Assalamualaikum

Selagi raya belum habis, saya cerita raya jer lah yer. Hehehehe

Raya ke 21, hari Jumaat lepas tadika Adam buat Jamuan Raya. Tapi konsep potluck. Anak-anak kena bawak apa-apa juadah. Pastu mak bapak semua dijemput hadir. Beraya sama-sama. Saya tataw nk buat juadah apa.. Sudahnya, saya buat puding batik jer lah. Puding ni ada jugak yang panggil puding coklat susu.

Puding marble atau puding coklat susu

Puding marble atau puding coklat susu

Saya buat puding marble ni refer kat sini. Owner resepi buat puding ni, kemain cantik lagi. Tapi bila saya buat, gitu pulak rupa dia. Tangan memang tak berseni..gitulah. Hehehe. Tapi rasanya, memang sedap tau.

Saya buat puding ni malam sebelum tidur. Pastu sejukkan dalam peti ais. Bangun pagi esoknya, keluarkan dari peti ais,  potong-potong, terus masukkan dalam bekas. Pastu teruslah bersiap ke jamuan tadika Adam. 1 family pergi. Saya, En Suami, Aiza dan mestilah Adam sekali. Hehehe. Cikgu pesan budak-budak kena pakai baju raya. Tahun ni baju raya Adam, takder baju melayu. Baju kemeja jer. Jadi pakaikan jer lah kemeja tu kat Adam. Kemeja pink.

Oleh sebab Adam pakai baju pink, maka mommy pakai jubah pink

Oleh sebab Adam pakai baju pink, maka mommy pakai jubah pink

Sebelum start jamuan, gambar ramai-ramai dengan cikgu-cikgu tadika Adam. Cikgu Adam yang kanan sekali. Cikgu Rozita nama dia.

Macam biasa Adam kena duduk depan

Macam biasa Adam kena duduk depan

Meriah jamuan raya Adam. Makanan banyak sangat. Mak bapak ramai yang hadir. Budak-budak pun ramai.

Anak-anak

Anak-anak

Mak mak

Mak mak

Ni saya amik makanan kali ketiga

Ni saya amik makanan kali ketiga

Lepas makan, ada pulak sambutan birthday untuk budak-budak yang lahir dari Januari – Julai. Adam termasuk sekali, sebab birthday Adam bulan 6. Cikgu-cikgu yang prepare kek semua. Oloh-oloh.. baik betul  cikgu-cikgu tadika Adam.

Celebrate birthday pulak

Celebrate birthday pulak

Oleh sebab terlalu banyak makanan, habis jamuan tu, makanan masih banyak lagi. Maka cikgu pesan suruh tapau makanan. Saya pun tapau nasi impit, kuah lodeh ngan sambal ikan bilis. Balik rumah, goreng ayam pulak. Pergh..sedap betul makan lontong untuk sekelian kalinya..

Melantak lontong lagi

Melantak lontong lagi

Ni baru cerita jamuan raya tadika adam. Belum cerita open house raya lagi. Selagi belum habis raya, memang perut kenyang dengan juadah raya jer lah. Hehehehe.