19Jun
2013
4
bubur oat

Kisah Menu Baru Adam

Kesian tengok Adam dok hari-hari makan bubur nasi, so nak lar tukar menu Adam. Tukar menu omputih pulak. Nak bagi oat. Gigih google resepi makanan baby yang guna oat, ada yang guna instant oat, ada yang rolled oat.. tak kisah kot yang mana satu, tapi saya pilih rolled oat. Benda-benda instant-instant ni bior mummy daddy Adam jer yang tolan.Hehehehe.

Saya beli rolled oat kat kedai Cosway. Harga RM 5.50. Cenggini ghupa dia

 

Organic Rolled Oat

Organic Rolled Oat

So..camner kekdah saya bagi Adam makan oat? Saya blend rolled oat ni kasi halus.. Adam tu walaupun gigi dah 4 batang, tapi dia bukan reti nak kunyah-kunyah dulu makanan dia. Asal masuk mulut terus telan..so better blend, konon-konon nak kasi senang telan.

 

Cara masak oat? saya punyer cara adalah very the simple one.

  1. Didihkan air
  2. bila air dah mendididh, masukkan 2 sudu besar oat (terpulang lar nak letak banyak mana, ikut perut anak memasing ) dan juga masukkan kurma yang dicincang halus
  3. kacau-kacau sampai sebati. (kalau dia berketul-ketul tu teruskan mengacau lah yer.)
  4. dalam 10-15 minit macam tu, oat tu kira dah masak lar. kalau nak pekat, kasi dia lama sikit atas api..Kalau tak mau pekat, leh lar angkat. Sebelum angkat tu kalau nak masukkan keju cheddar yang diparut pun boleh. kacau-kacau bagi sebati dalam bubur.
bubur oat

Oat porridge with cheese

Cenggitu cara saya masak oat untuk Adam. Malangnya.. Adam tak suka. Sungguh-sungguh dia tutup mulut bila saya suapkan oat. Bila dah berjaya suap tu, Adam buat gaya nak muntah. Amboi, berlakon sungguh! Memula ingat dia tak suka saya masukkan keju. So saya masak sekali lagi without the cheese..sama jugak. Memang tak mo. Dia nak bubur nasi jugak. Haih lar adam.. tak jemu kah hari-hari makan bubur nasi?

Takper-takper.. Akan ku cuba lagi bagi oat ni..but next time with a different recipe pulak. Ngeh ngeh ngeh…Oat ni banyak khasiatnya..Tinggi fiber, leh kurangkan masalah sembelit, serap kolestrol (eh, Adam ada kolestrol kah?), And..bubur oat ni lagi sedap dari bubur nasi lar Adam oiiii…

Update:

Rupa-rupanya Adam suka makan bubur oat cair. Kalau buat pekat dia tak mau makan, tp kalau buat cair, laju jer dia telan. Resepi bubur oat untuk Adam pun dah pelbagai.. Paling dia suka kalau saya tambah pisang dalam bubur oat dia tuh. Heh. Peminat tegar pisang betul la dak kecik nih.

Comments (4)

  • Trisya

    Hi Zila, awk trus kisar ye oat tu xyah rendam semalaman ye?
    sy pun br nk blajar nie:)

    reply
    • Zila

      Yup, sy terus blend. Tak rendam dulu. :)

      reply
      • Trisya

        Sy da buat tuk ank sy..laju je bby mkn..suke le tu tapii…dia sembelit plak..:(
        sian dia nangis2 nk popo..
        xpe2..trus cuba mknan lain…:)

        reply
        • Zila

          Alahai..ciannya baby sembelit.. oats high fiber, patutnya tak sembelit. maybe perut baby Trisya tak serasi ngan oat.. takper2, keep trying other food ya. pastu bagi baby banyak minum susu..

          reply

Reply

CommentLuv badge

ZM on Google+