Assalamualaikum

Masa raya lepas, bibir saya bengkak tau. Bengkak teruk. Sedih betul time raya bibir bengkak pulak. Nasib baik lar tak beraya sangat. Duduk rumah jer sebab En Suami denggi. Tapi, segan jugak lah sebab keliling rumah tu sedara mara En Suami. Memang ada lah yang tegur. Huhuhu.

Bibir saya start pedih 3 hari sebelum puasa. Tiba-tiba jer tau. Bangun tidur bahagian keliling bibir rasa panas dan pedih. Bila pegang-pegang, jadi gatal. Tapi masa mula-mula tu tak teruk sangat rasa pedih tu. So saya ignore jer. Tapi tak hilang-hilang pulak. Berlarutan sampai raya.

Makin lama, makin pedih, makin gatal. Masa kat Langkawi la paling teruk. Bibir start bengkak teruk, kering dan merekah. Bila dah merekah, berdarah lar kan. Jadi bibir tu pedih, bengkak, gatal, berdarah-darah. Siksa weh.

Time tu memang dah agak,mesti alergi something ni. Tapi tak leh agak apa. Pastu En Suami tegur, salah pakai lipstick kot?

Saya tak pakai lipstik. Saya pakai lipbalm ngan lip tint jer. Dua-dua benda tu pulak saya dah pakai lama before puasa lagi. Kenapa pulak time raya baru nk bengkak? Tapi saya stop jugak la pakai lip balm dan lip tint tu.

Walaupun dah stop, tak surut-surut pun bengkak bibir tu. Masih jugak gatal dan pedih. Nak makan, nak bercakap pun siksa. Tapi malas nk pegi klinik. En suami pun tak sihat kan. Memang malas lah nak pergi mana-mana.

Adam pulak memang ada masalah alergi. Jadi kemana-mana memang bawak ubat Zrytec tu. Orang yang selalu bermasalah selsema bersin2 non stop sebab alergi memang biasanya ambil ubat ni. Adam punya  jenis yang liquid. Oleh sebab saya syak punca bibir bengkak ni alergi, jadi saya pun try la ambil sikit Zyrtec tu. Mana lah tahu, kot-kot boleh membantu.

Zyrtec

Zyrtec

Tak sangka pulak lepas ambil Zyrtec, rasa kurang sikit bengkak dan gatal tu.. Esok lusanya memang saya teruskan ambil lg Zyrtec tu.

Alhamdullilah.memang surut. Makin lama makin ok. Gambar bawah ni bibir saya dah surut sikit bengkak sebab dah ambil Zyrtec.

Bibir bengkak

Bibir bengkak

Kenapalah saya tak terfikir nak ambil Zyrtec tu awal-awal. Takder lah saya menanggung seksa bibir bengkak berhari-hari. Huhuhu.

Tapi tak semua alergi boleh dirawat dengan Zyrtec. Sepatutnya kalau ada masalah alergi, kena jumpa doktor. Kenalpasti punca alergi. Jangan sebarangan ambil ubat. Sy ambil Zrytec hari tu pun sebab dah terdesak sangat. Lepas bibir saya ok, saya terus stop Zyrtec tu

Tak sure apa sebabnya bibir saya bengkak. Tp saya memang stop terus guna lipbalm tu. Tak berani ambil risiko. Kang tak pasal jadi balik. Jenuh nak pulihkan. Ambil masa jugak tau bibir saya nak pulih. Bukannya terus ok.

For now, saya just continue guna liptint jer. Dan saya dah tukar liptint baru. Brand Chriszen. Best pulak liptinted stick Chriszen ni. Sangat mudah pakai. Cantik jer kat bibir. Bila pakai tak nampak over sangat. Just nice.  Tak mudah hilang. Tahan lama. Tapi mudah dicuci dengan air jer. So nak mesra wudhu. Memang jatuh cinta lah dengan lip tinted stick chriszen nih.

So far saya guna lip tint chriszen ni, bibir ok, tak ada masalah. Saya memang tak boleh pakai sebarangan lip product sebab bibir saya mudah kering. Tp bila guna lip tint ni, alhamdullillah, bibir ok. Tak kering, tak pedih,  tak gatal.

Me wearing Chriszen lip tinted stick (charming red)

Me wearing Chriszen lip tinted stick (charming red)

Pastu Lip tented Stick Chriszen ni boleh guna 2 cara. Full coverage atau gradient. Yang full coverage tu sapu macam biasa lah. Kalau yg gradient tu, dap dap sikit jer lip tint tu kat bahagian tengah bibir,pastu tarik guna span yang ada sekali kat hujung lip tint tu. Biasanya saya pakai lip tint ni guna yang gradient style tu lah. Acah-acah awek korea. Hahaha.

 

2 cara untuk guna Lip Tinted Stick Chriszen

2 cara untuk guna Lip Tinted Stick Chriszen

Harapnya tak jadi lagi la masalah bibir bengkak tu. Tak sanggup.

Oleh sebab saya suka sangat dengan lip tinted stick Chriszen ni, jadi saya nak jual jugak. Memang best tau guna lip tinted stick Chriszen. Kalau beli gerenti tak menyesal tau.

 

Lip Tinted Stick Chriszen

Lip Tinted Stick Chriszen (model wearing tangy tangerine)

 

Lip Tinted Stick Chriszen

Harga RM38.00
Kos postage RM7(SM)/RM10(SS)

Kalau nak beli , boleh klik sini.

www.wassap.me/zilamahadi

www.wassap.me/zilamahadi

www.wassap.me/zilamahadi