Jumaat lepas,  saya, somi, Adam, mak saya dan adik saya pergi Halal Fest kat MIECC. MIECC ni kat sebelah The Mines jer . Kami pergi lepas solat Jumaat. Sampai Halal Fest dalam pukul 2.30 petang. Masa nak isi borang sebelum register masuk tu, tiba-tiba ada  lelaki jerit-jerit suruh panggil security. Memula saya ingat kes gaduh ke apa.. Pastu nampak seorang  lelaki yang  sebelah tangan dukung anak dia,  sebelah tangan lagi pegang tangan seorang lelaki lain, jerit  “Dia ni bawak lari anak saya!!” Security mana?!! Security”. Lepas tu ramai-ramai lelaki kat situ pegang si penculik tu, takut dia lari.

Ya Allah..tak sangka cubaan menculik ni boleh berlaku depan mata kami,  siang hari, tempat ramai orang! Saya memang terkedu, tak sangka! Budak tu kecik lagi, baby girl umur dalam setahun macam tu. Macam mana penculik tu boleh bawak lari pun, kami tak pasti.. Kami boleh nampak betapa marahnya bapa budak tu kat penculik tu. Sikit jer lagi nak kena belasah. Penculik tu Chinese look..so maybe dia orang Cina/Siam/Vietnam.  Rasanya penculik tu bukan orang tempatan, sebab dia tak fasih bahasa Malaysia. Muka ketakutan, merayu mintak lepas. Amboi..berani mintak lepas? Eii..memang mintak penumbuk jer kan?

Balik HalalFest, laju-laju saya share kejadian ni kat FB.  Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan lain. Kawan-kawan saya pun kebanyakannya ada anak kecil. Tempat ramai orang macam Halal Fest ni pun, penculik tu berani bawak lari anak orang. Siang hari pulak tuh!

Share di FB

Share di FB

Saya tataw apa jadi kat penculik tu, sebab petugas Halal Fest bawak penculik tu keluar, bawak pergi security. Bawak pergi Balai Polis agaknya.

Lepas kejadian ni, kami memang lebih hati-hati. Adam tu pulak, kalau keluar berjalan suka sangat lari sana sini. Tak mahu didukung langsung! Mummy ngan daddy ni risau tahu tak?? Kamu lari-lari macam tu.. senang sangat orang nak tangkap bawak lari. Benda dah berlaku depan mata buat saya jadi paranoid sangat. Alangkan budak yang didukung mak pun penculik nak rebut?!!! Inikan pula budak yang tak dipegang?  Ada kan kes kat Sentul yang penculik tu cuba tarik budak yang didukung mak dia?

My MIL yang duduk Jitra tu kata, kat border nak masuk Siam tu, ada kes Kastam jumpa budak dalam kontena yang nak diseludup bawak masuk Siam sebab nak jual organ.

kes jual organ

Apsal budak Malaysia jugak yang jadi mangsa? Eh, sakit hati betullar.  Ingat ibu-ibu kat Malaysia ni kilang penghasilan organ budak ke? Kurang ajar betul. Lepas ni kalau penculik tu kena tangkap, apa kata kita keluarkan jer organ dia tu hidup-hidup, pastu bagi makan buaya.  Huh!!

Sebab paranoid sangat, sampaikan lepas ni kalau balik rumah mak saya atau mertua, rasa macam tak nak bagi Adam main luar rumah sebab saya takut  time tengah main kat luar, tiba-tiba ada kereta lalu, tangkap Adam bawak masuk dalam kereta pastu terus pecut laju. Mesti tak sempat nak kejar kan?  Tapi, takkan saya nak kurung Adam langsung tak bagi main kat luar? Benda ni tak adil untuk Adam kan? Kesianlah  kat Adam.. Huhuhu.

Kalau dulu, mak ayah boleh biarkan kita main luar rmah dengan kawan-kawan kan? Sekarang ni.. Adam jauh 5 meter pun dah takut sangat! Serius saya takut. Nak bagi Adam main pun, paling jauh 2 meter dari kami laki bini. Rasa macam nak beli harness jer.. pasang kat Adam kalau kat luar. At least dia tak boleh lari jauh. Tapi En Suami tak bagi pulak.. kesian kat Adam katanya, tak bebas nak main. Tapi mumy Adam ni takut Adam hilang… Huwaa!!!

 Rasa  nak pakaikan child  harness macam ni kat Adam. 

Harus bincang balik dengan En Suami lepas ni. Korang-korang yang baca blog ni, yang ada anak kecik.. jangan leka, jangan lalai tau dengan anak. Dulu orang kata, jangan letak barang berharga merata-rata.. But now, jangan biar anak bermain merata-rata. Barang hilang boleh ganti. Kalau anak yang hilang? Dengan kita-kita sekali hilang akal! Time tu menangis, meraung, menyesal keluar air mata darah pun tak guna. Sobs!