Sambungan dari bercuti ke Krabi Day 2

Day 3 Jumaat 3 Mac 2017

Hari Jumaat, last day  kami kat Krabi. Checkout awal pagi lepas tu terus ke Aonang Beach cari pancake lagi. Jumpa jugak akhirnya.

Gerai pancake di Aonang Beach

Gerai pancake di Aonang Beach

Saya order pancake banana nutella. Pancake kat Krabi ni sebenarnya roti canai… cuma diletak inti/ topping. Banana nutella tu roti pisang letak topping nuttella.  Kat kedai ni beli bubur Aiza sekali. Tapau jer semua. Tak makan kat kedai ni. Kami makan sarapan kat kedai lain.

Banana Nuttela Pancake

Banana Nuttela Pancake

Kami sarapan pagi kat kedai Salameeyah. Kedai ni kat Aonang Beach tu jugak.  Kedai ni ada jual nasi ngan lauk-pauk. Masing-masing sarapan berat pagi tu. Banana pancake yang beli pagi tu pun saya makan kat kedai Salameeyah ni jer.

Salameeyah Kitchen

Salameeyah Kitchen

Makan pancake kat kedai ni jugak

Pancake tu sedap tau

Lepas tu tengok orang lain makan nasi macam sedap jer, order jugak nasik kat kedai tu. Tapi sudahnya makan tak habis pun. Tak berapa lalu nak makan nasi sebab masa sarapan tu Aiza amukan. Malam sebelumnya Aiza tak cukup tidur, pastu kena bangun pulak awal pagi. Memang moody sungguh la dia pagi tu. Huhuhu.

Lepas breakfast, jalan-jalan dan shopping kat Aonang Beach. Bawak Aiza guna baby carrier, lena terus dia dalam tu. Alhamdullilah. Senang kami nak berjalan.

Bergambar dengan Landmark Aonang Beach - Ikan todak

Bergambar dengan Landmark Aonang Beach – Ikan todak

Masing-masing berteduh bawah todak

Masing-masing berteduh bawah todak

View sepanjang pantai Aonang ni memang cantik. Bersih pulak tu. Landmark pantai Aonang ni, replika todak. Tak sempat nak baca pulak apa kaitan todak ngan pantai Aonang ni.

Bot tunggu penumpang kat pantai Aonang

Bot tunggu penumpang kat pantai Aonang

Memang cantik betul Pantai Aonang nih

Memang cantik betul Pantai Aonang nih

Kat gambar macam tak ramai orang jer, tapi sebenarnya ramai tourist kat kat Aonang Beach nih.  Majoritinya omputih yang suka bebenor berjemur kat pantai.. berjemur ramai-ramai macam ikan kering kena jemur tu ha..

Lepas ‘cuci mata’ tengok mat sale berjemur, kitorang pun gi shopping souvenir. Adam sambung main kat pantai ngan Maktok dia.

Adam dan Mak Tok main air laut kat Pantai Aonang

Adam dan Mak Tok main air laut kat Pantai Aonang

Mahal jugak souvenir kat Aonang Beach ni. Jadi tak banyak sangat barang yang kami beli. Kalau nak murah, kat night market..tapi tu la, masa kami kat Krabi, night market dia tak bukak la pulak.

Mahal sungguh baju budak kat Aonang beach ni haa

Mahal sungguh baju budak kat Aonang beach ni haa

Sementara tunggu Mommy shopping, Adam merempit seround dua

Sementara tunggu Mommy shopping, Adam merempit seround dua

Beli lar jugak sikit souvenir buat kenangan

Walaupun mahal, beli lar jugak sikit souvenir buat kenangan

Dah habis shopping, lebih kurang tengah hari kami bertolak ke Hatyai pulak. Nak singgah floating market kat Hatyai. On the way tu, kat Khlong Tom, nampak gerai jual nenas madu murah-murah. Singgah kejap borong nenas berplastik-plastik. Manis tau nenas Thailand nih. Nenas madu.

Borong nenas

Borong nenas

 

Sampai Hatyai pukul 5.30 petang. Singgah makan dulu kat kedai Sami Kitchen. Walaupun nama kedai Sami, tapi ni kedai muslim tau. Owner dan staff dia boleh cakap melayu. Kat sini ada surau, jadi kami solat jamak terus kat sini sementara tunggu makanan sampai.

Entrance sami kitchen

Entrance sami kitchen

Menu kami kat Sami Kitchen ni ikan kapas goreng kerabu, ikan siakap 3 rasa, ikan mackarel masak halia, fillet ikan celup tepung, sup tulang dan sayur campur.

Menu kami di Sami Kitchen

Menu kami di Sami Kitchen

Semua sedap-sedap. Tapi yang paling saya suka ikan kapas goreng kerabu tu. Isi ikan dan tulang diasingkan lepastu di digoreng rangup. Lepas tu tuang kuah kerabu atas ikan tu.pergh.. sedap gila!!!!

Kedai ni memang beri air kosong (sejuk) jer kecuali kita request nak air lain. Adam jer lah minum air teh o panas. Yang lain minum air kosong jer sudah. Nasi pulak dia bagi dalam periuk kayu, pastu dia hidang satu-satu macam hotel. Bila air minuman kita dah habis, memang ada yang datang tuangkan. Ala-ala makan kat hotel.

Total makan kat kedai Sami ni 2100 baht ++. Berbaloi-baloi dengan lauk dan servis dia. Kalau korang sampai Hatyai, saya rekomen pergi makan kat kedai ni. Taip jer kat google maps tu “Sami Kitchen”.

Lepas makan, singgah masjid besar kat Hatyai untuk maghrib pulak. Masjid ni memang besar sangat-sangat. Siap ada terusan air kt depan Masjid macam Taj Mahal tu haa

Bergambar depan masjid Hatyai

Bergambar depan masjid Hatyai

Terusan air depan masjid

Terusan air depan masjid

Lepas maghrib, kami terus ke Floating Market.

Floating Market

Floating Market

Dulu masa pergi Floating Market ni, macam ada banyak pilihan makanan. Tapi kali ni, macam tak banyak sangat pulak. Maybe sebab kami sampai dah malam. Jadi banyak gerai terapung tu yang dah tutup. Saya makan aiskrim kelapa jer kat situ. Sedap!!

gerai terapung

Gerai makanan atas bot

Lepas makan, shopping souvenir kat situ pulak. Kat sini selain makanan, ada jugak jual barang-barang souvenir macam baju, keychain, fridge magnet dan lain-lain. Harga barang-barang kat Floating Market ni murah sikit berbanding kat Krabi tu. Tapi kami tak dapat shopping banyak sebab mengejar masa. Border tutup pukul 12 tengah malam. Jadi pukul 9.30 malam kami bertolak balik dari Floating Market tu.

Sampai border lebih kurang pukul 11.00 malam. Macam biasa kena turun kereta check passport itu ini. Lepas tu terus lah gerak balik rumah. Sampai rumah lebih kurang pukul 12.00.

Alhamdullillah..akhirnya merasa jugak berjslan ke Krabi. Dah banyak kali mertua ajak, sampai jugak akhirnya. Ada banyak lagi tempat menarik kat Krabi yang kami tak sempat pergi. Takperlah..kalau ada rezeki, boleh pergi lagi. Tapi next time pergi Krabi, nak jalan-jalan cari makan jer kat Krabi tuh. Hehehehe.