Assalamualaikum

Nak tahu tak.. dah 6 tahun kahwin ngan orang Kedah.. raya haji lepas baru first time saya sampai ke Pantai Merdeka. Tu pun lepas saya bising pot pet pot pet Raya Haji terperap kat rumah tak kemana. Bosan la..tau dak. Tiap kali dok Kedah, memang saya kebosanan lar haii.. tak tahu nak kemana. Huhuhu. Jadi saya tak pedulik. Saya paksa jugak En Suami bawak gi berjalan. Dia tanya nak kemana.. saya cakap nak gi pantai. Nak lepak makan-makan tepi pantai. Pandai-pandai lah cari pantai mana-mana.

Hari kedua raya haji, En Suami ajak pergi Pantai Merdeka. Jauh jugak  Pantai Merdeka tu dari Jitra. Gerak dari Jitra dalam pukul 1 lebih.. Dekat pukul 3 petang baru sampai sana. Alhamdulilah, masa kami sampai, cuaca walaupun panas, tapi tak terik sangat. Angin pantai pulak kuat, jadi rasa sejuk jer. Memang cuaca cantik la hari tu..

Meriah rupanya Pantai Merdeka ni. Ramai orang. Gerai-gerai pun banyak sangat. Kebanyakannya jual makanan, baju, cenderahati  dan mainan. Budak-budak memang seronok la kat sini. Sampai sana jer Adam ngan Aiza  tu dah pau bubble yang tiup-tiup tu.

Banyak gerai jual macam-macam benda

Banyak gerai jual macam-macam benda

Lepas tu nampak pulak kereta mainan. Terus jer Adam tu kata nak naik kereta.

Kereta Adam tu drive sendiri, kereta Aiza En Suami yang control guna remote

Kereta Adam tu drive sendiri, kereta Aiza En Suami yang control guna remote

Sementara tunggu Adam ngan Aiza naik kereta, saya duduk-duduk la tepi pantai tu.

Akak pakai kebaya pink pegi pantai tau.. kah kah kah

Akak pakai kebaya pink pergi pantai tau.. kah kah kah

Kat Pantai Merdeka ni, saya berkenan betul dengan basikal elekrik nih. Basikal elektrik ni ada bateri. Jadi boleh jalan sendiri, tak payah kayuh. Tak laju pun. Laju dia macam orang naik basikal tu jer lah. Best jer tengok orang bawak basikal ni pusing-pusing pantai. Nak jer try naik.. tapi sebab akak ni pakai kebaya, tak sesuai la pulak. Kain tu sendat oi. Kalau naik konpom terselak. hahahaha

Basikal elektrik

Basikal elektrik

Dah puas budak-budak tu main kereta, saya ajak lepak kat food court Pantai Merdeka tu. Food court dia besar. Banyak gerai makanan. Menu Istimewa kat Pantai Merdeka ni Mee Udang dan ABC special. Kami tak order Mee Udang. Kami order ABC Special jer. Kemain besar lagi ABC dia. Siap ada aiskrim kon atas tu. ABC special ni Rm5 jer. Share makan 4 orang pun tak habis.

Food Court pantai Merdeka

Food Court pantai Merdeka

ABC Special with icecream cone on top

ABC Special with icecream cone on top

 

Ice cream tu Adam makan sorang

Ice cream tu Adam makan sorang

 

Kemain comot haa Aiza tu makan ABC. huhuhuh

Kemain comot haa Aiza tu makan ABC. huhuhuh

Dah kenyang makan Abc dan kopok lekor, sambung main lagi. Main bubble ngan layang-layang pulak.

Akak pakai kebaya pink yang naikkan layang-layang ni tau

Akak pakai kebaya pink yang naikkan layang-layang tu tau

En suami dan handphone berpisah tiada....

En suami layan angin tepi pantai

Dalam pukul 5 lebih, kami pun balik. Sebelum balik, sempat la belikan t-shirt untuk Adam ngan Aiza buat kenangan. Masa kami nak balik tu, ramai orang baru sampai pantai Merdeka nih.  Memang seronok lepak-lepak kat Pantai Merdeka ni.  Tak hairanlah pantai ni jadi hot spot untuk orang-orang kat sini.