Sambungan dari bercuti ke Krabi Day 1

Day 2 Khamis (2Mac 2017)

Pagi kedua di Krabi

Pagi kedua di Krabi

Hari kedua di Krabi, kami ambil trip Island Hopping. Kami book pakej Island Hopping kat hotel Sea Shell tu jugak. Pagi-pagi lagi kami dah keluar sarapan kat Kedai Sakinah lagi. Sebab kedai tu paling dekat ngan hotel. Malas nak cari kedai lain. Kang lambat pulak balik hotel nak naik tut tut.

 

Sarapan pagi kat Kedai Sakinah lagi

Sarapan pagi kat Kedai Sakinah lagi

Tepi kedai Sakinah tu ada gerai jual pulut ayam dan gerai kuih muih.

Gerai pulut ayam

Gerai pulut ayam

Jadi pagi tu ada yang sarapan pulut ayam, ada yang sarapan roti canai kat kedai Sakinah.

Lepas sarapan, balik hotel. Tut tut dah tunggu. Kami pergi jeti naik Tut Tut. Tut tut ni kami tak bayar sebab dah termasuk dalam pakej.

Sebelum naik tut tut gambar ramai-ramai dulu

Sebelum naik tut tut gambar ramai-ramai dulu

Naik tut tut

Naik tut tut

Kami naik bot kat Jeti Ao Nam Mao. Kena bayar 10 baht sorang untuk lalu jeti  ni. Nak lalu pun kena bayar…  huhuhu…

Jeti ke bot

Jeti ke bot

Bot kami yang bumbung purple tu

Bot kami yang bumbung purple tu

Kami naik long tail boat. Share dengan omputih. Mula-mula elok sopan jer pakaian omputih tu. Sampai jer pulau, memasing bukak baju, yang pompuan pakai bikini, yang lelaki pakai short. Sampailah habis trip, mmg separuh bogel jer la diorang tuh.  Kat pulau-pulau yang kami pergi, bersepah-sepah omputih pakai bikini. Memang ‘cuci mata’ sungguh lah. Nak share gambar kat blog ngan facebook pun kena tapis dulu gambar-gambar tuh.

Jumlah pulau yang kami pergi 5 pulau. Cantik-cantik pulau yang kami pergi. Pemandangan sepanjang naik bot pun cantik. Pantai kat pulau-pulau kat Krabi ni halus, air pulak jernih. Pastu bersih.

 

Dalam bot

Dalam bot

Antara view pulau dari dalam bot

Antara view pulau dari dalam bot

Kami di Poda Island

Kami di Pulau Poda

 

Main pasir di Pulau Phra Nang

Main pasir di Pulau Phra Nang

Cumanya bila bawak anak kecik, budak-budak jadi bosan  naik bot tu lama-lama. Saya ngan suami pulak bukan jenis yang suka mandi laut… maka ber huhuhu lah kami sepanjang Island Hopping nih. Yang mana suka pergi pulau dan mandi laut, maybe akan rasa seronok lar kot. Cerita detail pasal Island Hopping saya akan cerita kat entry lain yer.

Trip Island Hopping kami habis pukul 4.30 petang. Lebih kurang 7 jam lar trip  nih.  Sampai jeti, tut tut dah tunggu. Naik tut tut terus balik hotel. Lepas bersihkan badan, solat dan rehat sekejap, kami keluar pergi Heaven 7.

heaven 7

Heaven 7 ni  mini  theme park. Ada banyak permainan untuk dewasa dan kanak-kanak. Memang best la untuk budak-budak. Adam paling seronok kat sini. Bayaran masuk Haven 7 ni 50 baht dewasa, 25 baht kanak-kanak. Setiap games yang ada kena beli tiket asing. Murah jer tiket games, 20 baht sekeping tiket. Selain permainan,  kat heaven 7 ni ada tempat penginapan jugak. Tapi bilik kat sini mahal!

 

kami i haven 7

Kami di Heaven 7

depan haven 7

Cowboy city pun ada kat sini

Kat dalam ni siap ada mini water theme park lagi. Macam syok jer water theme park dia. Kalau Adam dapat main kat sini, konpom tak nak balik. Nasib baik time pergi tu, theme park air tu dah tutup.. sebab dah nak malam.

Kawasan Heaven 7 ni dihias cantik sangat. Atas bukit pulak tu. Pemandangan memang sangat-sangat indah. Masa kami sampai, dah nak gelap. Konon-konon nak tengok sunset, rupa-rupanya sunset belakang bukit.  Tak nampak pun matahari tu terbenam. hahahaha.

View dari puncak Heaven 7

View dari puncak Heaven 7

Tinggi jugak nak mendaki kawasan ni. Cerun pulak tu. Masa nak naik bukit, rasa nak tercabut tempurung lutut. Nak turun pulak, punyalah gayat rasa nak tercabut jantung. Tak yah naik pun takper sebenarnya, sebab atas tu cuma ada restoran. Cantik, tapi rasanya tak halal.

Oleh sebab kami dah sampai agak lewat kat heaven 7  ni, jadi Adam sempat naik ferris wheel dan bawak bot mini jer. Perut masing-masing dah lapar, jom lah cari kedai untuk makan malam.

Adam bawak bot mini

Adam bawak bot mini

Malam kedua (terakhir) kat kat Krabi tu, kami makan malam kat Kedai Rohanee. Kedai ni kat area Aonang Beach.. Gambar tak ada. Sebab handphone dah habis bateri. Huhuhu.

Masa makan malam kat kedai Rohanee ni Aiza sangat moody sebab keletihan Island Hopping. Sepanjang Island Hopping dia tak dapat tidur. Habis Island Hopping sambung berjalan lagi. Kami yang dewasa pun penat, Aiza apatah lagi.

Malam tu Aiza tidur tak lena. Kejap2 terjaga, menangis. Jenuh pujuk dia tidur. Huhuhu

Hari ketiga di Krabi, saya akan sambung kat next entry.