Assalamualaikum

Nak cerita kami pergi Indoor Theme Park Berjaya Times Square 2 minggu lepas. Asyik bertangguh jer update blog, jadi macam ni lah. Haih..

Dah lama kami tak pergi Times Square tu. 2 minggu lepas Nunu adik saya yang bongsu tu cuti semester. Dia kebosanan sebab dok rumah jer, jadi dia ajak gi Times Square. Layankan jer lah.. Kesian pulak.

Tak plan pun nak masuk Indoor Theme Park tu sebenarnya. Walaupun baju sangat cantik dan murah kat Times Square tu, tapi serious baju saya kat almari dah banyak. Maka sedaya upaya saya tahan nafsu tak nak shopping baju. Oleh sebab tak nak shopping,  jom lah kita main kat Theme Park situ.

Mula-mula kita intai-intai game dia dulu. Sesuai tak dengan Adam. Dari pintu masuk tu, cuma nampak game yang extreme-extreme jer. Adam dah kata tak nak masuk. Adam takut katanya. Jangan kata Adam, saya pun tak nak main permaian gitu. Wat pening kepala, sakit jantung jer. Hahaha. Tapi sebenarnya, ada permainan yang sesuai untuk budak-budak. Tapi kat tingkat 7. So naik tingkat 7 jap, tunjuk kat Adam permainan budak-budak, baru dia nak masuk.

Lepas tu turun balik tingkat 5, beli tiket. Sebabnya,  kaunter tiket dan pintu masuk kat tingkat 5 jer.

Harga Tiket Indoor Theme Park Berjaya Times Square  (Warganegara Malaysia)

Tiket dewasa: RM41
Tiket kanak kanak: (3-12 tahun) RM30
Kanak kanak bawah 3 tahun FREE

Harga pakej family( 2 dewasa 2 kanak-kanak): RM113

Dah beli tiket, dapat wrist band pakai kt lengan. Nak masuk, kena scan wrist band tu. Walaupun tiket ni per day, tapi boleh keluar masuk 2 kali jer.

Tiket tu termasuk mainan kat Galaxy Section ( 6 permainan) dan Fantasy Garden (8 permainan). Selain dari 14 permainan ni, pemainan lain (Seasonal Attraction) kena bayar asing. Dia ada bagi kad, kena top up duit dalam kad tu, pastu baru boleh main permainan yang lain tu. Nak beli makanan pun sama. Konsep dia mcam Touch n Go. Kat dalam theme park tu tak guna tunai. Semua guna kad.

Anyway, kesemua permainan ada minimum heights tau. Minimum height tu ikut jenis permainan lar. Kalau kat Galaxy Section tu, minimum height 138cm. Adam memang tak lepas. Lagipun, permainan kat situ memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Untuk budak macam Adam, boleh main kat Fantasy Garden jer.

Apa-apa hal ukur tinggi dulu

Apa-apa hal ukur tinggi dulu

Jadi kami terus naik tingkat 7, pergi ke Fantasy Garden. Permainan kat Fantasy Garden ni khas untuk keluarga dan kanak-kanak. Tapi tak semua permainan mak bapak boleh naik sekali. Ada certain games yang mak pak boleh naik sekali, ada yang mak pak tak leh naik. Bila kami tak boleh naik sekali, memang Adam tak nak naik la. Dari 8 games yang ada kat situ, cuma 4 games jer yang kami naik. Yang paling Adam suka, Crazy Bus.

Kami Dalam Crazy Bus

Kami Dalam Crazy Bus

Crazy Bus ni, kita naik bas comel, pastu bas tu berpusing ke atas dan ke bawah.  Bila bas tu naik ke atas, kita boleh nampak kawasan Fantasy Garden ni dari atas. Tinggi jugak lah.

Fantasy Garden top view

Fantasy Garden top view

Selain Crazy Bas ni, kami naik Botanic Drive, Fantasy Trail dan Buddy Go Round

 

Botanic Drive

Botanic Drive

 

Fantasy Trail

Fantasy Trail

 

Buddy Go Round

Buddy Go Round

Permainan yang kami tak naik Flying Bumble Bee, Honey Bump dan Molly Cool Swing. Yang ni mak pak tak boleh naik sekali. Adam tu pulak tak berani naik sorang-sorang. Haih.. rugi betul tau. Gambar Flying Bumble Bee dan Honey Bump saya tak ambil pulak. Ada gambar Molly Swing jer.

Molly Cool Swing

Molly Cool Swing

Selain tu, ada jugak Kids Theater. Kids Theater ni tayangkan cerita kartun jer. Tapi dah ada mainan banyak-banyak kat situ, mana ada budak-budak nak tengok kartun kan.. Maka, kosong jer lah panggung tu.

Kids theater

Kids theater

Kat dalam Fantasy Garden ni, ada playground jugak. Ada dua playground. Satu untuk toddler. Satu lagi untuk kids.  Lama jugak la kami lepak kat sini.. biarkan Adam ngan Aiza main puas-puas kat situ.

Playground

Playground

Sebelum balik, sempat jugak lar kami singgah kat Galaxy Section kat Tingkat 5 tu. En Suami kata dah beli tiket, rugi lah tak naik. Yer lah, tiket yang kami bayar tu termasuk permainan kat Galaxy Section tu. Tapi mahap la..memang saya tak nak naik. Saya adalah gayat. Jadi En Suami naik sorang-sorang. Ada 6 games kat Galaxy Section tu, tapi En Suami naik dua games jer. Oort’s Express dan Dizzy Izzy

Oort's Express

Oort’s Express

 

Dizzy Izzy

Dizzy Izzy

Naik 2 games ni jer pun, En Suami dah mabuk nak muntah. Kah kah kah. Tu la.. ada sebab kenapa saya tak mo naik permainan gini. Sebab saya sedor diri dah tua. Badan dah tak leh tolerate permainan extreme gini. Nunu ajak saya naik Supersonic Odyssey (roller coaster). Yang ni ko bagi aku RM100 pun, aku tak hingin nak naik. Sudahnya dia tak naik pun roller coaster tu sebab tak der kawan. Kesian.. ko ajak lah kawan ko Nunu oi. Aku tak sanggup.

OK jugak lah permainan yang ada kat Indoor Theme Park Berjaya Times Square ni. Berbaloi dengan harganya sebab ada banyak permainan kat situ. Samada  berani naik atau tak jer. Hehehehe. Nanti bila Adam dah berani sikit, pastu Aiza pun dah besar sikit, boleh lar kami pergi lagi theme park ni.

 

Iklan

Dianz Vitamin kini berwajah baru. Dengan tambahan Asid Ascorbic dan Gluthatione.

Dianz Vitamin

Dianz Vitamin C & E Plus Baru

Harga: RM50

Kos postage: RM7(SM)/RM10(SS)

1 botol 30 biji tablet. Sehari 1 biji. Tahan sebulan. 

sms/whatsapp 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

sms/whatsapp 012-692 2025  (NO PHONE CALL)

sms/whatsapp 012-692 2025  (NO PHONE CALL)