Assalamualaikum

Ahad lepas saya balik rumah mak saya. Adik saya yang bongsu ada kat rumah. Cuti semester. Dia ajak saya buat pavlova. Kenapa pavlova? Sebab tengok resepi macam senang jer, bahan pun tak banyak. Padahal.. Huru hara kitorang buat pavlova. Bahan itu tak cukup, bahan ni tak ada. Kejap-kejap gi kedai beli bahan. Dah beli, salah pulak. Pastu keluar lagi.. Tunggu pavlova tak masak-masak, rupanya set time ngan suhu pun tak tepat. Siap tukar resepi lagi. Kecoh..kecoh. Stress mak saya tengok anak-anak dia buat pavlova. Hahahahaha

Kronologi buat pavlova tak jadi

  1. Bahan tak cukup. OK, ni normal lah. Sebab tiba-tiba jer kata nak buat pavlova kan, memang ada lah bahan yang tak cukup. Contohnya, bahan utama. Telur. Kat rumah mak, telur dah simpan dalam peti sejuk. Nak buat pavlova tak boleh guna telur yang dah disimpan dalam peti sejuk. Jadi kena  beli telur baru. Esen vanilla kat rumah mak tu pun ntah la beli tahun bila. Tak ada expired date pulak tuh. Jadi beli lah baru. Cuka, gula kastor, tepung jagung semua kena beli. Pendek kata semua bahan buat pavlova langsung tak ada. Tapi ada hati nak buat pavlova.
  2. Mak saya tak buat kek ngan biskut ni, jadi oven memang simpan dalam kotak ajerlah. Dah keluarkan dari kotak, tak ada tempat nak letak sebab oven tu besar sangat. Dah terpaksa bukak meja lipat pulak kat dapur tuh nak letak oven. Ha… baru nak pasang oven pun dah riuh rendah kat dapur
  3. Oven dah settle, sediakan adunan pavlova pulak. Penyediaan pavlova Alhamdullilah berjalan lancar. Tak ada apa-apa masalah. Hehehe. Sementara buat adunan tu, oven tu kitorang pre heat dulu. Yang tu pun tak ada masalah.
  4. Bila adunan dah ready, masukkan la dalam oven. Ha..nak set masa ni yang masalah. Saya ngan adik refer 2,3 resepi tau nak buat pavlova ni. Setiap resepi suhu dan masa dia berbeza. Memang dah agak dah ni akan jadi masalah, sebab suhu dan masa buat kek ni memang akan berbeza ikut jenis dan saiz oven yang kita gunakan. Oven resepi A tak sama dengan resepi B ngan C. Dan belum tentu sama dengan oven kat rumah mak tu. Jadi untuk selamat, mula-mula saya set suhu oven tu 130°C. Masa pulak saya set 1 jam 15 minit
  5. Sementara tu pavlova masak, sediakan whiping cream pulak. Aduh..rupanya lupa beli whiping cream. Jadi adik saya pun keluar sekali lagi beli whiping cream pulak
  6. Sejam 15 minit dah berlalu. Macam dah ok jer pavlova tu. Sementara tunggu sejuk, pukul whiping cream pulak. Tapi, tak kembang pulak. Dia jadi berketul-ketul pastu ada air pulak. Eh.. apahal ni? Salah pukul ke? Lama sangat ke? Laju sangat ke? Kenapa..kenapa? Macam dah silap buat nih. Kena la beli whiping cream baru
  7. Saya pulak keluar beli whiping cream. Beli kat kedai bakery yang jual bahan buat kek tu terus. Tanya auntie yang jaga kedai tu. Then dia explain, nak buat pavlova kena guna kena guna yang NON DAIRY WIPING CREAM. Kalau guna whiping cream biasa, memang tak kembang bila dipukul. Whiping cream biasa ada banyak dijual kat pasaraya tuh. Tapi Non dairy Whiping Cream ni biasanya dijual di kedai jual bahan-bahan kek.
  8. Non-dairy whiping cream
      Non-dairy whiping cream
  9. Tapi Non dairy whiping cream tu sejuk beku. Auntie kedai bakery tu kata kalau nak guna kena cairkan dulu. Nak cairkan kena letak kat bahagian chiller 24 jam sebelum  guna. Adoi… pastu macam mana ni? Pavlova dah siap. Takkan esok baru nak hias?
  10. Cara nak guna non dairy whiping cream

    Cara nak guna non dairy whiping cream

  11. Bila check pavlova dalam oven, eh..macam belum keras betul. Jadi saya panaskan balik pavlova tu. Set suhu sama, 130°C. tapi kali ni set masa cuma 20 minit jer.
  12. Oleh sebab whiping cream beku, tak boleh guna, jadi tukar lar topping pavlova tu. Letak coklat jer lah. Kebetulan ada coklat masakan kat peti sejuk, cairkan jer lah guna kaedah double boiler. Tapi macam tak cukup jer, jadi saya pandai-oandai tambah susu cair. Tka boleh letak coklat tu panas-panas atas pavlova, cair pulak kang pavlova tu. Jadi sejukkan dulu. Bila dah sejuk, berketul-ketul la pulak. adoi.. sterss sangat dah saya masa ni. Letak jer lah atas pavlova tuh. Malas dah nak pikir lain. Lepas letak coklat, letak buah-buah pulak.

Akhirnya..akhirnya.. siap jugak

Pavlova with chocolate on top

Pavlova with chocolate on top

Apa rasa pavlova letak coklat? Sedap jugak! Tapi tak sesedap letak whiping cream la. Kalau letak whiping cream mesti lagi sedap.  Next time buat, kena kurangkan kot gula, sebab manis ya ampun… Huhuhuhu

Tapi takper, dari pengalaman buat pavlova tak berapa jadik ni, saya dah tahu lah kat mana yang silapnya kan. So, next time buat pavlova, dah tahu apa benda kena buat, apa benda kena elakkan. . Harapnya kronologi ni boleh bantu orang yang amatur atau zero pasal baking (macam saya ni lah), tentang apa do’s and dont’t bila buat pavlova. Hehehehe