Assalamualaikum..

Eh..lagi 5 hari nak raya dah.. barang raya dah ready ke? Kami punya persiapan raya, almost done. Sebelum puasa lagi hari tu dah start cari baju raya semua. Ada saya cerita kat sini. Tapi tu lar, ada lagi yang belum beli. Contohnya songkok En Suami. Nantilah cari. InshaAllah sempat.

2 minggu lepas saya up gambar naik cable car Langkawi kat facebook. Ramai pulak yang ingatkan sy berjalan ke Langkawi masa bulan puasa ni. Adoi… takder makna saya pergi ke Langkawi semata-mata nak berjalan bulan puasa ni oii.. hahaha.

Saya ke Langkawi sebab balik kampung mertua. Lama jugak kat sana, 5 hari. Bosan lar jugak, sebab tak kemana-mana. Jadi bila En Suami ajak naik cable car, saya pun setuju jer lah. Eh.. ni first time saya naik cable car kat Langkawi tu tau. Sebelum ni dah banyak kali en suami ajak naik cable car. Tp sebab saya ni penakut, maka ajakan en suami tu saya pandang sepi. Tapi kali ni, oleh sebab saya kebosanan, maka jom lah kita naik cable car.

Best jugak naik cable car Langkawi ni atau nama glamer dia sky cab masa bulan puasa ni.. Tak ramai orang, tak perlu bersesak, tak perlu beratur lama-lama. Rasa aman tenteram jer. Kitorang jer orang tempatan, yang lain semua tourist dari luar. Eh..dah terasa macam berjalan ke luar negara pulak sebab sekeliling semua orang luar. Hahahaha

Depan kaunter tiket sky cab. Biasanya penuh manusia kat sini.

Depan kaunter tiket sky cab. Biasanya penuh manusia kat sini.

Kami beli tiket pakej kombo A. Pakej ni termasuk Sky Cab, Sky Dome, Sky Rex dengan 3D Art Muzium.  Harga tiket kombo A  untuk dewasa Rm45.00. Kanak-kanak tak ingat lar pulak..  Kalau tiket cable car sahaja, RM35.00. Beza RM10 jer, tapi kalau beli tiket combo, lagi jimat sebab  selain cable car boleh masuk tempat lain jugak.

Seronok rupanya naik Sky Cab ni. Walaupun dada berdebar sepanjang duduk dalam cable car tu.. Maklumlah, saya kan penakut. Memang langsung tak tengok bawah. Jadi kurang sikit rasa gerun tuh. Nasib baik masa dalam cable tak berhenti tengah jalan. Sebabnya kalau angin kuat biasanya dia akan berhenti.

Dalam cable car

Dalam cable car

Sky cab tu ada 3 stesen. Stesen bawah tempat kita beli tiket dan naik sky cab tu. Kat stesen tengah ada platform tinjau. Kt situ ada teropong. Boleh teropong Langkawi. hehehe. Tp masa pergi hari tu, teropong tu rosak pulak.

 

Kat stesen tengah

Kat stesen tengah

Pastu stesen atas sekali. Kat stesen atas sekali ni ada sky bridge dan top platforms.

Sky bridge ni jambatan gantung. Nak pergi sky bridge ni ada dua cara. Samada jalan kaki melalui trek naik turun bukit. Jauh jugak lah trek dia. Atau cara lain, naik sky glide. Sky glide ni macam lift la, dia bawak naik turun bukit utk pergi sky bridge tu. Puasa-puasa ni nak jimat tenaga, tak koser nak jalan. Jadi naik sky glide jer lah. Sky glide ni kena bayar asing. RM15 rasanya.

Dalam Sky Glide. Kemain besau muka. hahahahaha

Dalam Sky Glide. Kemain besau muka. hahahahaha

Turun jer Sky Glide, terus sampai Sky Bridge aka Jambatan gantung.  Jambatan ni dia gantung kat tiang jer. Seram tak? Hahahahaha.

Sky Bridge (jambatan gantung)

Sky Bridge (jambatan gantung). Gantung kat tiang.

Kat Sky Bridge ni kan, bila angin kuat, memang terasa jambatan tu goyang tau. Sebabnya sky bridge tu tergantung kan. Jadi bila angin kuat, dia akan bergoyang. Tapi goyang sikit jer lah. Not to worry, kukuh Sky Bridge ni. InshaAllah selamat. Hehehe.

Atas Sky Bridge

Atas Sky Bridge

Lepas Sky Bridge, kami terus naik top platform kat puncak puncak gunung Mat Chincang tu. Sekejap jer kami kat sini, sebab nak mengejar zohor sebab masa tu dah pukul 3.

Kemain seronok Aiza kat atas tu

Kemain seronok Aiza kat atas tu

Sepanjang kami kat atas tu, cuaca redup jer. Angin pulak kuat.. best jer kena angin. Pemandangan pulak cantik sangat. Jadi sangat berbaloi lah saya lawan ketakutan saya naik cable car ni. Sebab memang seronok bila dah sampai atas sana.

Turun jer Sky Cab, terus cari surau. Lepas solat, gi Sky Dome pulak.

Sky Dome

Sky Dome

Sky Dome ni sebenarnya tayangan video 3D. Tapi tengok dalam kubah.  Skrin dia kat kubah tu. So view dia 360 darjah. Masa kami masuk Sky Dome tu, dia tayangkan video naik roller coster. View dia betul-betul macam kita naik roller coster sebab dia tayang video tu atas skrin bentuk kubah kan. Dia macam ilusi optik lar gitu. Nampak real sangat. Walaupun tak naik roller coster, just tengok video jer..tp lepas habis tayangan tu, saya pening mabuk macam betul-betul lepas roller coster. Hahahaha

Lepas tu patutnya pergi Sky Rex pulak. Sky Rex ni roller coster kecik, pastu ada tayangan movie sekali kot? Ntah..tak sure apa ada dalam tu sebab saya tak masuk. En suami jer masuk sky rex tu dengan bapa mertua dan adik dia. Aiza ngan Adam tak lepas masuk dalam tu. Jadi saya ngan mak mertua bawak Adam ngan Aiza masuk muzium 3D Art.

Ingatkan kecik jer muzium ni..rupanya bila masuk dalam tu, uiii besar betul. Penat lar jugak berjalan kat dalam muzium tu. Ditambah pulak dengan Adam buat perangai, merengek ajak keluar. Memang rasa penat sangat. Memang macam tu lah Adam. Kalau benda tu tak menarik perhatian dia,  dia akan buat perangai ajak balik. Jadi kat dalam tu, kami jalan laju-laju sebab nak cari pintu keluar.  Bergambar mana yang sempat jer lah.

Keluar kepak ikut bontot

Keluar kepak ikut bontot

Masuk dalam bubble

Masuk dalam bubble

Antara gambar yang molek sebelum Adam buat perangai

Antara gambar yang molek sebelum Adam buat perangai

Ada jugak lar yang tanya, tak penat ke berjalan bulan puasa ni? Mestilah penat. Dah lar puasa, gendong Aiza kesana kemari, pastu Aiza masih menyusu badan. Memang penat sangat-sangat, rasa nak pengsan. Badan gigil-gigil tau tahan penat. Tapi berbaloi. Hehehehe.

Raya nanti, InshaAllah balik Langkawi lagi. Rezeki kahwin dengan orang yang ada kampung kat Langkawi. Hehehehe.