Assalamualaikum

Lepas operate appendik bulan lepas, memang saya tak kemana-mana. Berehat jer kat rumah sampai sembuh. Bosan sungguh. Weekend lepas bila En Suami ajak berjalan, rasa nak lompat bintang terus. Hehehe. Laju jer saya kata jom!!

Jom jalan!

Jom jalan!

Jadi pagi Sabtu tu, kami ke Banting sebab mak mertua teringin nak makan bakso. Adik bongsu En Suami bagitahu ada kedai bakso sedap kat sana. Bersunguh-sungguh dia kata sedap. Tu yang buat mak mertua saya nak rasa sendiri bakso tu. Tapi,  selera orang memang tak sama. Yer lah..tekak masing-masing kan. Bila kami makan bakso dan kuew teow sup kat situ.. Rasa dia tak kena pulak dengan anak tekak kami. Huhuh

keow teow sup

Kuew Teow Sup

bakso

Bakso

Lepas makan, kami terus ke Morib. Kami bersantai di pantai Gold Coast Morib pulak. Kami tak check in pun kat hotel Gold Coast Morib tu. Waterpark pun kami tak pergi. Kat sana, kami cuma lepak-lepak tepi pantai jer. Ada banyak benda boleh buat kat pantai Gold Coast Morib tu tau.

Selain jalan-jalan tepi pantai, antara aktiviti yang boleh dibuat kat sana:

Naik kuda pusing pantai

Naik kuda pusing pantai

 

Naik air glider

Naik air glider

High rope dan flying fox

High rope dan flying fox

Soccer beach

Soccer beach

Ntah apa nama aktivti, aktiviti dia macam latihan tentera tu ha

Ntah apa nama aktivti, aktiviti dia macam latihan tentera tu ha

Walaupun ada banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sana, kami cuma lepak santai-santai jer kat tepi pantai tu. Pakaian saya  tak sesuai untuk aktiviti tu semua, lagipun luka operate saya baru jer sembuh. Memang sangat tak digalakkan lar nak buat aktiviti lasak tu semua. Tapi, kalau bukan sebab operate dan pakaian, memang saya tak buat kot aktivti lasak tu semua, sebabnya saya gayat. Kah kah kah!

Mak budak yang gayat duduk kat buaian hammock jer lah

Mak budak yang gayat duduk kat buaian hammock jer lah

Kat sana, selain aktiviti extreme, aktiviti yang tak extreme pun ada. Contohnya memanah:

memanah

Untuk anak-anak, ada roller blade, skateboard, basikal, kereta, motor, dan robot besar mainan yang boleh disewa

Kenderaan mainan untuk disewa

Roller blade, skate board dan kenderaan mainan untuk disewa

 

Ha.. adam ngan aiza naik keta

Abam Adam kemain serius jaga Aiza.

Oleh sebab pagi tu, tekak kami tak boleh telan bakso dan kuew teow, perut pun berkeroncong mintak diisi. Jadi kami makan lagi kat Gold Coast Morib ni. Kami order nugget, nasi ayam dan air.

Makan bawah gazebo

Makan bawah gazebo

Memang seronok bersantai di pantai Gold Coast Morib ni.  Saya teringat-ingat kenangan Family Day GBSB tahun lepas. Seronok sangat kami buat sukaneka kat tepi pantai tu tau. Walaupun saya join sekejap jer, tapi memang seronok dan meriah. Harap sangat tahun depan dapat join Family Day GBSB.

Mak mertua pulak dah macam plan nak buat family day keluarga situ. Sebab macam-macam aktiviti boleh buat kat sana. Saya ok jer.. Cuma kalau nak bermalam kat hotel tu, kena pikir banyak kali jugak. Sebab banyak dengar cerita seram tentang hotel tu. Saya memang penakut dengan benda-benda macam tu. Huhuhu.