Assalamualaikum

Selepas bertahun-tahun bertangguh pasang penapis air, akhirnya En Suami buat keputusan pasang juga penapis air kat rumah. Yeay!! . Selama ni kami beli air minuman dalam botol jer. Biasanya selang 2 hari beli 3 botol besar air minuman. Kadang-kadang tak sampai 2 hari, hari ni beli, esok dah habis. Tapi lepas kena rotavirus hari tu, entah kenapa saya suspect mungkin berpunca dari air minuman botol tu kot? Entahlah.

Apa-apa pun memang kena pasang pun penapis air kat rumah ni. Letih la asyik kena beli air minuman berbotol-botol setiap hari. Penat + berat tau bawak naik rumah.. Maklumlah rumah apartment. Pastu lagi jimat sebenarnya pasang penapis air ni dari beli berbotol-botol air minuman setiap hari. Jimat banyak!

Ada banyak brand penapis air kan. Ikutkan mak saya, dia rekomen penapis air Elken. Sebabnya, rumah dia guna penapis air Elken. Tapi mahal sangat! Memanglah boleh bayar ansuran bulan-bulan, tapi caj servis, filter atau spare part tu kena bayar asing pulak!! Maaflah..tak mampu mak oii..

Jadi kami laki bini survey penapis air Brand Cuckoo dan Coway. Penapis air Cuckoo dan Coway ni murah sikit dari Elken. Boleh bayar ansuran bulanan (sewa beli) selama 5 tahun. Cukup 5 tahun, mesin penapis air tu kita punya.

Untuk kebanyakan model penapis air Cuckoo,  bayaran ansuran bulanan Cuckoo ni murah sikit berbanding Coway. Tapi bila dikumpulkan bertahun-tahun, beza yang sikit tu jadi banyak lar jugak kan.

Selepas 3 tahun (tahun ke 4 dan ke 5), bayaran ansuran Cuckoo akan berkurang.  Kalau Coway, sepanjang 5 tahun tu bayaran ansuran sama jer. Tak berkurang.  Lagi satu bayaran pendaftaran untuk penapis air Cuckoo ni  FREE jer. Kalau Coway, ada bayaran untuk yuran pendaftaran.

Untuk caj servis penapis air Cuckoo dan Coway  pulak, kita dah tak perlu bayar caj servis/ filter bila kita beli penapis air tu secara ansuran,  sebab bayaran untuk servis dan tukar filter tu dah termasuk sekali dalam bayaran bulanan.

Selepas 5 tahun, dah tak perlu bayar ansuran lagi sebab penapis air tu dah jadi milik kita. Tapi,  kita kena bayar untuk caj servis dia pulak. Caj servis Cuckoo untuk setahun lebih murah dari Coway. Caj servis Coway mahal sikit sebab servis Coway  untuk penapis air dia, 2 bulan sekali. Kalau Cuckoo pulak, 4 bulan sekali. Ha..sebab tu lah Coway punya servis caj mahal sikit.

Bila difikir dan dikira itu ini, akhirnya kami pilih penapis air Cuckoo. Sebabnya dari segi long term, Cuckoo lebih menjimatkan.

Ada banyak model penapis air Cuckoo ni. Blur jugak nak memilih masa kat kiosk  Cuckoo ni. Masa kami nak register tu, salesman yang jaga booth tu baru kerja kot.. Dia macam tak tahu sangat. Bila saya tanya itu ini, dia amik pamplet dan baca balik kat saya. Haih.. kalau setakat baca.. saya pun boleh. Tak semua info ada kat pamplet tu pun. Sebab tu saya tanya.  Nasib baik tak lama lepas tu, senior salesman datang. Discuss ngan aunty tu, lancar jer dia bagi explanation. Siap boleh suggest model penapis air yang sesuai untuk kami 1 family

Kiosk Cuckoo

Kiosk Cuckoo

Ada 2 jenis model penapis air Cuckoo yang saya berkenan. Model King Top dan Fusian Top. Saya suka dua-dua model ni, sebab dua-dua model ni  boleh digunakan kalau blackout. Ha.. penting ni. Ada penapis air yang tak boleh digunakan kalau blackout tau. Dah tu kalau blackout lama, tekak pulak dahaga.. tak pasal-pasal jer kena keluar rumah cari air minuman kan. Jadi lebih baiklah beli penapis air yang boleh digunakan bila blackout.

king top

Penapis Air Cuckoo model King Top

Sumber gambar: Sini

 

 

Penapis Air Cuckoo model Fusion Top

Penapis Air Cuckoo model Fusion Top

Sumber gambar: sini

Model King Top ni ada3 pilihan air: air sejuk, air suhu bilik dan air panas. Fusion Top pulak ada 2 pilihan suhu air samada sejuk/suhu bilik dan air panas.  Beza harga ansuran bulanan pun sikit jer. Model King Top bulanan dia RM110/month. Model Fusion Top RM103.88/ month. Beza RM6 jer. King top mahal sikit sebab model baru, lebih slim dan ada 3 pilihan suhu air.

In the end, kami pilih Fusion Top. Sebab utama kami pilih model fusion top sebab saiz tanki. Saiz tanki air untuk Fusion Top lebih besar berbanding King Top. Untuk air panas, saiz tanki Fusion 1.4L.  King cuma 1.0L. Beza sikit jer pun.. tapi still beza la kan. Bila-bila nak bancuh air panas 1 jug, memang cukup la 1.4 L tu kan.

Pastu kami jarang minum air sejuk kat rumah.  Jadi, boleh off jer suis cold water kat model Fusion Top tu.  Air yang keluar nanti,  air suhu bilik. Kalau rasa nk minum air sejuk, ambil jer ais dalam peti sejuk.  Lagipun jimat elektrik jugak bila off suis cold water kat penapis air tu. Hehehehe.

Register hari Isnin, hari sabtu penapis air kami pun sampai… Yang hantar technician. Dia hantar siap pasang sekali.

Technician tengah pasang penapis air

Technician tengah pasang penapis air

Tak ada apa-apa caj pemasangan yang dikenakan. Semua ditanggung oleh pihak Cuckoo. Kalau nanti kami nak pindah rumah, boleh pasang semula kat rumah baru tanpa apa-apa bayaran jugak.

Akhirnya, kami dah ada mesin penapis air kat rumah. Tak perlu dah beli air berbotol-botol setiap hari. Dan tak perlu dah nak masak air lagi. Tinggal tadah jer kat penapis air tu. Mudah dan senang.

Penapis air Fusion Top kami

Penapis air Fusion Top kami

Kalau ada yang nak tahu info lain tentang penapis air Fusion Top Cuckoo ni, boleh baca infografik kat bawah ni.

Info Penapis Air Cuckoo Fusion Top

Info Penapis Air Cuckoo Fusion Top

Infor fusion top 2

Info Penapis Air Cuckoo Fusion Top

 

Iklan

Serum anti jeragat, tompok hitam dan parut

Serum anti jeragat, tompok hitam dan parut

Dapatkan Serum Anti Jeragat, tompok hitam dan parut – Peptide Perfection Spot Serum di sini