Assalamualaikum

Ramadhan belum tiba lagi. Tapi saya dah sembang pasal raya. Ish ish ish.

Bukan apa..sejak dah berpangkat mak anak 2 ni kan, memang sedaya upaya saya nak settlekan  persiapan raya sebelum Ramadhan. Sebabnya, serius saya tak larat nak shopping cari baju raya kasut raya tu semua masa bulan puasa sambil bawak anak-anak. Penat oii…

Bukan lah bermakna bulan puasa nanti kami langsung tak berjalan.. Berjalan jugak, shopping jugak.. Tapi keluar shopping barang dapur atau barang keperluan lain. Keperluan untuk raya biarlah settle sebelum puasa. Tak sesak kepala.

Lagipun kalau cari baju atau kasut awal-awal ni senang. Warna dan saiz masih ada lagi. Kalau cari barang raya masa bulan puasa, selalu sangat bermasalah saiz atau warna yang kami cari tu dah habis. Yerlah, nak cari kaler yang sedondon kan. Bila warna /saiz tu tak ada, memang kecewa tau.

Tu belum lagi lepas shopping, nak cari tempat makan untuk berbuka pulak kan. Saya suami isteri jenis yang tak suka sangat berbuka kat luar sebab biasanya kalau berbuka kat luar, waktu berbuka tu macam kelam kabut sikit sebab nak mengejar waktu Maghrib.

Oleh sebab dah serik dengan pengalaman lepas, maka tahun ni saya cuba settlekan kelengkapan raya awal-awal. Alhamdullillah. Baju raya, kasut raya, tudung tu semua dah ada. Lega sangat rasanya tau bila pikir tak perlu lagi nak serabut kepala cari keperluan raya masa bulan puasa macam tahun-tahun lepas.

Kasut raya yang dah dibeli tu pun dah selamat dirasmi walaupun belum raya lagi. Hehehe

Tapi ada lagi la 2,3 barang belum lengkap.. Salah satunya seluar raya untuk Adam. Ha..masalah betul cari seluar untuk Adam. Dari dulu macam tu.

Tahun ni nak carikan seluar panjang warna hitam untuk Adam. Tapi belum jumpa lagi yang kami berkenan dan paling penting mesra poket kami. Mahal betul la seluar budak ni kan.. Haih..takper.. nanti kami cari pelan-pelan. Kalau ada rezeki, ada la seluar baru untuk Adam. Kalau tak, raya nanti, pakai jer lah seluar yang ada.

Hiasan rumah untuk raya tak ada. Memang tak pernah beli hiasan rumah setiap kali raya. Guna jer hiasan sedia ada.

Untuk biskut raya pulak, rasanya tahun ni macam nak buat cornflakes choc chip cookies. Sebabnya dh ada cornflakes ngan choc chip kat dapur tu.. Tak luak-luak. Dari dibiar expired, maka saya akan cuba paksa rajinkan diri buat biskut raya. Harapnya berjaya.

Baju sedondon

Baju raya kalau boleh haruslah sedondon macam ni