Assalamualaikum

Sekarang saya sekeluarga ada di Kedah. Belum pindah lagi. Balik kejap sebab ada kenduri kat Kulim. Sepupu En Suami kahwin. Seminggu jugaklah kami kat Kedah ni . Minggu depan balik Seri Kembangan balik untuk kemas semua barang. Pertengahan bulan 12 nanti baru pindah duduk Kedah. Ha.. rajin nau kami ulang alik ke Kedah kan.. haihhh

Kami balik untuk kenduri ni hari rabu lepas, naik  ETS. Tiket train ETS kami pukul 11.30 pagi. Pukul 9.30 kami kami dah keluar rumah. Pergi KL Sentral naik Grab Car jer. Kat dalam Grab Car tu baru kami tahu yang laluan keretapi KTM terganggu sebab ada keretapi tergelincir. Tu pun pemandu Grab Car tu yang beritahu. Ah..sudah.. macam mana nak balik Kedah ni.

Terus jer En Suami check dekat website KTM. Kat website tu ada pengumuman mengatakan ada keretapi tergilincir di Kuala Lumpur dan menyebabkan landasan rosak. Sebab tu lah laluan ETS pun terganggu. Jadi mana-mana penumpang ETS dari/ke utara semenanjung perlu naik/turun ETS kat Stesen MRT Sg Buloh. Maksudnya, ETS dari utara akan berhenti dan bertolak dari  stesen MRT Sg Buloh.  Kos naik MRT dari atau ke KL Sentral tu ditanggung oleh KTM.

Sampai KL Sentral pukul 10.30 pagi. Terus jer kami tanya satff KTM pasal laluan ETS tu. Staff tu bagitahu perkara yang sama macam website. Semua penumpang ETS diminta berkumpul kat Platform B dulu. Kat Platform B ni, kerusi dia sangat terhad. Jadi berdirilah kami sementara tunggu 11.30 tu kan..

Ni jer lar seat yang ada kat Platform B. Orang lain kena la berdiri merata-merata

Pukul 11.30 pagi,  semua penumpang diminta ke Stesen MRT Muzium Negara beramai-ramai.

Dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara tu tak lar jauh sangat. Tapi jadi penat sebab saya dukung Aiza. Turun naik escalator pulak tuh. Sampai stesen MRT dah mengah-mengah. Tangan kaki dah gigil-gigil.

Beratur panjang nak masuk Stesen MRT

Beratur panjang nak masuk Stesen MRT

Pastu naik MRT ke Stesen Sg Buloh. Jauh jugak. Sampai Stesen Sg Buloh tu jer dah pukul 12.45 tengah hari.

Dalam MRT ke Sg Buloh

Dalam MRT ke Sg Buloh

Bila dah sampai MRT SG Buloh tu, kami ingatkan keretapi ETS tu dah ada. Rupanya tak. Kami semua kena tunggu pulak keretapi ETS tu kat sana. Masa ni Aiza dah amukan. Penat agaknya. Menangis ajer mintak dukung. Tempat duduk kat stesen Sg Buloh ni pun terhad sangat. Kat sini pun kami kena berdiri lagi. Penat berdiri sambil melayan Aiza amukan memang sangat-sangat meletihkan..Haihh…

Aiza amukan kat Stesen Sg Buloh

Aiza amukan kat Stesen Sg Buloh

Pukul 1.30 petang barulah keretapi ETS tu sampai. Lega akhirnya dapat duduk, dapat rehat. Tiket pukul 11.30 pagi, pukul 1.30 petang baru dapat naik keretapi ETS tu. Nak buat macam mana, dah landasan tu rosak kan.. Cuma yang kami kesalkan, sepatutnya KTM sediakan tempat menunggu yang lebih baik, sediakan kerusi tu biarlah banyak sikit. Beratus orang kan naik ETS tu.. Pastu apa salahnya sediakan minuman atau makanan ringan percuma kat penumpang. Bagi air kosong dan roti bun kecik pun jadiklah. Kami terkandas lama tau. 2 jam. Pastu kena kesana kemari pulak. Masing-masing lapar, dahaga, penat!!

Kejadian keretapi tergilincir tu dah lama tau. Dah hampir seminggu. Ambil masa nak betulkan landasan atas faktor cuaca katanya. Takkan dalam masa seminggu KTM tak boleh nak prepare apa yang patut untuk penumpang ETS yang terkandas kan? Serius, rasa kecewa jugak dengan perkhidmatan KTM ni tau.

Dah naik ETS, Aiza sambung amukan lagi. Kepenatan sangat agaknya. Jenuh pujuk dia. Lama-lama tidur jugak

Tertidur kat riba mommy

Tertidur kat riba mommy

Kami beli tiket ETS yang Platinum.  Tiket ETS ada dua, Gold dan Platinum. Harga Tiket Platinum dan Gold tak sama. Waktu perjalanan pun tak sama. Kalau naik yang Platinum, lebih cepat sampai sebab tak semua stesen dia berhenti. Dan dapat makanan dan minuman ringan. 30 minit lepas bertolak, kami dapat la biskut-biskut dan air soya. Kalau naik yang Gold tak dapat makanan/minuman ni.

Biskut dan air soya untuk ETS Platinum

Dapat snek ringan untuk ETS Platinum

Perut kami memang dah kebuluran sebab lama sangat tunggu train tu kan. Jadi En Suami pergi cafe atas train tu, belikan makanan lain. Saya order bihun dan dim sum. Air pulak air milo. En Suami order nasi tomato. Kecik comel jer ha makanan dia. Tak puas makan. Tapi sedap. Oleh sedap sikit tapi sedap, bihun tu kami beli lagi 1 pack. Harga agak mahal la. Harga antara RM8- Rm12. Kalau ambil set sekali dengan air, murah sikitlah. Tak ingat pulak  berapa. Tapi murah sikit jer lah. Oleh sebab kebulur, beli jer lah.

Bihun, dimsum dan air milo dalam ETS

Bihun, dimsum dan air milo dalam ETS

Dalam train, Adam langsung tak tidur. Kadang-kadang dia tengok tab. Kadang-kadang dia buat buat buku aktiviti dia.. Kadang-kadang dia tengok TV. Masa kami dalam ETS hari tu, ada tayangan cerita Hunger Games.

Buat aktiviti book

Buat aktiviti book

Memang sengaja kami pilih seat yang dekat dengan pintu supaya boleh tengok TV. Tak lah bosan sangat dalam keretapi bila tengok TV kan. Lagipun kalau duduk dekat dengan pintu ni, kita boleh nampak lampu tandas tu ada orang ke tak. Kaler hijau=tandas kosong, warna merah=tandas ada orang guna. Tapi sepanjang kami naik ETS hari tu, tandas tu sentiasa ada yang guna. Ramai pulak yang nak guna tandas. Beratur orang tunggu giliran nak masuk tandas. Saya malas nak beratur, jadi saya tahan jer lah sampai turun keretapi.

Kami turun kat Stesen Bukit Mertajam sebab mertua dah ada kat Kulim. Kami sampai stesen Bukit Mertajam lebih kurang pukul 5.00 petang. Akhirnya sampai jugak. Alhamdullilah.

Akhirnya, sampai stesen Bukit Mertajam

Akhirnya, sampai stesen Bukit Mertajam

Balik KL nanti kami naik ETS jugak. Tapi tiket belum beli. Entah kenapa tiap kali kami nak beli online, sistem tu kata jadual perjalanan belum tersedia. Eh? ETS terus tangguhkan operasikah sebab landasan rosak? Ni nak balik KL macam mana ni? En Suami tak suka naik bas. Aduiii…