Assalamualaikum..

Masalah angin ketika mengandung ni memang menguji stamina sungguh kan. Eh! ni bukan angin ribut atau angin moody tuh. Ni masalah angin dalam badan. Hui~~ sekali dia datang..menonggeng-nonggeng sakitnya.

Before kawin dulu, saya memang ada masalah gastrik dan angin. Tapi tak kerap. Biasanya gastrik ni sakit perut kan, tapi, kadang-kadang angin gastrik ni akan berkumpul kat dada sampai tak leh nafas. Bila mengandung ni, makin menjadi-jadi masalah angin nih.

Masuk jer second trimester pregnancy, kejap-kejap saya sendawa…burp..burp..burp. Non-stop. Tu belum kira kentut lagi. Tp kentut tak sebanyak sendawa lar. Kalau angin tak keluar dr badan, mula lar sakit perut. Kadang-kadang angin ni berkumpul kat kaki, sakit kaki pulak.. Bila dia gerak ramai-ramai ke tangan, sakit tangan pulak. Serius. memang sakit. Nak bagi reda sakit tuh, saya sapu minyak panas (bukan minyak masak yer). Tapi, saya tak sapu kat perut ok. Huish…Panas lar baby kalau sapu kat perut. Saya sapu kat kaki or tangan sahaja. . Malangnya, minyak panas tak membantu.

Ting! saya dapat idea baru. Tuam. Isi gelas ngan air suam yang agak panas, pastu tuam la gelas tu kat bahagian yang sakit. Legaa~~~~ Tapi, kekdah ni hanya berkesan kalau sakit kat anggota kaki atau tangan.

Tapi kalau sakit gastrik macam mana? Saya diserang sakit gastrik masa kandungan 5 bulan. Gastrik yang teruk sangat sampai muntah-muntah. Azab perut sakit tu tak yah cerita lar kan. Sakit wooooi! Tu belum kira, hati ni dok risau pasal baby dalam perut nih. Kul 3 pagi, kejutkan En. Suami, ajak dia gi spital gomen.  Direct gi kat bahagian emergency lar kan. Doktor kat situ pun inject ubat tahan muntah and bagi ubat angin. Dia tak bagi ubat gastrik sebab saya pregnant. Alhamdullilah, makan ubat angin pun rasa lega. Tapi takder gambar ubat angin tu sebab dah habis, and dah buang dah pun. Ubat ni species kunyah-kunyah, telan. Luckily, ubat ni tak pahit. Dia manis2 berangin gitu. Sedap jugak.

Masa kandungan cecah 6 bulan, angin attack kat dada lar pulak. Dia attack dari malam sampai ke siang esoknya! Memang susah nak bernafas..Dada ni macam ditekan-tekan.  Memang tak terperi sakitnya. Solution: Jumpa doktor lagi. This time, gi PMC (Putra Medical Center).  And doktor  bagi ubat angin jugak.

Ubat angin yang sedap

Ubat ni pun jenis kunyah-kunyah, telan. . Sekali makan leh makan sebiji jer. Ish..tak puas tau makan sebiji. Sebab dia sedap…

Dah nak masuk third trimester ni, kurang sikit saya sendawa. Kentut-kentut pun dah kurang. Tapi kadang kala, datang jugak masalah angin ni. Dia attack perut. Seb baik ubat angin PMC ada lagi. Leh kita kunyah ubat sedap, kan baby kan…

Namun begitu (ayat tak leh blah), tak semua sakit perut ni disebabkan angin/gastrik yer. Kalau rasa sakit perut time pregnant ni, cepat-cepatlah jumpa doktor. Check mana yang patut.

Kalau ada sesapa nak kongsi masalah angin time pregnant ni, leh tinggalkan komen kat bawah ni yer. Sharing is caring..[ayat  typical sungguh].

Korang yang ada masalah angin time mengandung, boleh cuba krim Dalana Herba Suci ni. Insya Allah, boleh membantu.

Krim Dalana- Krim perlu ada untuk wanita hamil

Krim Dalana- Krim perlu ada untuk wanita hamil

 

Iklan:

Dapatkan produk Tropika dengan harga lebih murah di ZM Health and Beauty.