Assalamualaikum

Sekarang ni kami sekeluarga ada kat Jitra, rumah mertua. Balik kedah sebab  sepupu En Suami nak bertunang. Jadi kami pun diseru pulang untuk memeriahkan majlis. Hehehe

Biasanya kami balik Kedah naik kereta. Kali ni kami balik naik train pulak. Sajer nak merasa pengalaman naik train ETS tu. Kami balik Kedah hari Khamis, ambil train pukul 1.15 petang. Dari rumah ke KL sentral, kami guna khidmat Uber. Caj uber dari rumah kami ke KL Sentral RM33.00. Sampai KL sentral pukul 12.30, sempat la makan tengah hari kat KL sentral tu. Lepas makan, train dah sampai, terus la naik train.

Mintak tolong abam polis ambilkan gambar

Kami beli ticket train online. Beli untuk 4 tempat duduk. 2 dewasa, 2 kanak-kanak.

Masa beli online tu boleh pilih seat. Kami ingatkan kami pilih seat yang mengadap depan, rupanya tempat duduk kami mengadap belakang. Adoi.. pening kepala saya sepanjang naik train ETS ni. Serius la..saya memang pening kepala kalau duduk mengadap belakang. Kalau kejap jer takper, ni 5 jam!

Kat bahagian depan gerabak ada TV. masa kami naik ETS ni, kat TV tu cerita hindustan. Tapi alahai, kecik jer ha TV tu. Saya duduk row ketiga, tak nampak pun TV tu. Terlindung dengan seat depan. Ni saya ambil gambar, kena tinggikan handphone baru nampak TV tu.

TV dalam ETS

TV dalam ETS

Saya duduk ngan Aiza. En suami dan Adam duduk kat depan saya. Ingatkan naik train ni, boleh lah relax. Oohh, takder maknanya. Baru gerak 30 minit Adam dah kebosananan. Selang 5 minit dia tanya bila nak sampai..bila nak sampai..bila nak sampai. Pastu tataw diam. Nak itu lah..ini lah. Ada jer benda dia buat pastu mintak dilayan. Tataw diam.

Muka sebelum kebosanan

Muka sebelum kebosanan

Bukan Adam jer bosan…Aiza pun sama. Duduk jer kan..maunya dak kecik tu tak kebosanan. Bila Aiza bosan, mula lar dia merengek-rengek.

Jadi bawak lah Aiza ngan Adam tu ke cafe train. Laa…kecik jer cafe dia. Ada 1 kaunter makanan kecik dan 3 meja makan kecik dengan 2 tempat duduk. Pilihan makanan pun tak banyak. Yang nak membeli pulak ramai.. Aiza macam biasalah, bila ramai-ramai org dia gelisah.. jadi sy beli milo panas jer lepas tu balik ke tpt duduk.

Kat tempat duduk, saya cuba tidurkan Aiza. Nak tidurkan Aiza kemain payah, sebab seat tu sempit. Susah saya nak baringkan Aiza kat riba..  Aiza pun nampak tak selesa baring kat riba dalam train tu.. Nak tidurkan Aiza dalam keadaan duduk, kesian pulak kat dia tersengguk-sengguk.

Lama jugak lah memujuk Aiza tu tidur. Akhirnya tidur jugak. Bila Aiza dah tidur, mintak tolong suami belikan makanan kat cafe. Sebabnya saya kebulur. En suami belikan saya pau. Share makan dengan Adam

Set pau + air mineral

Set pau + air mineral

Lepas makan pau, Adam pun tidur. Dapatlah saya ngan En suami rehat kejap. Tapi kejap jer la… sebabnya Adam ngan Aiza tidur tak lama. Tak sampai sejam tidur, dah bangun..

Bila budak-budak dah bangun, masing-masing buat perangai lagi sebab kebosanan. Sudahnya En Suami bawak Adam ngan Aiza berjalan kehulu kehilir dalam train. Sempat lah Adam buat tarian raver dia dalam train masa berjalan2 dalam train tu.

Nak tengok cemana Adam menari raver?

Kat bahagian atas train ni, ada skrin yang bagitahu sekarang train tu dah sampai mana. Kejap2 saya tengok skrin tu. Tak sabar tunggu bila nak sampai.. huhuhu.

Skrin perjalananan train ETS

Skrin perjalananan train ETS

Train ETS ni ada dua jenis. Satu Gold, satu lagi Platinum. Tiket Gold murah dari tiket platinum. Beza dia, ETS Gold ni, ada banyak hentian. Kejap2 berhenti kat stesen. ETS platinum pulak tak banyak hentian.

Masa kami balik kedah, kami naik yang Gold. Nanti nak balik KL, maybe kami ambil yang platinum jer. Harapnya cepat sikit sampai. Huhuhu.

Harga tiket keretapi ETS Gold dan Platinum KL Sentral – Alor Setar:

GOLD
Dewasa: RM70
Kanak -kanak : RM39

PLATINUM
Dewasa: RM93
Kanak-kanak: RM51

Bila dikira balik, kos pergi balik naik ETS untuk kami sekeluarga lagi mahal dari naik kereta sebenarnya. Sebab bayar untuk 4 tempat duduk kan.

Memanglah naik train lagi cepat sampai. Tapi tak berbaloi sebab kami laki bini kepenatan melayan anak-anak yang kebosanan. Kalau naik kereta, bila anak bosan boleh singgah RnR kan.. kat dalam train..duduk ajer sepanjang jalan, maunya tak bosan. Seat train pulak sempit..nak tidurkan Aiza pun payah.

Lepas ni kalau nak naik ETS balik kedah, tunggu budak-budak ni besar sikitlah. Sementara tu, baiklah balik Kedah naik kereta jer. Lagipun lebih senang bawak barang kalau naik kereta.

Muka jer senyum, padahal masing2 dah stress masa ni.

Muka jer senyum, padahal masing2 dah stress masa ni.

Ergh.. stress pulak membayangkan nak balik KL naik ETS minggu depan. 5 jam nak mengadap perangai anak kebosanan dalam train. Huhuhu.