Sejak mengandung ni, saya memang suka bloghopping and blogshopping juger. Tapi saya tak mo citer pasal shopping disini. Tu cerita lain. Saya nak cerita tentang NeuroGain PB – hasil saya lompat-lompat blog dan forum ibu-ibu mengandung.

NeuroGain PB ni Dietary Supplement yang sesuai diambil oleh wanita mengandung dan yang menyusukan anak. Macam mana ghupa dia? …macam ni:

Ramai ibu-ibu yang kata benda ni bagus untuk baby dalam perut and bila kita menyusukan anak pun leh amik supplement ni so that the khasiat leh sampai kat baby through breast milk. So, saya tanya En. Suami, leh tak kalau nak beli benda ni? Dia kata..nanti jumpa doktor kat PMC, kita tanya doktor dulu. Yer, baiklah. Then, saya baca lagi kt blog/forum, pasal harga dia pulak. Rata-rata kata, kat Watson mahal sikit, around RM60 lebiy gitu. Huih..mahalnya. Pastu ada yang kata..kat farmasi ada yang jual murah sikit. Tapi kena pandai cari, sebab ada jugak yang jual mahal. Alamak..leh ke dapat murah kat farmasi area sini? Takper2..yang penting kita jumpa doktor dulu.

Oleh sebab saya plan nak bersalin kat Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar, so haruslah jumpa  gynecology kat situ sekurang-kurangnya sekali.. Reason lain saya pegi PMC sebab malam sebelum  tu, dada saya sakit sangat macam ditekan-tekan sampai susah sangat nak bernafas. Sampai ke pagi saya still sakit dada. So, by noon, En. Suami bawak gi PMC. (cerita kenapa saya sakit dada ni, kat sini)

Sampai PMC, cakap nk jumpa Doktor Annuar Husaimy, pakar gynecology kat situ. So, setelah jumpa doktor,ngadu pasal sakit dada,  scan baby, intai gender baby, bincang itu ini..akhirnya saya tanya pasal NeuroGain PB ni.

Saya: Doktor, ok ke kalau saya ambil NeuroGain PB?

Doktor: Owh..benda tu memang bagus. Memang biasanya saya sarankan pesakit saya ambil NeuroGain PB ni (doktor ni cakap sambil bagi pamplet NG-PB ni kat saya)

Doktor: Eh! Saya promote kat patient saya, bukan saya dapat duit pun. Cuma benda ni memang elok untuk ibu yang mengandung. Kalau awak  nak, nanti saya tulis kat sini and  boleh ambil kat bawah (kat kaunter farmasi lar )

Lepas jumpa doktor, gi amik ubat kat farmasi pulak. Caj for medication RM 53.25. Ubat yang saya dapat: ubat angin (untuk sakit dada) & ubat NeuroGain PB tuh. Maknanya, NeuroGain PB (NG-PB) ni dalam RM51-RM52 la kot. Eh..murah dari Watson nih. Lepas ni boleh la beli ubat ni kat PMC jew. Orang kat farmasi tu kata, kalau nak beli ubat ni, leh terus beli kat situ, tak yah jumpa doktor pun takper.

Kaedah makan: 1 biji sehari selepas makan. Satu bekas tu ada 30 biji, so, leh tahan sebulan. Next month, beli lagi. NG-PB ni dalam bentuk kapsul. Ada kapsul ubat yang dibuat dari lembu atau khinzir (huih! haram!) kan.. Tapi jangan risau, NG-PB menggunakan kapsul sayuran – Vegicaps. So, insyaAllah, halal.

Kenapa perlu ambil NG-PB ni?

[ni saya taip balik dari pamplet yang doktor bagi]

Pada 3 bulan terakhir kehamilan, penting untuk ibu mengandung mendapatkan omega-3 asid lemak perlu yang mencukupi. 70% sel otak fetus dibentuk pada waktu ini. Fetus mendapat omega-3 DHA dari ibu melalui plasenta. Jika ibu tidak mendapat DHA mencukupi, perkembangan bayi dalam kandungan mungkin akan terjejas dan mengakibatkan IQ rendah dan lemah penglihatan.

 

NeuroGain® PB Vegicaps® mengandungi DHA yang tinggi, EPA yang rendah dan OA untuk membantu ibu mengandung dan menyusu untuk memenuhi keperluan asid lemak perlu.

Panjang lagi ayat dalam pamplet ni. Malas pulak nak taip semua. Pendek kata NG-PB bagus untuk membantu perkembangan minda bayi. Tu lar main point dia. Tak salah kalau kita berusaha beri yang terbaik untuk anak kita kan. Harap-harap baby dalam perut ni akan lahir dengan cergas dan cerdas.

Kalau ada yang nak share pasal NG-PB ni..jangan segan-segan tinggalkan komen yer… Thanks in advance.

update: Harga NeuroGain PB kat PMC Alor Setar adalah RM48.00 sahaja. Murah kan…. suka suka suka.

 

 Iklan:
Dapakan produk Tropika, produk terbaik untuk bayi anda dengan harga lebih murah di ZM Health and Beauty