Assalamualaikum..

Kandungan dalam perut, Alhamdullilah almost 28 weeks. Dah penghujung 2nd trimester, nak masuk 3rd trimester dah pun.

Semalam, tiba-tiba jer ada bleeding sikit. Kuar ketulan darah kaler coklat + merah lebih kurang besar ibu jari saya. Masa tu saya kat toilet, baru jer lepas buang air kecil. Tetiba keluar ketulan darah tu. Blur sekejap. Kenapakah ada ketulan darah ni?

Then, macam biasa, saya tanya geng gojes dulu.. Semua suruh saya cepat-cepat gi jumpa doktor. Takut ada complications kat baby ke apa.. Sepatutnya tak ada bleeding kecuali lah dah sampai masa nak beranak.

In the same time, saya wassap kakak saya ngan makcik saya jugak, tanya pendapat diorang. Makcik saya midwife.. so memang ni bidang kerja dia. Sama macam geng gojes, makcik suruh pegi klinik jumpa doktor dulu..kalau perlu, diorang akan refer ke hospital segera. Dalam masa yang sama, pantau gerak baby. Baby alhamdullilah, gerak dengan rancaknya. Saya pulak tak ada sakit apa-apa.

Call bagitau En Suami.. dia tak leh terus keluar opis. Lepas pukul 2 baru keluar  opis, almost 3.30 petang baru sampai rumah. By this time, pegi klinik pun dah tak sempat sbb KK tutup pukul 4 kan. Nak pegi klinik swasta yang saya biasa pergi tu, doktor yang check ibu mengandung tu bertugas sampai pukul 2 jer. Nak pegi jumpa gynae kat hopsital private, semua kata dah close klinik. Klinik close awal sebab bulan posa kan.

Another option, pergi ke hospital kerajaan. Kakak kata, saya dah nak masuk 3rd trimester, tak yah pegi emergency, straight jer pergi ke dewan bersalin. nanti diorang akan tengok. Alamak!! Seram pulak kalau terus ke sana.

So, try cari lagi klinik ibu mengandung yang ada kat area Seri Kembangan ni dulu. OK, jumpa lg satu. Call dulu, ada doktor tak. Sama macam klink lain, dah close jugak. Nurse tu kata, datang malam jer. Malam ada doktor boleh check. Alhamdullilah.

Sampai ke waktu berbuka, memang langsung tak ada kuar darah lagi. Just sekali tu jer lah.

So, lepas berbuka, berdesup lah kami pergi klinik tu. Doktor check and scan semua..Alhamdullillah..baby sihat, aktif macam biasa. Last month masa checkup, baby songsang. Tapi malam tadi check, baby dah ok dah kedudukan dia. Kepala kat bawah, montot kat atas. Besar baby pun ok. Tak kecik macam bulan lepas. Berat pun dah sekilo lebih.

Cumanya, uri jer lah. Still separuh kat bawah. Belum betul-betul naik. Maybe sebab tu bleeding. Uri kat bawah ni, memang ada risiko bleeding. And doktor pesan suruh rehat banyak-banyak. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Takut bleeding lagi. Bahaya!

Alang-alang kita check baby ni, kita buat checkup terus lah kan. Sebab saya belum buat checkup utk 6 bulan. So, kita check mana yang perlu such as bp, berat and so on. Berat saya naik sikit jer.. naik 1.5kg. Maybe sebab puasa kot. Saya ok jer berat naik sikit nih. Dalam hati lompat bintang. . Muhehehe. Yang penting berat baby dalam perut bertambah.

Saya pun belum ambil suntikan ATT (suntikan kancing gigi). So suruh doktor tu cucuk terus jer lah ATT tu kan. As expected, sakit. Doktor pun dah bagitahu awal-awal, suntikan ni memang sakit. Lepas suntik tu, lengan memang rasa sakit denyut-denyut. Nak angkat tangan pun tak boleh. Hari ni, masa menaip ni pun, lengan kiri masih sakit lagi. Nasib baiklah second pregnancy ni cucuk sekali jer.

Anyway, ni lah rupa saya 27++ weeks pregnant. Ambil gambar masa tengah tunggu turn jumpa doktor.

20150624202928

Pakai T Shirt Eksklusif Geng Gojes

 

Sedih tul tengok gambar blur gini. Nyampah tau.

 

Iklan:

Ada masalah kulit ketika hamil? Saya sarankan ambil Dianz Vitamin C & E. Selamat diambil seawal 4 bulan kehamilan. InshaAllah puas hati dengan hasilnya. Untuk lebih info tentang produk dan harga, boleh klik sini.