Assalamualaikum

Baru-baru ni saya pergi ke booth Lancome kat IOI Mall Putrajaya. Sebab nak redeem sample LancomeTeint Idole Ultra Wear Foundation.

LancomeTeint Idole Ultra Wear Foundation

Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Inilah rupa botol foundation tu. Tapi yang saya dapat sample kecik jer. Hehehe. Dah nama pun sample kan..

Masa kat booth Lancome tu, staff kat sana suruh saya pilih shade yang sesuai dengan kulit saya. Dia bagi 3 pilihan yang dia rasa sesuai dengan kulit saya. Kod 02, kod 03 dan kod 035. Dia sapu sikit tiga-tiga shade foundation tu kat muka saya. Mua-mula saya pilih kod 035 sebab kod 02 dan kod 03 macam cerah sangat. Then staff tu kata tunggu dulu. Biar foundation tu setting in dengan kulit. Biasanya lepas few minutes dia akan berubah warna then masa tu baru pilih shade yang paling sesuai dengan kulit.

Lepas few minutes, surprisingly, kod yang betul-betul blend in dengan kulit saya; kod 02. Padahal masa mula-mula sapu kat muka tadi macam putih nau shade 02 tu. Nasib baik tak pilih yang kod 035.. Sebab shade untuk kod 035 tu jadi gelap la pulak. Hahahaha

Inilah sample yang saya dapat.

Sample Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Sample Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Kod 02 Sample LancomeTeint Idole Ultra Wear Foundation

Kod 02 Sample LancomeTeint Idole Ultra Wear Foundation

sample kod 02

Texture Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Bila dah dapat sample, haruslah kita cuba kan. Tekstur Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation ni cair, halus dan sangat mudah disapu. Serius, mudah sangat. Saya sapu guna jari jer tau, sebab saya tak ada span foundation tu. Walaupun guna jari jer, tapi smooth jer sapuan tu. Senang nak bagi rata kat kulit.

Ni muka saya sebelum sapu foundation.

Sebelum sapu Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Gambar atas ni sebelum sapu Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation. Cuma pakai krim pelembap jer. Saya memang pakai krim pelembap vitamin c setiap hari walaupun duduk rumah tak kemana-mana. Tapi bila pakai foundation, memang seeloknya sapu krim pelembap dulu kat muka supaya lebih mudah untuk pakai  foundation dan foundation yang kita pakai tak bercapuk-capuk, kering atau crack. Serius, kalau pakai foundation tanpa krim pelembap, memang tak cantik tau sapuan foundation tu.

Ni rupa saya selepas sapu  Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Selepas sapu Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Selepas sapu Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation

Lepas sapu nampak putih sangat kan.. Tapi after few minutes, warna tu jadi nampak natural dengan kulit tau. Lepas sapu foundation ni, saya touch up dengan loose powder PBSO, sedikit eye liner dan lip tint. Masa ni saya memang  bersiap nak keluar cari barang sebenarnya. Hehehe

Touch up simple

Touch up simple

Lepas beberapa minit, tak nampak putih sangat kan foundation ni. Bila mintak pendapat suami, ok tak foundation ni kat muka.. Terus jer dia jawab..”Ntah..macam sama jer”. Hahahaha. Saya kalau makeup, seboleh-bolehnya memang nak nampak natural. Kalau boleh nampak macam tak pakai makeup. Jadi bila suami kata macam tu, maknanya saya berjaya dapatkan Natural Look. Jadi  Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation ni berjaya buat saya nampak natural look. Tak nampak fake atau putih macam opera cina.

Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation memang ringan sangat tau. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Dari segi coverage, bagi saya medium. Mungkin sebab saya pakai foundation ni nipis kot. Jadi masih nampak sikit bintik hitam dan parut jerawat. Kalau pakai tebal-tebal tak nampak lar kot bintik hitam dan parut kat muka. Tapi kalau betul-betul nak tutup parut, better pakai concealar lar kan. Saya ni pulak memang jenis tak pernah ada dan tak pernah pakai concealer. Hahahahaha.

Tahan lama jugak lah foundation ni. Lepas beberapa jam pun still elok kat muka. Tak berminyak. Tak bercapuk. Tak crack.

So, bagi saya, foundation ni memang sangat best. Mudah disapu, ringan, dan tahan lama. Paling penting dia tak buat kulit jadi berminyak. Nak buang pun senang jer. Saya buang guna wet tissue jer. Lepas tu cuci muka. Dah bersih.

Harga retail untuk foundation ni RM185. Mahal jugak kan? Memang tak mampu la saya beli. Dapat sample pun jadiklah… merasa jugak pakai foundation best nih..

Korang kalau nak sample  Lancome Teint Idole Ultra Wear Foundation ni, boleh isi form kat website Lancome. Klik kat sini.