Assalamualaikum

Masa kenduri akikah Adam yang lepas, sticker untuk goodie bag tu saya D. I. Y jer. Kalau tempah atau order kat orang..harga untuk 100pcs sticker biasanya dalam RM30. Saya pulak  plan nak buat 300 pcs sticker nak tampal kat goodie bag. Kalau 100pcs RM30, 300 pcs dah RM90. Mahal! Bagi saya lah mahal, sebab saya jenis jimat punya orang.  Sticker tu nanti orang koyak dan buang jer.  Tapi saya nak jugak letak sticker, jadi saya D.I.Y sticker sendiri.

Mula-mula saya cari kertas sticker kat kedai alat tulis. Saya beli kertas sticker saiz A4. Ada dua jenis kertas sticker, yang gloss dengan yang biasa (tak berkilat). Saya beli jenis yang tak berkilat sebab takut kang time print tak lekat pulak warna sticker tuh. Tapi somi kata..lekat jer warna tu.. sebab print pun kat kedai print.. heheh. Kalau guna kertas sticker yang gloss ni cantik sikit lah hasilnya. Takper..dah beli pun, guna jer lah. Harga kertas sticker yang saya beli, satu pek RM9, ada 10 keping. Saya beli 2 pek jer. Total kos utk kertas sticker RM18.

Kalau nak lagi jimat, guna jer kertas A4 biasa. Time tampal tu nanti, bubuh lar gam. Hehehe.

Lepas tu, design sticker pulak. Bab design ni rumit sikit. Sebelum nak design sticker sendiri,  korang kena tahu apa saiz sticker yang korang nak. Macam saya, saya guna kertas sticker saiz A4. Jadi setelah diukur dan disukat, saiz sticker saya 2″ (lebar) X 1.8″(tinggi). Saya pilih saiz tu sebab nak  susun 3  X 6 kat atas kertas sticker tu nanti.

Pastu, bentuk sticker saya ni segi empat tepat jer.. Senang nak potong. Sebab nanti kan kita nak potong sendiri, jadi janganlah kita merumitkan kerja dengan buat design bentuk pelik-pelik pulak..

Lepas dah tahu saiz apa yg korang nak, korang leh design sesuka hati. Kerja design-mendesign ni saya order kat somi jer. Bior dia yang design. Saya tak pandai. Pastu malas nak belajar design sendiri. Saya bagitahu nak macam mana… tunjuk contoh sticker, bagitahu nak susun macm mana, nak warna apa.. itu ini begitu begini.. done. Siap! Suami saya design sticker ni guna software Adobe Ilustrator.

Lepas design, susun pulak sticker yang korang buat tu atas  saiz layout A4. Macam saya bagitahu tadi, somi saya susunkan siap-siap 3 X 6. Pastikan ada ruang kosong kat atas, bawah, kiri dan kanan layout sebab biasanya masa print, dia tak akan print sampai hujung kertas. So, jadi macam ni:

Layout Sticker 3 X 6

Layout Sticker 3 X 6

Ada 4 nama kat sticker, sebab kenduri akikah untuk 4 orang budak. Hehehe.

Rumit dan leceh kan kerja design dan susun-menyusun nih? Kalau nak mudah, korang order jer lar kat sapa – sapa tolong buatkan. Biasanya design sticker ni, orang caj dalam RM10 – RM20. Mintak tolong orang yang design tu susun siap-siap sticker kat layout saiz A4. Bagitahu dia, korang nak print kat kedai. Pandai lah dia buatkan nanti. Pastu fail tu, kalau boleh save dalam format pdf. Senang nak print nanti. Tak tahu kat mana nak cari orang design sticker? Meh saya bagi link. Leh contact 2 designer ni. Design diorang ni cantik, harga pun berpatutan.

1. Puan Pingu

2. Sue Haida

Dah settle design sticker, kita print pulak. Kalau korang ada printer kaler kat rumah, boleh lar print sendiri. Tapi make sure printer korang tu jenis yang boleh print atas kertas sticker.. Sebab kertas sticker ni tebal tau. Tapi kalau korang guna kertas A4 biasa, tak ada masalah lar guna printer kaler kat rumah.. Oleh sebab saya memang tak ada printer kat rumah, jadi saya gi print kat kedai printer. Saya print 17 keping. Sekeping RM1, jadi total kos print kat kedai RM17 sahaja.

Sticker yang dah di print

Sticker yang dah di print

Bila dah siap print, next step, potong kecik-kecik. hehe

Sticker yang dipotog kecik-kecik

Sticker yang dipotong kecik-kecik

Saya tampal sticker tu kat goodie bag macam ni:

Tampal sticker kat goodie bag

Tampal sticker kat goodie bag

Kos untuk 300pcs sticker

Kertas sticker 20 pcs = RM18.00

Print 17 pcs kat kedai = RM17.00

Total = RM35.00

See..jimat kan bila D.I Y sticker sendiri?

Sebenarnya lagi jimat kalau guna kertas A4 biasa, pastu tampal guna gam. Tapi jadi banyak kerja pulak time nak pack goodie bag tu nanti, sebab tu lar saya guna sticker paper. Tinggal tepek, tampal jer. Hehehe.