Assalamualaikum

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti ke Sabah. Pergi ramai-ramai dengan semua ahli keluarga En Mahadi.  En Mahadi tu ayah saya lah. Hehehe. Memang semua orang pergi. Tak ada yang tinggal. Ayah, mak, adik beradik saya, ipar duai, cucu semua ikut. Mak ayah saya dah lama nak berjalan ke Sabah.  Jadi bila ayah ada rezeki lebih sikit, dia belanja semua ahli keluarga tiket kapal terbang pergi balik ke Sabah. Alhamdullilah.. Merasa jugak  kami ke Sabah. Pergi ramai-ramai pulak tuh. . Ni first time tau kami sekeluarga lengkap pergi bercuti ramai-ramai. Sebelum ni kalau bercuti ada jer yang tak dapat join. Kali ni lengkap semua ada. 15 orang semuanya. 9 dewasa, 6 kanak-kanak. Terima kasih ayah, belanja tiket kapal terbang.

Hari Pertama

Kami terbang ke Sabah hari ahad 19 Nov lepas. 19 Nov tu kebetulan birthday saya dan kembar saya. Ni kira birthday trip sekali lah ni. Hehehehe. Flight pukul 8.40 pagi. Pukul 4.30 pagi kami dah keluar rumah. Saya sekeluarga naik Grab Car. Sebab awal pagi, caj RM80. Kira oklah. Sebabnya kos drive kereta sendiri dan parking ke KLIA2 RM200 lebih untuk 4 hari. Lebih baiklah naik Grab Car ajer.  Sampai KLIA2 pukul 5 pagi lebih. Terus print boarding pass dan luggage tag kat check in kiosk. Lepas tu check in bagasi. Pukul 6 solat subuh kat surau KLIA. 6.30 pagi sarapan. 7.30 pagi terus ke pintu masuk dan tunggu kapal terbang. Alhamdullilah, flight tak delay. On time.

Pagi di KLIA2

Pagi di KLIA2

Masa beli tiket kapal terbang, kami tak pilih seat. Jadi seat kami semua memang berterabur. Saya duduk depan dengan Nunu, adik bongsu saya. En Suami duduk dengan anak-anak kat bahagian tengah. Mak ayah dan adik beradik lain ada yang duduk depan, ada yang kat belakang. Lepas sejam berlepas, saya dengar suara Aiza yang jerit-jerit nangis gaduh ngan Adam. Haih.. Sudahnya saya suruh Adam duduk dengan Nunu. Saya duduk dengan En Suami dan Aiza. Aman… Cuaca pun alhamdullilah baik sepanjang penerbangan ke Sabah

Cuaca baik ketika terbang ke Sabah

Cuaca baik ketika terbang ke Sabah

Sampai airport KKIA lebih kurang pukul 11.30 pagi. Rupanya nak masuk Sabah kena melalui imegresen jugak. Pegawai imigresen akan check IC dan kemudia akan bagi pass lawatan ke Sabah untuk 90 hari. Maknanya, kita boleh berada di Sabah untuk 90 hari sahaja. Pass lawatan tu kena simpan sebab masa nak keluar Sabah kena bagi balik pass tu.

Kat sana kami sewa 1 van dan 1 kereta. Tapi kami sewa dari dua agensi yang berbeza. Mula-mula sewa van sebijik jer, tapi seminggu sebelum pergi Sabah kami sewa lagi sebijik kereta sebabnya kami bawak 6 biji beg bagasi besar. Memang tak muat sumbat dalam van. Tu yang tambah lagi sebiji kereta.. Sewa van tu agak mahal. RM260 sehari. Total 4 hari RM1040. Tak ada diskaun. Huhu.  Untuk kereta sewa pulak, kami sewa proton saga. Saga ni kami sewa dengan agensi lain. . Walaupun kami sewa untuk 4 hari, tapi dia caj untuk 3 hari jer. Sehari RM120. 3 hari patutnya RM360 kan.. tapi dia caj RM320 jer. Ha.. dapat diskaun lagi kan..

Korang kalau nak cari kereta sewa murah kat Sabah, boleh sewa kereta dengan An Naqlu Kereta Sewa. Memang saya rekomen sangat, sebab mudah sangat berurusan dengan An Naqlu ni, dan harga sewa sangat-sangat berpatutan. Kalau kami sewa 3 bji kereta dengan An Naqlu ni kos dia lebih murah dari kami sewa 1 biji van tu tau. Rugi jer sewa van hari tu. Haih…

Lepas dah dapat kerata dan van sewa, perut masing-masing dah kebulur, kami terus pergi Lunch dekat Grace Point Food Arena. Dekat jer dengan airport KKIA tu. Dalam 20 minit macam tu. kat Grace Point tu ada banyak gerai jual makanan. Pilihan makanan pun banyak. Saya order set nasi ayam masak butter. Untuk anak-anak pulak nasi ayam. Mak saya order ikan masak 3 rasa rasnaya. Yang lain saya tak sure, sebab duduk meja lain. Sedap jugak nasi ayam butter dia. Nasi ayam pun sedap. Hehehe. Harga makanan ok, tak mahal sangat. Tapi harga air agak mahal! maybe sebab ada satu jer gerai yang jual air, so dia main harga kat situ. Sabar jer lah

Lunch di Grace Point

Lunch di Grace Point

Lepas lunch terus straight ke Kundasang. Konon-konon nak singgah jambatan gantung Tamparuli, tapi terlepas pulak. Jadi terus jer lah ke Kundasang. Nak ke Kundasang ni, jalan dia berbukit bukau dan kadang kala berkabus. Sesekali nampak kat tepi jalan, gerai makanan yang jual…. babi hutan bakar. Errr..

Jalan berkabus

Jalan berkabus

Sebelum sampai Kundasang, lalu Pekan Nabalu. Laju jer mak dengan kakak saya ajak singgah. Mak dan kakak saya kata cenderahati kat Nabalu ni lebih murah dari kat KK .  Mak dan adik beradik saya la yang shopping. Saya tak beli apa pun.. sebab rasa macam mahal.. Tapi sebenarnya, cenderahati kat Nabalu ni memang lebih murah berbanding di KK. Bila dah sampai KK, baru ku tahu.. padan muka.

Pasar Nabalu

Orang lain shopping, aku gi amik gambar

Kat Nabalu ni ada View Point. Kat sini boleh nampak pemandangan cantik kat kawasan bukit bukau Gunung Kinabalu ni.

View point di Nabalu

View point di Nabalu

Lepas dah shoping cenderahati kat Nabalu, terus lah kami ke Kundasang. Kami sampai Kundasang dalam pukul 4 lebih. Homestay kami kat  Kampung Mesilau. Atas sikt dari pekan Kundasang tu. Memang tinggi jugaklah Kampung Mesilau nih. Siap lalu laluan sempit lagi.

Laluan masuk ke Kg Mesilau

Laluan masuk ke Kg Mesilau

Kami menginap di Cinta Villa Homestay. Alhamdullilah, cantik dan luas homestay yang kami duduk ni. Sangat selesa. Ada banyak homestay kat Kundasang ni tau. Tapi saya pilih Cinta Villa Homestay ni, sebab dia tak ada tangga. Budak-budak ramai kan, tak sesuai lah cari rumah yang ada tangga. Cinta Villa Homestay ni ada 3 bilik tidur. Luas bilik tidur dia.  Setiap bilik tidur ada bilik air tau. Kat dapur pun ada bilik air jugak. Jadi ada 4 bilik air kat rumah tuh. Tak ada masalah la berebut bilik air ke apa..

Cinta Villa Homestay

Cinta Villa Homestay

Masing-masing tak sabar masuk homestay

Masing-masing tak sabar masuk homestay

Deko bilik di Cinta Villa Homestay

Cantik deko bilik kami di Cinta Villa Homestay

Bilik kami di Cinta Villa Homestay ada katil queen dan 1 tilam single.

Bilik kami di Cinta Villa Homestay ada katil queen dan 1 tilam single.

Kat ruang tamu ada satu sofa panjang dan satu sofa bed. Jadi memang tak ada masalah ruang tidur. Yang mana tak dapat tidur bilik, boleh tidur kat ruang tamu. Saya lupa pulak nak ambil gambar ruang tamu, ruang makan dan dapur. Huhuhu. Kalau korang ada plan nak bercuti ramai-ramai ke Kundasang, memang saya rekomen sangat Cinta Villa Homestay nih.

Cinta Villa Homestay ni tak ada aircond tau. Ada kipas jer. Tapi kat sini sangat-sangat sejuk, kami tak guna pun kipas tu. Serius, sejuk sangat la Kundasang ni. Lagi-lagi kat Mesilau sebab Mesilau ni kawasan tanah tinggi. Betul-betul dekat dengan Gunung Kinabalu tuh. Homestay ni siap ada wifi tau. Astro pun ada, tapi siaran selalu tergendala sebab kabus tebal. Huhuhuhu.

Lepas check in homestay, kami rehat-rehat  dan jalan-jalan kaki ke kawasan sekitar homestay. Saja jalan nak tengok kampung orang. hehehe.

Kat belakang tu Gunung Kinabalu, tapi tak nampak sangat sebab ditutup awan

Kat belakang tu Gunung Kinabalu, tapi tak nampak sangat sebab ditutup awan

Malam tu kami makan KFC jer. Tu pun tapau kat pekan Kundasang. Kat sana, malam dia awal tau. Pukul 6 petang dah gelap gelita. Pukul 8.30 malam, masing-masing dah tak tahu nak buat apa, cuaca pulak sejuk beku. Astro pun tak ada siaran, kabus tebal sangat. Jadi pukul 9 malam semuanya dah hanyut dibuat mimpi. Hahahaha

Malam tu Adam tak lena tidur, asyik bersin-bersin dan selsema sepanjang malam. Siap berdarah-darah lah hidung dia tu. Mungkin dia tak tahan sebab cuaca sejuk sangat. Haih…  Dah bagi Zyrtec pun, macam tak ada kesan. Saya pulak lupa bawak ubat sembur Nasonec dia.. Terpaksa la hadap masalah hidung Adam sepanjang malam.

Hari Kedua

Subuh kat Sabah awal. Pukul 4.00 pagi dah subuh dah. Masing-masing bangun awal sebab sejuk sangat-sangat tak boleh tidur.  Walaupun masing-masing tidur pakai lengan panjang, sweater siap berstoking berbungkus dalam selimut, serius..masih sejuk gigil-gigil.

Bila keluar rumah, kat belakang homestay nampak jelas Gunung Kinabalu. Waktu siang tak nampak sangat Gunung Kinabalu sebab banyak kabus dan awan.. Waktu awal pagi barulah nampak jelas. Memang cantik sangat-sangat Gunung Kinabalu ni. MashaAllah.

 

6.30 pagi di Kundasang. Nampak jelas Gunung Kinabalu dari homestay kami

6.30 pagi di Kundasang. Nampak jelas Gunung Kinabalu dari homestay kami

Pagi hari kedua, kami sarapan nasi goreng, mak saya masak. Lepas sarapan, pukul 7.30 pagi kami terus ke ladang lembu Desa Cattle Farm. Desa Cattle Farm ni dekat sangat dengan homestay kami tuh. 5 minit jer. Sampai sana, ladang lembu tu pun belum bukak lagi. Tu pun dah banyak kereta beratutr masuk tau. Masing-masing tak sabar tengok lembu. Hehehe

Awla pagi lagi kenderaan dah beratur masuk Desa Cattle Farm

Awla pagi lagi kenderaan dah beratur masuk Desa Dairy Farm

Bayaran masuk Desa Dairy Farm ni RM5 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun free.

Tiket Desa Dairy Farm

Tiket Desa Dairy Farm

Kat dalam ladang lembu tu, kita boleh tengok, lembu-lembu susu yang comel-comel tuh,  anak-anak lembu dan  tempat perah susu lembu. Pengunjung boleh bagi anak lembu minum susu. Kambing pun ada jugak kat sini.

 

Sebelum tengok lembu, gambar ramai-ramai dulu

Sebelum tengok lembu, gambar ramai-ramai dulu

Ni lah dia ahli rombongan keluarga En Mahadi. Anak menantu cucu semua lengkap.

Lembu susu comel

Lembu susu comel

Tempat perah susu lembu

Tempat perah susu lembu

Kemain gelojoh anak lembu ni minum susu

Kemain gelojoh anak lembu ni minum susu

Ada jugak jual produk tenusu macam susu lembu, susu kambing, yogurt dan puding susu.  Pemandangan kat ladang lembu ni pun cantik sangat sebab kat kaki gunung Kinabalu kan.

Produk tenusu Desa Dairy Farm

Produk tenusu Desa Dairy Farm

Menggigil gusi masing-masing makan yogurt sejuk kat sini

Menggigil gusi masing-masing makan yogurt sejuk kat sini

 

Lepas pergi ladang lembu, kami terus ke Fish Spa Sungai Moroli, Kampung Luanti kat Ranau. Sejam lebih jugak lah perjalanan ke Fish Spa ni dari Kundasang tuh. Tiket masuk ke sana RM5 seorang  untuk dewasa untuk 15 minit. Kanak-kanak free. Lepas tu kalau nak ambil gambar kena caj RM5/group. Caj ni untuk 15 minit jer. Kalau nak main dengan ikan 30 minit, harga lain. Kat sini dia kira ikut masa dan kepala. Kami ambil yang 15 minit jer. Seronok main dengan ikan, rasa kejap sangat lah 15 minit tu. Gambar pun tak banyak sebab masing-masing seronok main dengan ikan.

Fish Spa Kg Luanti

Fish Spa Kg Luanti

Sebelum rendam kaki, kena umpan ikan dengan bagi makanan dulu

Sebelum rendam kaki, kena umpan ikan dengan bagi makanan dulu

Nah..kalau nak tengok video kitorang main dengan ikan.

Fish spa ni sebenarnya anak sungai. Kat situ ada banyak ikan. Ikan-ikan tu akan datang kat kita. Kalau kita rendam kaki, dia akan gigit-gigit kaki kita, ala-ala foot spa tu lah. Tapi, ikan dia besar-besar. Geli weh. Tak sanggup saya nak masukkan kaki. Jadi saya pegang-pegang jer  lah ikan-ikan tu.

Lepas main dengan ikan, kami ke kolam air panas Poring pulak. Dari Fish Spa Kg Luanti tu ke kolam mata air panas Poring tu dalam 30 minit jer. Kat kolam air panas ni pun kena bayar jugak. Dewasa RM3, kanak-kanak RM1.

caj harga tiket poring

Budak-budak tu sebelum turun kereta saya dah tukar baju mandi siap-siap

Budak-budak tu sebelum turun kereta saya dah tukar baju mandi siap-siap

Kat sini, budak-budak dan bapak budak jer lah berendam. yang perempuan malas nak berendam sebab malas nak tukar baju. Hehehehe. Kami main air kat kolam terbuka jer. Ada jugak kolam tertutup. Malas pulak nak pergi yang kolam tertutup. Lagipun harga dia mahal jugak kalau nak main air kat kolam tertutup tuh. Oleh sebab yang berendam cuma budak-budak dan bapak budak, jadi kami berneda kat kolam terbuka jer lah. Ada banyak kolam-kolam terbuka dia. Satu family boleh guna satu. Tak perlu share dengan family lain pun…

Yang perempuan rendam-rendam kaki jer lah..

Yang perempuan rendam-rendam kaki jer lah..

Budak-budak ni kemain seronok main air panas

Budak-budak ni kemain seronok main air panas

Yang macam rumah rumah tu ruang mandi tertutup

Yang macam rumah rumah tu ruang mandi tertutup

Walaupun namanya kolam air panas, tapi kolam untuk mandi ni air dia suam jer sebab dah campur dengan air sejuk. Tapi ada stau kolam yang betul-betul panas. Kolam ni memang kolam mata air panas yang dari bawah tanah tak campur dengan air sejuk. Memang nampak wap panas dia. Siap berpagar lagi.

Kolam mata air panas Poring

Kolam mata air panas Poring

Kami kat kolam air panas ni tak lama. Dalam sejam jer macam tu. Lepas main air panas, kami pergi ke ladang arnab pulak.

Ladang arnab ni kat Ranau jugak. Tempat dia agak tersorok sikit. Sepanjang kami kat Sabah, kami berjalan kesana kemari guna google maps. Kalau tak ada google maps, memang tak jumpa tempat-tempat ni semua sebab sign board tak banyak. Walaupun tersorok, tapi ladang arnab ni luas tau. Banyak pulak tu arnab-arnab kat sini. Saya tak dapat main ngan arnab sangat sebab Aiza tu takut bila arnab tu berkerumun kat dia. yang peliknya, arnab-arnab tu suka betul datang kat Aiza. hahahaha

Arnab bersepah di sana sini

Arnab bersepah di sana sini

Nak masuk ke ladang arnab ni kena bayar jugak tau. Kalau tak slah, bayaran masuk dia RM3. Peket makanan nak bagi makan arnab harga lain. Tak sure  berapa sebab kakak saya yang bayar. Bila saya tanya, dia pun dah lupa.

Budak-budak la paling seronok, dapat kejar arnab kat sini

Budak-budak la paling seronok, dapat kejar arnab kat sini

Dah puas main ngan arnab kami pun pulang ke Kundasang. Sampai kat pekan Kundasang,terus pergi makan. Kami order nasi goreng dan kepak ayam masak madu dan masak pedas. Kepak ayam masak madu dan masak pedas tu sedap sangat. Serius, memang sedap.

Kepedasan tapi tak boleh berhenti makan. Sedap sangat

Kepedasan tapi tak boleh berhenti makan. Sedap sangat

Lepas makan, jalan-jalan kat pasar sayur kat Pekan Kundasang tu. Tak beli pun sebab kami memang tak plan nak masak kat sana. Takkan nak bawak sayur tu balik Semenanjung pulak. Layu pulak kang sayur-sayur tu

Pasar sayur Kundasang

Pasar sayur Kundasang

Malam tu kami semua tidur awal. Pukul 8.00 masing-masing dah masuk bilik dah. Cuaca sejuk beku dengan tak ada siaran TV, sebab kabus tebal sangat, jadi tak dapat siaran Astro. Tak tahu nak buat apa.. memang tidur jer lah jawabnya. Sebelum tidur, bagi Adam ubat yang baru beli kat farmasi. Alhamdullilah, Adam dah tak bersin-bersin, cuma masih selsema. Dan..tengah-tengah malam, Adam terjaga sebab hidung dia berdarah lagi.. Haih…nampak gayanya, selain habuk, hama, debu dan bulu binatang, Adam juga alah pada cuaca yang terlampau sejuk.

Hari Ketiga

Pagi hari ketiga, lepas sarapan , kami checkout Cinta Villa Homestay tu sebab kami nak berjalan ke Kota Kinabalu pulak. Masa turun dari Mesilau, sempat kami tengok puas-puas gunung Kinabalu yang cantik tuh.

Gunung Kinabalu yang sangat cantik

Gunung Kinabalu yang sangat cantik

Sebelum tinggalkan Kundasang, bergambar dulu ramai-ramai.

Pagi terakhir di Kundasang

Pagi terakhir di Kundasang

Lepas bergambar, kami pun terus ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke KK, kami singgah Taman Negara Kinabalu pulak.

Nak masuk ke Kinabalu Park ni kena bayar jugak. Dewasa 18 tahun ke atas RM3. Bawah 18 tahun, percuma.

Tiket Kinabalu Park

Tiket Kinabalu Park

Tinggi jugak perjalanan naik ke Taman Negara Kinabalu nih. Kami naik sampai ke Monumen Mangsa Tanah Runtuh Gunung Kinabalu jer, sebab risau takut kereta sewa tak boleh naik tinggi sangat. Tu pun dah bunyi semacam jer kereta tuh. Kat monumen ni pun boleh nampak Gunung Kinabalu tu. Lepas bergambar kat monumen tu, kami terus turun balik. Orang yang nak daki Gunung Kinabalu, akan start mendaki kat Kinabalu Park ni lah. Masa kami turun park ni, kat bawah tu ada sekumpulan pendaki tengah berkumpul nak mendaki gunung Kinabalu tu.

Kenangan di Kinabalu Park

Kenangan di Kinabalu Park

Lepas turun Kinabalu Park, kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Masa ke Kundasang kami terlepas Jambatan Gantung Tamaruli kan. Jadi masa ke Kota Kinabalu ni, kami singgah la kejap tengok jambatan Gantung Tamparuli nih. Besar betul jambatan n gantung nih. Bila orang berjalan, memang bergoyang-goyang jambatan gantung tu tau.

Jambatan gantung Tamparuli

Jambatan gantung Tamparuli

Atas jambatan gantung Tamparuli

Atas jambatan gantung Tamparuli

Sekejap jer kami kat Tamparuli ni, sebab hujan. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu sebab mak saya nak gi shopping kat sana. Sampai Kota Kinabalu, terus pergi ke kawasan Pasar Filipina tu. Parking kereta kat area situ. Tapi tak terus shopping. Apa-apa hal makan dulu. Tanya peniaga kat situ, kat mana makan sedap. Peniaga tu tunjuk kedai seberang jalan. Kedai  makan Amin Jaya. Alhamdulllah, memang sedap makan kat kedai tu.

Lepas makan, mak kata nak shopping mutiara kat Kedai Jamilah. Makcik saya la bagitahu, mtiara kat Kedai Jamilah ni cantik-cantik dan original. Harga berpatutan. Jadi gigih la mak saya tanya orang kat sana, kat mana kedai Jamilah nih. Tak jauh sangat rupanya. So jalan kaki jer lah.

Kedai Jamilah

Kedai Jamilah

Kat kedai Jamilah ni, yang sungguh-sunguh shopping aksesori mutiara, mak saya dan kakak saya. Saya dan adik-adik saya macam blur tak tahu beli apa. Semua cantik-cantik, harga pun berpatutan. Tapi tu lah, tak tahu nak pilih yang mana satu. Saya dan adik-adik saya bukan jenis yang suka pakai aksesori sangat. Hehehehe

Aksesori mutiara

Aksesori mutiara

Tak semua mutiara kat kedai Jamilah ni mutiara asli. Ada yang bukan asli. Tapi jangan risau, staff kat kedai tu akan beritahu yang mana satu asli, yang mana satu tak asli. Harga mutiara asli laut masin lebih mahal dari yang mutiara air tawar. Tapi bentuk lebih kurang jer. Kat mata saya ni nampak sama jer. Yang biasa pakai mutiara mungkin akan nampak lah beza dia.

Lepas shopping mutara, patah balik pasar kraftangan dan pasar Sinsuran. . Mak saya, kakak saya dan adik saya siap shopping ikan kering. ikan bilis ngan keropok apa ntah buat ole-ole. Kami laki bini malas nak shopping benda tu semua sebab kami dah nak pindah kan.. jadi malas nak menambah barang kat rumah. Jadi kami cuci mata kat Pasar Kraftangan jer lah.

Pasar Kraftangan

Pasar Kraftangan

Pasar Kraftangan ni jual pelbagai jenis cenderahati. Paling banyak, aksesori mutiara lah. Harga tak sama setiap kedai. Mutiara kat Kedai Jamilah, tak ada yang saya berkenan. Tapi kat Pasar Kraftangan ni, ada pulak gelang tangan mutiara yang cantik. Jadi beli lah seutas, buat ole-ole diri sendiri. Tshirt kat Pasar Kraftangan ni, agak mahal. Tshirt budak RM20. Thsirt dewasa antara RM20- RM25. Tak bagi kurang harga walaupun saya kata nak beli banyak. Harga tetap. Jadi memang betul la mak dan kakak saya kata, kalau nak shopping cenderahati, kat Pasar Nabalu yang murah. Keychain dan fridge magnet pun harga dia lebih mahal dari Pasar Nabalu. Padahal corak dan bentuk yang sama.

Lepas shopping, kami check in homestay kat Taman Bukit Sepangar. Jarak homestay ni dengan Pekan Kota KInabalu tu dalam 40 minit.  Kami sangat-sangat kecewa dan tak puas hati sangat dengan homestay ni tau. Masalah bilik air kotor, shower tak keluar air, pili air tercabut pastu flush tak boleh guna. Tilam pulak dia bagi tilam yang nipis sangat, buruk pulak tuh. Homestay ni memang murah, Rm170 jer 1 malam, tapi jangan la teruk sangat macam tuh. Bilik air ngan tilam tu patutnya benda paling asas yang dia kena jaga. Mak saya malas nak panjang cerita sebab tidur satu malam jer. Tapi sakit hati jugak lar kan.. sebab homestay tu berbayar.

Malam tu, kami pergi semula ke waterfront KK untuk makan seafood segar. Makan kat area waterfornt.  Macam-macam lauk kami pilih. Akhirnya, kat Sabah ni, merasa jugak lah saya makan lobster.

Ikan dan lobster segar-segar

Ikan dan lobster segar-segar

Sotong, udang, ketam, kepah, lala semua segar-segar

Sotong, udang, ketam, kepah, lala semua segar-segar

Kami order lobster masak butter basah. Sedap sangat-sangat. Selain loster, kami order ikan kerapu masak stim, kerapu masak 3 rasa, udang galah masak sambal, sotong goreng tepung, kerang bakar dan sayur campur. Air pulak kami order air kelapa dan air tembikai. Air kepala dia memang air kelapa asli tau. Tak campur air, tak campur gula. Sedap sangat. Mak saya yang belanja makan malam tuh. Sepanjang kami bercuti kat Sabah, memang mak yang keluar duit belanja makan. Mak kata dia dah niat dah, bercuti kat Sabah, dia nak belanja anak menantu ngan cucu makan-makan. Terima kasih mak.

lauk makan malam

Alhamdullilah, sedap betul makan seafood malam tu.

makan malam

Kena paksa bergambar sebelum makan. Muahahahaha

Lepas makan, perut masing-masing kekenyangan. Balik homestay, semua pengsan. Dah tak ingat dah tilam nipis ke apa.. hahahaha

Hari Keempat

Hari keempat, hari terakhir kami di Sabah. Awal pagi lagi kami dah checkout. . Sarapan pagi kat Waterfront tu lagi. Sepanjang kami kat Kota KInabalu nih, memang kami pergi Waterfront tu jer  lah. Shopping, makan semua kat Waterfront. Hahahaha.

Pagi di Waterfront Kota Kinabalu

Pagi di Waterfront Kota Kinabalu

Budak 3 orang ni lahyang buat rombongan kami huru hara

Budak 3 orang ni lahyang buat rombongan kami huru hara

Lepas makan, mak kata nak pegi Kedai Jamilah lagi. Nak shopping mutiara lagi katanya… Huk aloh…. Jadi, ke Jamilah lagi lah kami.

Mak dan kakak saya yang tak habis-habis shopping mutiara

Mak dan kakak saya yang tak habis-habis shopping mutiara

Lepas tu cuci mata kat Pasar kraftangan tu lagi. Pasar Kraftangan tu mahal kan, jadi cuci mata jer lah.. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami ke Jetty Jesselton Point Waterfront.Kalau nak pergi pulau-pulau kat Sabah macam Taman Tunku Abdul Rahman tu, kena naik bot kat jeti ni lar. Tapi kami tak pergi pulau-pulau. Saja singgah  jeti ni sekejap sebelum ke airport.

Adam, mummy dan nenek di Jesselton Point Jetty

Adam, mummy dan nenek di Jesselton Point Jetty

Dalam pukul 12.30, kami pun bertolak ke airport KKIA

Sampai KKIA lebih kurang pukul 1 petang. Lepas serah balik kereta sewa dan van sewa, kami pun proceed la untuk check in bagasi semua. Kat dalam KKIA ni, sempat lagi singgah kedai cenderahati jugak. Ada satu kedai ni pun ada jual aksesori mutiara, yang harganya lebih murah dari Kedai Jamilah dan Pasar Kraftangan.  tapi yang kat Kedai Jamilah dan Pasar Kraftangan tu lagi cantiklah bentuknya. Kat kedai ni saya tak shopping mutiara, tapi saya beli sabun halia organik.

Sabun halia organik

Sabun halia organik

Mak saya dan kakak saya  pun beli jugak sabun organik kat situ.. Ada banyak jenis sabun kat situ. . Ada sabun betik, sabun rose lavendar, sabun serai, sabun cocoa butter, sabun arang.. harga semua sama, RM18. Saya beli satu jer, sabun halia. Bila dah balik rumah, try mandi guna sabun tu, rasa best sangat-sangat. Raa segar tau. Kulit pun rasa halus jer. Korang, kalau ke Sabah, selain mutiara, sabun ni pun antara ole-ole yang patut korang beli tau. Ish..menyesal betul beli 1 jer hari tu.

Pukul 3.30 petang, kami pun berlepas pulang ke Semenanjung. Kat dalam kapal terbang, saya dan suami asyik bertukar tempat duduk, bergantung pada keadaan Adam dan Aiza. Haiiihhh

 

Adam Aiza bergumpal dalam kapal terbang

Jaga Adam Aiza yang bergumpal dalam kapal terbang

Order kopi vietnam dalam flight. Eh..sedap jugak kopi nih

Order kopi vietnam dalam flight. Eh..sedap jugak kopi nih

Alhamdullilah, penerbangan balik ke Semenanjung pun lancar. Sampai KLIA2 dalam pukul 6 lebih. Amik bagasi, solat, dalam pukul 9 malam kami ambil grab car dan balik ke rumah.

Seronok sangat berjalan ke Sabah. Alhamdullilah. Walaupun tak pusing satu Sabah, tapi puas sebab dapat pergi Sabah ramai-ramai dengan semua ahli keluarga. Akhirnya, saya dah jejak kaki keSabah.  Sarawak jer belum sampai lagi. InshaAllah kalau ada rezeki, nak berjalan ke Sarawak pulak.