Assalamualaikum

Saya nak share tentang hotel yang kami stay masa celebrate birthday Adam minggu lepas,  Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang. Hotel ni kat kat tepi laut kat Tg Bungah.  Kami menginap kat hotel ni sebab plan asal nak celebrate birthday Adam tu kat pantai. Tapi risau masuk pasir pulak kek Adam tu. Jadi terus tukar plan. Sambut kt tepi swimming pool jer. Pool tu pula ngadap laut. So view tetap cantik sebab nampak laut.. Hehehe

Sambut birthday Adam tepi pool hotel

Sambut birthday Adam tepi pool hotel

Kami ambil 2 bilik. Dua-dua bilik jenis Superior Room. 1 bilik untuk kitorang anak beranak. 1 bilik lagi untuk mertua. Kami book awal. Bulan 4 hari tu dah book hotel ni. Jadi dapat lah harga murah sikit. Tips nak bilik hotel murah, silalah book awal-awal. Kami book online kat Agoda.

Masa check in, kami dapat bilik yang 2 katil super single. Bilik katil super queen dah tak available katanya.Takper, tak ada masalah. Kami cantum jer 2 katil single tu. Ha.. jadi katil super king terus.  Muat tidur 4 beranak. Hehehe.

2eda01f0-ba5d-4d13-9094-6579fea6a9d8

Luas jugak bilik dia. Ada balkoni. Bila keluar balkoni, nampak laut. Best jer berdiri kat balkoni sambil kena angin laut.

View dari balkoni

View dari balkoni

Bilik air pulak, sama lah macam hotel lain. Ada shower, toilet dan sinki. Toilet dia ada hose, senang nak cuci apa yang patut lepas membuang. Sinki dia pulak besar, muat mandikan aiza dalam tu. Cuma bilik air dia kotor sikit, lantai dan dinding berkulat. Spoil betul.

Selain TV, electrical appliances yang ada dalam bilik ni; kettle, peti sejuk mini dan hair dryer.

87498179-3d07-4043-8639-fe5a0ba1fb60

Iron tak ada dalam bilik. Iron dia kat koridor luar bilik. Kalau nak guna boleh ambil bawak masuk dalam bilik. Lepas guna, kena letak kat koridor balik. Leceh sikit la kat situ.

Kalau ikutkan, rate asal bilik kat Hotel Sentral Seaview ni mahal. Maybe sebab hotel ni tepi laut. Standard lah hotel tepi laut harga dia mahal kan.  Kami dapat harga murah pun sebab book awal kat Agoda. Dan kami ambil bilik sahaja. Tak termasuk breakfast.  Kalau termasuk breakfast mahal lagi.

Tapi next time kalau pegi penang, maybe kami akan cari hotel kt area Georgetown jer kot. Sebab hotel kt Georgetown ada yang lagi cantik dan murah. Lebih berbaloi dengan harga.