. Sama lah dengan sabun Bee-Liv Bee Venom Secretleaf tu jugak. Favorite!!

Bee-Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask

Bee-Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask

Kulit saya ni jenis kering. Memang dari dulu kulit jenis kering. Bila usia makin meningkat, makin terasa kering tuh. Kulit kering ni akan menyebabkan wajah cepat nampak tua. Rasa tegang dan tak selesa. Pastu, kadang-kadang bila pakai foundation, nampak tak rata, bercapuk-capuk. Nampak macam ada kulit menggelupas macam salin kulit tu jer. Serius  tak best bila kulit kering ni tau.

Bila Secretleaf keluarkan Sleep Mask ni. Memang nak cuba sangat-sangat. Sebab nya selain Bee Venom, bahan unik lain yang buatkan saya tertarik adalah sleep mask ni ada Iceland Glacier Water.

Glacier Water ni ada pelbagai mineral yang sangat-sangat elok untuk kulit. Glacier Water ni jugak sangat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tambah pulak dengan Bee Venom, agen anti penuaan (botox) semulajadi, gabungan 2 bahan ni memang sangat baik untuk kulit.

Selain tu sleep mask ni ada Saccharide Isomerate dan juga Niacinamidic (Vitamin B3)

Bahan dan kelebihan Bee-Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask:

💦Bee Venom – Sengat lebah membantu mengurangkan jeragat, bintik bintik hitam & pigmentasi,  mencerahkan tona kulit, memudarkan parut dan Botox” semulajadi untuk menengangkan kulit wajah, mengurangkan kedutan.

💦Iceland Glacier Water – Beri kesegaran serta merta kepada kulit kering, menjadikan kulit lebih bertenaga & remaja. Diperkaya dengan mineral yang membekalkan kulit dengan nutrient penting untuk penjanaan sel kulit baru lebih muda & anjal.

💦Saccharide Isomerate – Memberikan kesan kelembapan & kehalusan wajah berpanjangan sehinggan 72 JAM.

💦Niacinamidic (Vitamin B3) – Bertindak mengurangkan garis garis halus dan tanda-tanda kulit berusia. Melembapkan wajah & menghalang kerosakan DNA kulit.

Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask ni masker yang dipakai semasa tidur.  Sebelum tidur kena cuci muka dulu kan. Lepas tu sapu sleep mask ni  kat  muka dan biar jer sampai pagi.  Tak perlu basuh. Waktu kita tidur, nutrisi dalam mask tu akan meresap masuk ke dalam kulit. Jadi, bila kita pakai Bee Venom Water Drop Sleep Mask masa tidur, ia akan bantu penstrukturan semula kulit.

Hasilnya bila bangun jer tidur, kulit akan rasa moist, lembab, anjal, halus, rasa gebu boing boing bila kita pegang kulit tu. hehehehe

Kalau mask biasa tu, kena pakai macam topeng kan. Pastu lepas 15 minit kena buang. Kalau mask yang kena bancuh tu lagi haru, lepas pakai kena cuci. Ada jugak yang jenis boleh bawak tidur, tapi dah ghupa apa jer ada benda bertepek kat muka. Tengah-tengah malam En Suami / anak terjaga tak ke terperanjat tengok muka kita.

Tapi Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep,  macam tak pakai apa-apa. Tak nampak bila sapu kat muka.  Walaupun sleep mask ni tekstur dia gel warna biru, bila sapu kat kulit, gel ni jadi cecair transparent.

Sleep mask ni dalam bentuk gel berwarna biru

Sleep mask ni dalam bentuk gel berwarna biru 

Gambar bawah ni gambar saya masa pakai sleep mask ni. Muka saya tak jadi biru kan? hehehehe.

Sebelum tidur sapu Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask dulu

Sebelum tidur sapu Bee Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask dulu

Saya pakai mask ni 2 kali seminggu.  Ikutkan cara pemakaian, boleh pakai 3 kali seminggu. Nak pakai hari-hari pun boleh, tak ada masalah. Tapi nanti cepatlah dia habis. Hehehehe

Oleh sebab dia dalam bentuk gel yang cair bila disapu, jadi tak perlu guna banyak-banyak. Ambil sedikit jer, guna spatula kecil yang dia bagi tu, pastu sapu kat muka.  Satu bekas ni, boleh tahan 4-5 bulan tau. Jimat kan?

Selain sebagai sleep mask, gel ni juga boleh digunakan sebagai:

  • make up base primer – sapu gel ni sebelum makeup untuk pastikan makeup tahan lama
  • skin hydrator – jika kerja kat tempat yang mudah buatkan kulit jadi kering seperti tempat beraircond, boleh sapu mask ni secara tipis untuk melembabkan kulit supaya tak kering
  • treatment mask – nutrisi dan khasiat dalam sleep mask ni juga boleh digunakan sebagai untuk merawat kulit bermasalah
  • anti aging essence – esen anti penuaan yang sangat bagus sebab ada bee venom dalam sleep mask ni

 

Fungsi 5 dalam 1 Bee Liv Bee Venom Sleep Mask

Fungsi 5 dalam 1 Bee Liv Bee Venom Sleep Mask

Info lain tentang Bee-Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask:

kotak belakang sleep mask

 

Kalau ada yang berminat nak beli Bee-Liv Bee Venom Water Drop Sleep Mask ni, boleh beli dengan saya. Saya guna dan jual sleep mask ni.

Harga Pasaran: RM89.00

Nak diskaun? 

sms/whatsapp 012-692 2025 ( NO PHONE CALL)

Harga dia memang agak mahal, sebab guna bahan import. Sengat lebah dan glacier water tu bahan berkualiti tinggi yang dimport dan harga dia memang mahal. Tapi sleep mask ni tahan 4-5 bulan ( jika digunakan sebagai sleep mask sahaja). Jadi sangat berbaloi-baloi dengan harganya. Kalau beli dengan saya, inshaAllah saya akan beri harga diskaun.

Harga Pasaran: RM89.00

Nak diskaun? 

sms/whatsapp 012-692 2025 ( NO PHONE CALL)