Ada banyak kolagen kat pasaran. tapi baru 3 jenis yang saya dah cuba;  Ephyra, Satin Skinz dan secret skin white kawaii collagen. Bila umur dah 30++  ni kan, memang dah tak boleh nak lari dari tanda-tanda penuaan. Tapi, bukan itu punca utama saya ambil collagen.

Ephyra Collagen

Collagen pertama yang saya ambil, Ephyra. Masa tu Ramadhan 2013. Time tu Adam breastfeed lagi. Jadi, reason utama saya beli Ephyra adalah untuk energy. Sebabnya ramai pengguna Ephyra yang share testmoni kata Epyyra leh boost energy esp ibu yang menyusukan anak time bulan posa. .  Puasa tahun sebelumnya tak dapat nak posa penuh, sebab tak larat sangat. Yang mana breastfeed anak masa berpuasa, tahulah macam mana letih, tak larat, lembik sampai kadang-kadang gigil-gigil tahan lapar.

Alhamdulllilah, Ramadhan tahun 2013 tu, dengan izin Allah, penuh posa saya 30 hari walaupun menyusukan Adam. Susu pun tak drop, cukup untuk Adam. Saya pulak kekal bertenaga walaupun berpuasa dan menyusukan anak. Siap boleh buat segala macam kerja rumah, layan Adam dan bersilat kat dapur tetiap petang sediakan juadah berbuka. Bonus sampingan, kulit jadi semakin cerah,  glowing, moist gebu-gebu lah. Dah kata ambil kolagen kan.. haruslah kulit jadi cantik. Somi pun kata, kulit nampak glowing! Bila  somi dah puji, mula lah gatal nak makan kolagen tiap hari!

Kelebihan ambil kolagen Ephyra:

Ephyra Collagen

Manfaat mengambil Ephyra

Banyak kan manfaat ambil Ephyra ni? Tapi saya tak mampu nak maintain tiap bulan. Harga sekotak RM197. Dalam tu ada 30 sachet jer. Sehari satu sachet. Maknanya sekotak tu utk penggunaan sebulan jer. Takkan tiap-tiap bulan nak pau somi plak.Tsk!

Tu yang kadang-kadang saya ambil ephyra selang sehari. Kalau dah habis, pastu nk gak makan Ephyra, beli lar yang trial pack. Trial pack ni, RM68. Dalam tu ada 10 sachet jer.  Nampak macam saya ni pengamal tegar Ephyra kan? Tak lah.. Bukan tetiap bulan beli.. dah kata makan selang sehari kan..  Tapi biasanya, kalau habis, tunggu sebulan atau dua bulan baru beli lagi. Serius lah tak mampu nak maintain. Sobs!

[update: boleh beli Ephyra murah disini]

Sejak saya jual produk Tropika, rajinlah saya ulang alik gi stokis ambil stok. Kat kedai stokis, macam-macam jenis kolagen ada. Tanya stokis, yang mana satu paling best..Stokis kata, yang paling laris Satin Skinz dengan Secret Skin White Kawaii Collagen.

Satin Skinz Collagen

Jadi saya try kolagen Satin Skinz dulu. tak banyak yang saya boleh share pasal Satin Skinz sebab tak nampak sangat kesan dia kat kulit. . Suami pun tegur..apsal tak der perubahan pun?  Oang lain makan Satin Skinz, kemain lagi jelita,..tapi saya gitu jugak. Dari segi energy pulak. tak leh nak bagi pendapat sebab kebetulan sepanjang saya consume Satin Skinz ni, saya tak posa. Jadi sama jer lah energy tu macam hari-hari biasa  Oleh sebab dah beli..habiskan jer lah. Takkan nak buang.

 Satin Skinz

Satin Skinz

Eh..bukan langsung tak ada perubahan. Salah tu. Ada perubahan. Kulit saya cerah sikit. Ha… serius, nampaklar cerah sikit compare dengan sebelumnya. Hehehe. Satin Skinz ni tablet tau. Dia bukan serbuk macam Ephyra. Satu set ada dua botol, Botol biru dan pink. Satu botol ada 60 biji tablet. Sehari kena makan 2 biji tablet botol pink dan 2 biji tablet botol biru. Maknanya Satin Skinz ni pun tahan sebulan jer lah. Harga Pasaran RM180. Tapi stokis saya bagi specel price kat saya, Dapatlah murah dari harga tu.  Hehehe.

Walaupun murah, saya tak repeat order sebab kesan dia tak berapa nampak kat saya. Tapi kan, kalau tengok testimoni kat FB satin skinz ni kan..Jeles nya lar hai.. nampak perubahan dia tau! Tu lah..lain orang, lain tindak balas nya.. ada yang ok, ada yang tak ok. Sobs!

Secret Skin White Kawaii Collagen

Last months,  saya try pulak Secret Skin White Kawaii Collagen (SSWKC). Ni sebab saya tertekan dengan jerawat yang tak pernah jemu memunculkan diri tu lah. Serius, tertekan! Menci tau jerawat nih! Again, beli kat stokis. Alhamdullilah.. lepas 2 weeks consume (SSWKC), ai tell you.. memang terus susut jerawat- jerawat tu semua. Since makan SSWKC, dalam sebulan ni, cuma keluar sebiji jer jerawat! Eh..tu improvement bagi saya tau. Saya suka! saya suka!. Bila kulit dah kembali ok..kemain galak lagi saya selfie dengan senang hati.

Miayahahahahahaha

Selfie Gedik dalam keta. Adam nak minum susu pun tak senang

Selfie Gedik dalam keta. Adam nak minum susu pun tak senang

Pastu bila saya posa, sebelum sahur saya ambil SSWKC nih. Alhamdullilah..cergas bertenaga sepanjang hari. Eh.. tapi tak leh lar compare dengan Ephyra sebab masa saya bersahur dengan ephyra, time tu Adam breatsfeed lagi. Sekarang Adam dah tak breastfeed dah. Jadi kiranya sekarang saya posa macam biasa. Tak lembik, tak lemau. Leh buat kerja rumah sambil melayan kelasakan Adam yang tataw diam. Hehehe. Suka! Suka! Suka! Meh kita posa ganti laju-laju meh…

Kulit glowing-glowing tak makan SSWKC? Glowing jugak..tapi lambat sikit.  Kalau Ephyra, lepas seminggu dah nampak glowing dah kulit muka. Tapi SSWKC ni, lepas 2 minggu baru nampak perubahan kat kulit. Tapi saya ok jer… janji jerawat ku kecut.  Glowing tu belakang kira.. hapuskan jerawat tu lagi utama! Bila jerawat hilang..saya dah senang hati sangat dah. . Hehehehe.  After two weeks makan SSWKC, selain dari jerawat semua kecut dan hilang, tona kulit nampak sekata, kulit pun nampak lebih anjal, moist dan halus. Kena dengan namanya, Secret Skin White, lepas 3 minggu ambil collagen ni, kulit saya pun dah semakin cerah. Hehe.

SSWKC ni, packaging selalu tukar-tukar tau. Tapi yang pasti, dia ada dalam bentuk tablet dan serbuk. Yang saya makan sekarang ni dalam bentuk serbuk. Saya makan kemam gitu jer..tak bancuh ngan air. Sedap sangat2!! Rasa masam-masa manis.  Suami tengok saya kemam SSWKC, dia kata macam kemam dadah jer… nampk nau kemaruk. Wakakakaka.

Tu dari segi rasa, dari segi price pulak… Lagi murah compare to Ephyra. SSWKC yang sachet ni, harga dia RM170 . Tu harga pasaran. Tapi stokis saya bagi special price, dapatlah harga lebih murah. Hehehe.

SSWKC ni ada 70 sachet tau, Sehari satu sachet, so..70 sachet? Tak ke 2 bulan tuh?? Memang berbaloi-baloi. Dan biasanya, setiap pembelian akan dapat free gift lagi. Macam yang saya beli baru-baru ni, dapat free gift 1 botol tablet SSWKC , krim ibu jerawat dan paper beg. [Update: Ni set lama. Dah tak ada. Untuk info set baru: sila klik sini]

Secret Skin White Kawaii Collagen. Semua ni dengan harga Rm170

Secret Skin White Kawaii Collagen beserta free gift yang kemain banyak!

Alang-alang dapat tablet SSWKC free, kita balun lar makan sekali kan. Hehehe. Yang sachet tu saya makan pagi sebelum sarapan, yang tablet free tu saya makan malam sebelum tidur, Tapi bukan every nightlah. Kadang-kadang jer. Sebab malam saya makan ubat resdung, malas nak campur-campur benda lain. Time tak makan ubat resdung, baru lar makan tablet SSWKC nih.

Antara 3 kolagen ni..mana satu pilihan saya.. Jawapan saya Secret Skin White Kawaii Kolagen. Saya puas hati sangat dengan SSWKC ni, sama macam Ephyra, tapi  SSWKC lebih murah, dan tahan lebih lama.. Sesuai lah untuk saya yang tak mampu nk spent ratusan ringgit setiap bulan untuk kolagen semata-mata.

Kandungan Secret Skin White Kawaii Collagen

Kandungan Secret Skin White Kawaii Collagen

Datin Dr Harlina, isteri angkasawan negara tu pun consume SSWKC ni tau. Kalau korang nak tengok testimoni pengguna SSWKC yang lain, boleh tengok kat page fb Secret Skin White Kawaii Collagen lah yer.

Pada ibu-ibu yang menyusukan anak pun boleh cuba ambil Secret Skin White Kawaii Kolagen ni untuk tambah susu badan, sebab ada testimoni ibu yang kata susu badan bertambah lepas sambil kolagen ni. Lagipn, segala macam khasiat yang ada dalam kolagen ni akan sampai jugak kat anak melalui susu ibu. Ha.. baby pun nak extra khasiat jugak. 🙂

Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh beli dengan saya. Oleh sebab saya dapat price murah dari stokis saya, makanya saya boleh jual murah jugak. Harga Pasaran Rm170 kan.. Saya jual Secret SKin White Kawaii Collagen ni dengan harga Rm150(SM)/RM155(SS) sahaja. Harga termasuk postage. [Update: Ni harga untuk set Dr Harlina. Set Jihan harga lain.  Untuk info set baru: sila klik sini. ]

Eh..kira murahlah. Lebih murah dari kolagen lain yang ada kat pasaran sekarang! Dengan harga RM150 ni, korang dapat 70 sachet SSWKC, utk penggunaan dua bulan. RM150 bahagi dua, sebulan kiranya RM75 jer. Siap dapat free gift lagi. [Update: Ni harga untuk set Dr Harlina. Set Jihan harga lain.  Untuk info set baru: sila klik sini. ]

Best kan harga yang saya bagi ni.. kalau nak beli, boleh sms/wassap saya di 012-6922025. Eh.. kalau ada yang nak try Satin Skinz pun boleh jugak. Sms/wassap saya kat nombor yang sama,. Saya boleh bagi harga lagi murah dari pasaran. hehehe.

Kemain bersungguh-sungguh saya promote kolagen. Penting sangat ke sampai kena beli tiap-tiap bulan? Jawapannya, terpulang pada individu. Kalau ada duit lebih, belilah. Untuk kebaikan diri sendiri jugak. Masa umur saya 20an dulu, rasa tak penting pun kolagen ni. Now, dah umur 30-an (bulan depan genap 32 tahun, motip bagitahu birthday bulan depan?), saya rasa saya perlu consume kolagen untuk ganti kolagen yang hilang. Sebenarnya, seawal usia 25 tahun lagi, kolagen dalam badan kita ni dah start kurang.. cuma kita jer yang tak perasan. Pastu,  dah tahu kolagen dalam badan tu makin lama makin kurang..takkan nak biarkan ajer?

Kolagen ni penting bukan setakat untuk kulit jer, sendi dan tulang pun perlukan kolagen. Tak caya? Cer google. Struktur kulit, tisu, sendi, tulang, organ dalam badan, semua perlukan kolagen. Kalau kolagen kurang, tu yang kulit jadi makin kedut,  tulang makin rapuh, sendi makin haus, organ pun dah tak boleh berfungsi dengan baik. So..jangan ingat kolagen tu untuk cantik jer.. untuk kesihatan juga tau.

Tak ambil kolagen pun tak apa, tapi make sure makanan yang korang ambil tu berzat, berkhasiat dan cukup untuk menghasilkan semula kolagen dalam badan. Macam saya ni, makan tu memang tak ikut sangat piramid makanan.  Jadi, ambil lah kolagen untuk top up balik kolagen yang hilang.

Kalau ada yang nak ambil kolagen, either Ephyra, Secret Skin White Kawaii Collagen atau Satin Skinz, boleh beli dengan saya. Saya jual lebih murah dari pasaran.

  • Secret Skin White Kawaii Collagen, 70 sachets: RM140.00. [Update: Ni harga untuk set D Harlina. Set Jihan harga lain.  Untuk info set baru: sila klik sini. ]
  • Satin Skinz , 2 botol, 120 biji kapsul: RM140.00.
  • Ephyra Premium 30 sachets:  RM175.00.

FREE Postage ke semenanjung Malaysia. Sabah Sarawak kena tambah RM5 yer.

Untuk PEMBELIAN, boleh sms/wassap saya di : 012-6922025

Update:

Klik sini untuk dapatkan tawaran terkini Secret Skin White Kawaii  Collagen. 

Disclaimer: Saya jual produk ORIGINAL sahaja. Saya TIDAK menjual produk tiruan. Harap Maklum.