Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.

Dah hampir 3  minggu kita sambut Syawal kan? Tapi saya baru nk up cerita raya.  Sebabnya saya baru jer balik rumah malam Isnin lepas. Ha..kemain lama lagi balik beraya  kan.. Padahall…

Ok..meh saya cerita kisah raya kami tahun ni.

Raya pertama tahun ni, sambut kat belah saya. Macam biasa, setiap kali sambut raya belah saya, kami akan sambut kat Sabak Bernam. Kampung mak saya. Kat rumah nenek dan arwah atuk saya. Rumah tu biasanya kosong. Sejak arwah atuk meninggal, nenek saya duduk dengan anak-anak dia (mak saya dan pakcik makcik saya). Masa raya atau bila nenek saya nak buat kenduri arwah, baru kami ramai-ramai balik rumah kat kampung.

Kami balik kampung pagi Sabtu. Balik dengan ayah saya sekali. Mak saya dan adik bongsu dah balik hari jumaat. Ayah saya tak ikut sebab kerja, jadi dia ikut saya balik hari sabtu. Oleh sebab kami gerak pagi, alhamdulliah, jalan clear, tak jem. Sampai kampung dah hampir tengah hari. Masa tu mak dan makcik- makcik saya tengah isi beras dalam ketupat. Terus saya join sekali, tolong apa yang patut.

Menu raya kat kampung saya agak banyak. Sehari sebelum raya memang mak dan makcik-makcik saya akan sangat sibuk di dapur hingga tengah malam. Pagi hari raya pun masih sibuk di dapur. Itu biasa.

Menu kami pagi raya tu; ketupat nasi, ketupat daun palas, ayam masak merah, ayam masak kari, rendang daging, tumis kering jawa dan serawa durian. Ha.. banyak kan? Masak bukan sikit-sikit, tapi seperiuk besar macamkan nak buat kenduri. Memang macam tu lah tiap tahun.

Menu pagi raya pertama

Menu pagi raya pertama

Biasanya kalau raya kat Sabak Bernam ni, memang kami akan pergi beraya rumah saudara mara. Tapi saya cuma sempat pegi beraya 2 rumah jer. Pagi raya pertama, pergi beraya kat rumah atuk saudara kat Perak. Petang tu pulak, pergi open house sepupu mak kat Sekinchan.

 

Beraya rumah atuk saudara kat Sg Manila, Perak

Beraya rumah atuk saudara kat Sg Manila, Perak

Open house kat Sekincan

Open house kat Sekincan

Pagi raya kedua, layan saudara mara yang datang kerumah untuk beraya. Petang raya kedua kami tak dapat ikut yang lain pergi beraya sebab kami dah bertolak balik Jitra pulak.  Raya pertama tak sempat nak ambil gambar. Jadi petang raya kedua tu, sebelum kami gerak ke Jitra, ambil lah dulu gambar laju-laju. Ambil gambar raya keluarga pun kelam kabut sebab masa ni semua nak pergi beraya, saya sekeluarga pulak nak balik Jitra, dengan Aiza amukan nak tidur. Huru hara sungguh nak bergambar.

Ni lah gambar paling molek untuk raya tahun ni

Ni lah gambar paling molek untuk raya tahun ni

 

Baru kali ni lengkap gambar keluarga En Mahadi.

Baru kali ni lengkap gambar keluarga En Mahadi.

Susunan huru hara. Suka hati ko lah nak berdiri kat mana.  Janji nampak muka.

Bertolak dari Sabak Bernam pukul 3, pukul 12.30 malam baru sampai Jitra. Jalanraya sibuk, penuh kereta. Huhuhu.

Raya ketiga kami kat Jitra jer. Sambut raya dengan kawan-kawan pulak. Pagi raya ketiga tu kami pergi rumah mertua zara. Zara ni geng GBSB. Dah lama kenal kat facebook, tapi raya kali ni first time jumpa face to face. Memang sebelum ni tahu, rumah mertua saya dan mertua Zara ni sebelah taman jer, tapi tak sangka rupanya sangat-sangat dekat. Kalau dari dulu tahu dekat mcm ni, tiap tahun boleh pergi beraya.

Raya dengan Zara

Raya dengan Zara

Petang tu pulak Anna, geng GBSB pulak datang beraya. Kebetulan dia nak pergi rumah saudara suami dia kat Jitra, dah alang-alang tu dia datang beraya rumah mertua saya sekali. Anna ni pun first time jumpa tau.

Raya dengan Anna

Raya dengan Anna

Petang tu jugak, kawan-kawan zaman study En Suami datang beraya. Jadi saya layan kawan saya, dia layan kawan-kawan dia.

Pagi raya keempat, kami pun balik Langkawi. Balik sekali dengan mertua dan adik bongsu En Suami. Balik kali ni, kami naik feri besar. First time saya naik feri ni tau.. Feri ni ada lubang kat tengah. Jadi bila langgar ombak, tak rasa sangat. Serius, tak rasa macam naik feri. Lancar jer perjalanan. Laju pulak tu. Cepat jer sampai. Seat dia pun selesa sikit berbanding feri biasa. Eh..suka la naik feri besar ni tau.

Suka lah naik feri besar ni

Suka lah naik feri besar ni

Sampai langkawi, pegi beraya rumah sepupu mak mertua. Lepas tu terus balik ke homestay. Petang tu En Suami dah start demam.. Esoknya raya kelima, demam panas teruk, sampai gigil-gigil. Pergi klinik, doktor suspect denggi. Tapi tak boleh nak test lagi sebab belum 3 hari kan. Denggi cuma boleh dikesan selepas 3 hari demam.

Lepas 3 hari, raya ke 8, En Suami masih lagi demam teruk. Pergi ke klinik, buat ujian, confirm denggi. Lepas tu buat ujian blood count test. Platlet suami dah jatuh jadi 96. Bacaan normal platet antara 150-450. Jadi memang rendah lah platlet En Suami. Tapi belum sampai ke tahap bahaya.

Doktor klinik tu kata, tak refer kat hospital pun tak apa. Tak kritikal katanya. Lagipun simtom En Suami macam tak teruk sangat. Doktor tu kata kalau pergi hospital pun tak warded. Sebab tak teruk. Cuma doktor tu pesan kena pergi klinik hari-hari untuk check darah.

Esoknya pergi klnik tu lagi. Doktor lain pulak kat klinik tu. Doktor tu pelik kenapa kami tak refer terus ke haspital. Dia kata kalau kes denggi mesti refer ke hospital. Pulak dahh… So En Suami pergi lah ke hospital. Check darah lagi. Platlet dah naik 115. So tak perlu masuk wad. Cuma kena pergi Klinik Kesihatan hari-hari untuk check darah.  Doktor kat hospital Langkawi tu pelik, dari mana En Suami dapat denggi sebab kat Langkawi tak pernah ada kes denggi. Erm..dapat dari rumah lar kot. Entahlah.

Walaupun tak warded, tapi kesihatan En Suami memang tak elok. Demam teruk,  badan dia lemah sangat pastu otot ngan sendi-sendi semua sakit. Memang terbaring jer lar En Suami tu.  Kiranya sepanjang kami kat Langkawi tu, sepanjang tu jugaklah En Suami demam denggi.  Sepatutnya balik Langkawi 2 hari jer, tapi sebab denggi, jadi 12 hari. Ha.. lama kan? Memang tunggu En Suami betul-betul pulih baru balik.

Sepanjang kat Langkawi, memang kami tak kemana-mana lah. Cuma petang-petang tu, kami gi jalan jugak lah ke pantai. Bosan oii dok rumah sajer. Pantai pun dekat jer dengan rumah. 5 minit dah sampai

Lepak tepi pantai

Lepak tepi pantai

Ikutkan, tempoh 12 hari tu kejap jugak bagi kes denggi. Sebab ada kes denggi sampai sebulan baru sembuh. Alhamdullillah, denggi En Suami tak seteruk kes denggi orang lain. Denggi ni tak ada ubat tau. Doktor cuma bagi ubat demam jer. Jadi saya paksa En Suami minum air teh bunga dan pink guava. Petua ni kawan-kawan kat facebook yang bagi. Dengan izin Allah, memang menjadi. Naik elok jer bacaan platlet tu. Untuk tenaga, minum air 100 plus tu jer lah. Kalau tak, memang lembik.

Hari ke 14 raya, hari Sabtu,  last check darah kat Klinik Kesihatan Langkawi. Bacaan platlet  En Suami dah naik ke 170. Bacaan normal. Dah tak perlu check darah lagi.  Jadi Ahad esoknya terus lah kami naik feri ke Kuala Perlis pastu ke Jitra. Isnin baru gerak balik rumah. Gerak pagi, sampai rumah malam.  Dekat 3 minggu tinggalkan rumah… Akhirnya home sweet home.

Ha..itulah cerita raya tahun 2017 kami. Tak berapa raya pun sebenarnya. Tapi raya kan sebulan. InshaAllah sabtu ni ada jemputan open house. Jom lah sambung beraya lagi.