Assalamualaikum..

Masa kami balik Jitra baru-baru ni, Adam tu ponteng sekolah. Lama jugak lah dia tu ponteng sekolah. Dekat 2 bulan kan kami kat sana, selama tu jugaklah Adam tu tak pergi tadika. Plan asal nak hantar Adam tu kat Tadika Kemas kat sana, kira tumpang kejap lah.. tapi pihak berkenaan tak response. Sebelum kami kesana, kami dah tanya dulu..dia kata boleh. Bila dah sampai sana, kami tanya bila kami boleh hantar Adam masuk Kemas sana, senyap pulak. Dah follow up banyak kali..senyap jer. Malas nak panjang cerita, saya ajar Adam tu sendiri jer kat rumah. Homeschooling.

Sebelum ni saya ajar Adam seminggu dalam 1-2 kali jer. Kat Kedah hari tu nak tak nak memang hari-hari kena homeschooling dia. Kadang-kadang dalam sehari, pagi sekali, petang sekali, malam sekali. Tapi setiap sesi tak lama la.. dalam 15-20 minit jer. Adam tu jenis tak boleh fokus lama. Saya pun tak nak push dia lebih-lebih. Nanti saya stress, Adam pun stress. Bila belajar dalam keadaan stress, memang tak ada hasilnya.

Antara aktiviti homescooling Adam; mewarna, membaca, menulis, mengira, potong-potong kertas, gam-gam kertas dan lipat kertas origami. Benda-benda basic macam tu jer lah yang saya ajar. Adam tu pun baru 5 tahun..

Melipat kertas origami

Melipat kertas origami

Belajar mengira tambah

Belajar mengira tambah

Menulis nombor

Menulis nombor

Menulis perkataan

Menulis perkataan

Mewarna dengan daddy

Mewarna dengan daddy

Mewarna dengan Aiza

Mewarna dengan Aiza

Menulis dengan Aiza

Menulis dengan Aiza

Adam ni sebenarnya susah nak homeschooling. Dia asyik nak main jer. Terutamanya membaca. Memang menguji kesabaran sungguh bila ajar dia membaca. Ada yang kata, budak lelaki memang susah sikit kalau ajar membaca. Mungkin betul jugak. Sebab kalau mengira, dia ok jer. Mewarna, melukis, gunting, lipat, gam kertas semua ok. Cuma membaca tu jer lah. Kadang tu baru suruh ambil buku, belum start baca lagi, dia dah cebik-cebik, mata siap bergenang air mata. Sedih betul kalau suruh baca buku.

Tapi, memang logik lar Adam tu sedih, sebab saya memang jadi naga bila ajar Adam tu membaca. Tak fokus. Mata tu sibuk pandang tempat lain. Kadang tu bukan dia tak boleh baca, tapi dia main sebut jer perkataan tu. Janji sebut.  Contoh, ayat pertama tu tulis ‘hari raya’. Elok jer Adam tu baca ‘hari raya’. Baris kedua, masih ayat yang sama ‘hari raya’, tapi selamba jer Adam tu baca ‘hari rabu’. Eiiii..memang terus memetir la mak ko ni kan…

Tapi sekarang Adam dah ok dah  bila suruh baca buku. Sebab dia dah boleh fokus bila membaca. Bila dia fokus, takder lah dia baca ikut suka dia kan. Elok jer dia baca. Saya pun dah kurang la memetir. Kadang-kadang tu Adam ambil buku sendiri, pastu kata “Mommy, Adam nak baca buku’. Dah tak payah disuruh.

Alhamdullilah, sekarang ni dah banyak lar improvement Adam. Rasa berbaloi  sungguh mengenangkan Mommy Adam ni memetir sampai sakit tekak, sambil mengadap  drama air mata Adam tu.