Assalamualaikum

Alhamdullilah, saya dah kembali ke Seri Kembangan. Bertolak dari Jitra 3.30 petang Sabtu, sampai Seri Kembangan pukul 1.30 petang Ahad. Kemain lama ha nak sampai rumah. Macam jauh bebenor. hahahaha

Kami sampai lambat rumah sebab on the way tu sempat pulak kami check in kat Hotel Summit Signature kat Slim River. Sebabnya En Suami dah ngantuk + penat sangat. Mata dia dah blur-blur tengok kereta lain. Bahaya oi. Berhenti rehat kat RnR, bukan boleh tidur pun.. budak-budak tu asal berenti kat RnR, nak turun, lari sana-sini. Pastu kang masuk kereta main, gaduh, bising ya ampun.. Memang tak boleh rehat, tak boleh tidur. Lagi menambah sakit kepala jer. Jadi check in hotel jer lah. Boleh rehat tidur betul-betul.

Kami sampai Slim River almost 10pm. Hotel Summit Signature tu betul-betul lepas tol. jadi memang senang nak cari.  Tak perlu nak drive jauh semata-mata cari hotel. Actually ni dah kali kedua kami stay kat hotel ni. Sebelum ni pun check in hotel ni sebab En Suami dah penat drive.. Everytime balik dari Jitra – Seri Kembangan,  kalau waktu tu dah malam dan En Suami kata dia dah penat drive, mata ngantuk tak larat nak bukak, memang saya suruh check in hotel jer.  Kadang-kadang check in hotel kat Ipoh, kadang-kadang kat hotel Summit Signature Slim River  nih. Tengoklah waktu tu dah sampai mana.

Saya suka stay kat hotel Summit Signature ni, sebab harga dia murah. Biasanya kami ambil bilik Standard King(1 King Bed) – RM94 jer. Murahlah, sebab bilik dia selesa, katil pun besar. Katil saiz king, muat tidur 4 beranak. Tapi harga ni tak termasuk breakfast lah. Tak ada masalah tak ada breakfast, sebab keliling hotel ni ada banyak kedai-kedai termasuk kedai makan. So boleh  sarapan kat kedai luar hotel jer. Lebih jimat.

Standard Room (Katil King)

Standard Room (Katil King)

Kemain seronok Aiza pusing bilik hotel

Kemain seronok Aiza pusing bilik hotel

Bilik air pun luas, selesa dan bersih. Ada hose air untuk basuh apa yang patut. Dulu masa Aiza baby, kami tidur kat hotel ni, kami mandikan Aiza dalam sinki bilik air dia jer sebab sinki dia besar. Now dah besar, mandi kat shower je lah. Hehehe

Sinki besar

Sinki besar

Shower dan toilet

Shower dan toilet

Masa masuk bilik ni bantal dan tuala cuma ada dua jer. Oleh sebab kami berempat, maka kami request 2 extra bantal, dan 2 extra towel. Tak ada caj pun. Hehehe.

Selain TV, ada cerek, seterika dan jugak peti ais mini. Penting peti ais mini tu bagi saya, sebab Aiza tu kan minum susu segar kurma. Susu segar kurma tu kan susah nak dapat. Jadi bila berjalan jauh, memang kami bawak stok. Dalam kereta kami letak susu segar tu dalam bekas polisterin berisi ais. Tapi ais dalam tu tak tahan lama la..setakat 9-10 jam jer. Jadi kalau nak tidur kat hotel, kena pastikan bilik tu  ada peti ais mini untuk simpan susu kurma Aiza.

Peti ais mini untuk simpan susu Aiza

Peti ais mini untuk simpan susu Aiza

Esoknya, kami check out pukul 11 pagi.

En Suami check out

En Suami check out

Zila mahadi ajak anak-anak swafoto

Zila mahadi ajak anak-anak swafoto

Lepas tu sarapan kat kedai makan kat bangunan seberang hotel ni, kat belakang Watson. Tak ingat la pulak nama kedai makan ni. Tapi serius sedap. Banyak pilihan makanan. Gambar pun lupa nak ambil. Lepas makan, lalu kedai tudung, sempat jer saya singgah pastu beli 2 helai printed shawl. Sehelai Rm10 jer.. murah. Jadi beli lar 2. Kalau nak cari kedai yang jual tudung dan shawl cantik-cantik kat Slim River, boleh cari kat kedai Zayyan Muslimah. Memang murah tau. Shawl yang ada bulu-bulu ostrich tu, baru Rm35. Memang bulu Ostrich tau. Bukan renda langsir. Hehehe. Butik Zayyan Muslimah tu area hotel Summit Signature tu jugak.

Butik Zayyan Muslimah

Butik Zayyan Muslimah

Anyway, kalau ada yang  berjalan ke Slim River, saya memang rekomen hotel Summit Signature nih. Sebab dia dekat dengan tol, keliling hotel ada banyak kedai, belakang hotel tu pulak ada pasaraya Econsave. So kalau nak beli apa-apa barang, memang senang. Hotel ni selesa dan harga pun berpatutan.