Assalamualaikum

Sabtu lepas hari sukan tadika Adam. Tapi saya tak pergi. En suami jer yang pergi tengok Adam bersukan. Saya malas nak ikut sebab risau Aiza tu meragam. Kadang-kadang kat tempat ramai orang ni, Aiza tu buat perangai nak berdukung jer. Tak larat lah saya nak dukung dia berjam-jam tu. Baiklah saya duduk rumah jer. Tu yang En Suami jer yang pergi hari sukan Adam. Oleh sebab saya tak pergi, jadi En Suami ambil la video dan gambar Adam banyak-banyak bagi saya tengok. Hehehe

Adam masuk 3 game. En suami bagitahu Adam buat relax-relax jer. Berhati-hati sangat dia main, takut bola jatuh agaknya. Hahaha.

Ni video yang En Suami rakam. Adam kat barisan yang hujung sekali.

Nasib baik lah ahli pasukan dia ada yang laju. Dari 3 game yang Adam masuk tu,Β  pasukan Adam menang tempat kedua dalam 2 game. Ha.. kira oklah kan.. padahal kawan dia yang bagi menang. hahahaha

Adam ambil hadiah

Adam ambil hadiah

Dapatlah hadiah bekas air 2 ketul ngan pensel warna.

Kemain seronok dapat hadiah

Kemain seronok dapat hadiah

Ada jugak acara untuk ibu bapa. Tapi En Suami tak join. Dia tengok ajer. En Suami kata masa hari sukan Adam tu, asyik makan ajer. Ada banyak makanan cikgu-cikgu Adam sediakan. Pukul 8 makan Pukul 10 makan lagi. Sebelum balik pun ada makan-makan lagi. Sedap-sedap katanya. Aduh..rugi pulak tak pergi.Β  Kalau ada apa-apa acara kat tadika Adam, memang biasanya cikgu-cikgu sediakan makanan sedap-sedap. Cikgu-cikgu tu masak sendiri tau. Pandai cikgu-cikgu Adam masak.

Balik dari Hari Sukan, petang tu pergi majlis hari jadi Zafran pulak. Zafran ni anak teruna Yana. Thanks Yana jemput kami. Kat sana jumpa geng gojes yang lain, Keyrul ngan Pijah. Menjemah la kami kat sana,hehehehe.

Menjemah dengan geng Gojes

Menjemah dengan geng Gojes

Tema birthday Lego. Comel jer kek bentuk lego. Sedap pulak tuh!

Kek lego kaler merah

Kek lego kaler merah

Excited nyanyi lagu birthday.

Excited nyanyi lagu birthday.

Makanan semua sedap-sedap. Ada keropok ikan sedap lagi. Kitorang anak beranak memang hantu keropok ikan, jadi sepanjang kat sana memang kami anak beranak makan keropok tak berhenti. Hehehe. Sebelum balik, bergambarΒ ramai-ramai dengan tuan rumah.

birthday zafran 1

Birthday boy yang baju kuning tu