Assalamualaikum

Lately, saya ada masalah jerawat di bahagian dagu. Berbiji-biji keluar, bersilih ganti. haihhh

Jerawat kat dagu ni biasanya disebabkan oleh masalah hormon/hormon tidak seimbang. Kenapa hormon jadi tidak seimbang? Ada banyak faktor yang buatkan hormon jadi tak seimbang, antaranya  PMS (Pre Menstrual Syndrome), stress dan kurang tidur. Saya rasa sebab saya PMS, stress dan kurang tidurlah makanya hormon dalam badan saya jadi huru hara dan akhirnya jerawat saya berlumba-lumba keluar kat dagu. Haaihhhh

Setiap kali keluar jerawat, benda yang paling saya risaukan.. macam mana nak hilangkan parut jerawat. Sebabnya, setiap kali ada jerawat, parut tu susah sangat nak hilang. Sometimes, ambil masa berbulan-bulan!

Ni 3 minggu lepas, masa jerawat mula-mula keluar kat dagu. Sekali keluar, 2 bijik

Jerawat di dagu 3 weeks ago

Tangan tu pulak gatal.. Asyik usik pastu picit jerawat tu.. Ha..mendapat lah parut hitam  jerawat kat dagu.

Ni minggu lepas, parut hitam jerawat belum sempat hilang, keluar lagi sebijik kat dagu.

Jerawat 1 week ago

 

Ha.. kemain gigih ambil gambar jerawat. Sarung tuala jer lah kat kepala. Senang. Hahahaha.

Memang hari-hari saya snap gambar jerawat sebab nak tengok perubahan lepas sapu Vitamin C Serum. Salah satu fungsi Vitamin C Serum ni, hilangkan parut jerawat. Jadi, alang-alang dah ada jerawat ni, maka saya try lah..nak tengok berkesan ke tak?

Vitamin C Serum

So far, alhamdullilah, parut-parut hitam bekas jerawat nampak pudar. Mula-mula tu memang risau sangat sebab sebelum ni, saya kalau ada parut jerawat, lambat sangat nak hilang. Tapi bila guna Vitamin C Serum ni, makin lama makin pudar.

Nak guna serum ni pun, bukannya susah. Sapu kat kawasan bermasalah, 2 kali sehari. Lepas tu boleh lar nak pakai krim muka atau terus pakai makeup.

 

Selepas 7 hari guna Vitamin C Serum

Jerawat dah kecut, parut makin pudar

Lepas 7 hari guna VCS, jerawat dah kecut, parut makin pudar

Masih ada parut jerawat tu, tapi tak ketara sangat kan. Tapi kira ok lar ni..tak perlu tunggu berbulan-bulan baru nak hilang parut jerawat tu.. Jadi, saya cuma perlu continue sapu VCS, lama-lama nanti hilanglah parut jerawat tu, InshaAllah. Perlu ingat, VCS ni produk natural..jadi memang ambil masa. Which is ok for me. Sebab saya dah biasa guna produk natural based, jadi dah boleh agak kesan dia macam mana. Lambat, tapi berkesan dan selamat. Dan, untuk kesan jangka panjang, produk natural based memang sangat-sangat elok untuk kesihatan kulit.

Untuk yang nak cepat, tak sabar nak kulit flawless, kalau boleh hari ni sapu, esok terus flawless…sangat-sangat lah tak sesuai guna Vitamin C Serum atau produk Vitamin C Series yang lain. Silalah guna produk lain.

Vitamin C Serum yang saya guna ni yang 15ml. Harga agak mahal lah, RM90. Tapi percayalah sangat berbaloi dengan hasilnya. Selain boleh hilangkan parut, Vitamin C Serum ni ada banyak benefit lain. Klik sini untuk baca benefit yang lain. Untuk yang 15ml ni, 1 botol boleh tahan 5-8 minggu bergantung pada penggunaan. Lagi satu, serum ni natural based. Ada kelulusan KKM. Pengasas serum ni, Puan Ony Nurhusni, seorang ahli farmasi bertauliah. Sebab tu saya yakin guna dan jual serum ni.

Mesti ada yang risau kan, kalau beli tapi tak serasi dengan kulit macam mana. Rugilah beli mahal-mahal. Jangan risau, kalau takut tak serasi dengan kulit, boleh beli yang botol kecik, 5ml. Harga yang 5ml ni RM39. Untuk botol kecik ni, boleh tahan 2-3 minggu, bergantung pada penggunaan.

Kalau nak beli, boleh whatsapp kat link ni yer. Klik jer

www.wassap.me/zilamahadi

www.wassap.me/zilamahadi

STRICTLY NO PHONE CALL