Assalamualaikum

Maaf. Seminggu dua ni memang saya lambat reply PM, whatssapp atau komen. Maaf sangat.

Kami sekeluarga sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan. Sebelum ni kami sekeluarga kena jangkitan Rota Virus. Baru-baru ni, Influenza A pulak. Adam dan Aiza  lah yang paling teruk demam akibat Influenza A nih. Seminggu lebih budak-budak tu demam. Suhu masing-masing mencanak naik 38-39. Dengan batuk selsemanya, lembik terus budak-budak tuh.

adam positive influenza A

Test result Influenza A- positive

Dan bila menjelang malam, suhu Adam dan Aiza akan mencanak naik. Maka berjaga malam lah saya dan En Suami jaga Adam dan Aiza demam. Walaupun simtom Influenza A ni sama macam demam selsema biasa, tapi badan akan terasa sangat-sangat letih dan lesu, sendi dan seluruh anggota badan pulak rasa sakit dan lenguh. Saya sendiri demam 3 hari. Serius, memang lembik.

Simtom dan langkah pencegahan Influenza A

Simtom dan langkah pencegahan Influenza 

Influenza A ni lebih kurang H1N1. Dulu negara kita pernah panik bila dilanda H1N1 kan.. masa tu belum ada lagi ubat untuk H1N1 ni. Alhamdullillah, sekarang dah ada antibiotik. Antibiotik ni hanya akan diberi bila kita disahkan dijangkiti H1n1. Vaksin untuk influenza ni pun ada. Kalau ada yang nak ambil vaksin ni untuk anak-anak, boleh cuba tanya hospital pakar. Vaksin ni optional. Terpulanglah nak ambil ke tak. Tapi kalau nak ambil, kena bayar.

Alhamdullilah, lepas seminggu lebih, kesihatan kami sekeluarga semakin pulih. Cuma saya masih lagi batuk-batuk. Degil betul kuman nih. Tak hilang-hilang. Geram betul.

Disebabkan Influenza A ni, cerita bercuti ke Krabi pun kemain lama saya peram. Entry Krabi yang baru publish baru-baru ni pun sebab dah memang ada dalam draft, saya cuma sempat edit sikit-skit dan publish. Jadi tak berapa detail cerita kami bercuti ke Krabi. Saya pun dah tak berapa ingat cerita kami pergi Krabi. Haih… Makin tua, makin cepat pulak lupa.

Ada kawan-kawan yang tanya, kami tak kena kuarantin ke, sebab kami positive Influenza A. Jawapannya, tak. Sebenarnya, bila disahkan kena influenza A ni, tak semestinya akan kena kuarantin. Tapi, oleh sebab penyakit ni sangat mudah berjangkit, jadi kami kuarantin diri kami sendiri kat rumah. Memang tak kemana-mana. Dok rumah, rehat dan makan ubat. Sepatutnya begitulah. Waaupun doktor tak kuarantin anak kita, tak bermakna kita boleh lepas tangan hantar anak ke sekolah bila anak sakit. Kan? Bila anak sakit, atau diri kita sendiri yang sakit…tolonglah jadi manusia bertanggungjawab, jangan sebarkan penyakit tu kat tempat awam.

Ada mak bapak yang tahu anak tu demam, batuk selsema, tapi tetap jugak hantar ke taska, tadika atau sekolah. Tak pasal jer  berjangkit kat anak orang lain. Haih… Kami syak Adam dapat Influenza A ni dari tadika dia. Sebab cikgu dia kata selain Adam, memang ramai yang demam. Jadi Adam pun terkena jangkitan tu dari sekolah, bawak balik, berjangkit kat Aiza pulak. Lepas tu jangkit ke saya dan suami.

Serius, saya geram sangat dengan orang yang jenis tak bertanggungjawab dan lepas tangan macam nih.  Tak kisah la apa pun alasan, bila anak kita sakit, jangan hantar / bawak anak ke tempat yang ramai budak-budak lain.  Sistem imunisasi budak -budak ni tak sama. Ada yang antibodi kuat, ada yang lemah. Dan budak-budak tu mungkin ada adik baby kat rumah. Bila berjangkit, baby kat rumah pun berisiko untuk terkena jangkitan. Tak kesian ke tengok baby kena demam panas? Tak ada hati perut aniaya budak-budak macam tu?

Sekarang memang tengah musim Influenza. Tolong jangan sebarkan penyakit nih. Bila ada simtom-simtom batuk, selsema dan demam panas berpanjangan, cepat-cepat check kat hospital dan kalau positive Influenza, makan ubat, minum air dengan banyak dan tolong duduk rehat kat rumah diam-diam.

Apa yang perlu kita buat bila dijangkiti influenza A

Apa yang perlu kita buat bila dijangkiti influenza A

Info tentang penyakit Influenza A ni boleh baca kat sini dan sini.