Assalamualaikum

Rabu – Jumaat minggu lepas kami berjalan ke Thailand lagi. Sebelum ni kami ke Danok, Sadao, Songkla dan Hatyai. Kali ni pergi jauh sikit. Destinasi kami kali ni, Krabi.

Kami bercuti ke Krabi ramai-ramai dengan keluarga mertua dan sepupu-sepupu En Suami. Naik 2 biji kereta ke sana. Meriah!

Day 1 ( Rabu 1 Mac 2017)

Bertolak dari rumah mertua (Jitra) dalam pukul 9.30 pagi. Sampai sempadan pukul dalam pukul 10 lebih. Kat sempadan kena beratur check passport kt imigresen Thailand pastu buat pengesahan bawak masuk kereta kat Kastam Thailand. Lepas dah settle semua, singgah kejap kat Danok beli simkad, pastu jalan. Prosedur bawak masuk kereta ke Thailand ada saya cerita kat sini.

On the way nak ke Krabi, kami singgah makan kat Trang. Besar jugak pekan Trang ni. Kami makan kat kedai Fatimah (kedai muslim Thailand). Kedai ni betul-betul depan stesen keretapi Trang. Owner dan pekerja dia boleh cakap melayu.

 

 

Stesen Keretapi Trang

Stesen Keretapi Trang

 

Kedai makan Fatimah

Kedai makan Fatimah

Kat kedai Fatimah ni kami makan Tom Yum Goong (udang), ayam paprik, telur bungkus dan kailan ikan masin. Air macam-macam jenis. Order makan untuk 8 orang. Total semua sekali 1200 baht ++. Bila ditukar duit Malaysia, RM150 lebih kurang. Mahal la jugak sbb duit kita dh jatuh kan.

Menu kami di kedai Fatimah

Menu kami di kedai Fatimah

Selain kedai makan, kedai ni buat travel agency jugak. Dulu dia kata ramai pelancong datang sini. Pulau-pulau kat kat Trang pun cantik-cantik. Ada pakej Island Hopping kalau nak pergi pulau-pulau kat situ. Pastu kat Trang ada gua-gua dan air terjun yang cantik-cantik. Ada dia tunjuk gambar. Memang cantik. Tp sekarang dia kata pelancong prefer ke Krabi sebab Trang kurang promosi. Kesian pulak dengar dia cerita. InshaAllah, kalau ada rezeki lain kali kami ke berjalan ke Trang

Antara tempat menarik di Trang

Bergambar dengan peta Trang

Lepas makan kami terus ke Krabi. Berhenti sekali sekala bila ada yang nak ke toilet. Toilet kat sana bersih-bersih dan ada air untuk cebok.

Setiap kali pergi Thailand, yang saya perasan Thailand ni memang BERSIH. Susah sangat nak nampak sampah tepi jalan. Kat kampung ke, pekan atau bandar..semua bersih. Bagus kan orang Thailand ni, pentingkan kebersihan.

Dalam pukul 5.30 petang akhirnya kami sampai ke Krabi. Gerak pagi, sampai petang. Macam jauh sangat kan. Kalau drive straight dr Bukit Kayu Hitam ke Krabi, lebih kurang 5 jam jer. Tapi sebab kami banyak berhenti, tu yang jadi lama. Hehehe.

Kami check in kat Hotel Sea Shell Resort. Murah tau hotel ni. Kami ambil 3 bilik, setiap bilik ada 2 katil queen. Luas dan selesa. Bilik betul-betul mengadap pool. Total 3 bilik untuk 2 malam RM600++ jer. Murah kan?

Seashell Resort

Seashell Resort

sea shell resort 2

Bilik kami betul-betul sebelah tangga tu

Cerita detail hotel Seashell Resort ni boleh baca kat sini.

Lepas check in, rehat kejap. Malam tu kami keluar makan kat Restoran Sakinah. Dekat jer kedai ni dengan hotel yang kami duduk tu. Makanan kat kedai ni biasa-biasa jer. Pastu harga agak mahal. Huhuhu. Takperlah, janji perut kenyang.

Restoran Sakinah

Restoran Sakinah

Lepas makan ingatkan nak jalan-jalan kat night market kat pekan Krabi. Dah sampai sana, tak ada pulak night market tu. Rupa-rupanya Night Market kat pekan Krabi tu dibuka pada malam weekend sahaja.

Pastu kami pergi Aonang Beach pulak. Konon-konon nak makan pancake femes kat situ. Tapi Aiza dah tertidur kat riba. ย Makanya abah jer la turun kejap beli selipar, untuk Island Hopping esoknya. Lepas beli selipar terus balik hotel, tidur.

Cerita hari kedua di Krabi, klik ย sini.