Assalamualaikum

Salam 10 Ramadhan. Dah 10 hari dah kita puasa. Tinggal 19/20 hari lagi jer bulan puasa. Sekarang kami sekeluarga kat Langkawi. Balik kampung mak mertua. Sepanjang 6 tahun kawin, ni first time saya berpuasa di Langkawi.

Dari first day puasa memang saya dah dekat Jitra, pastu semalam mertua ajak balik Langkawi. Lepas subuh terus gerak. Sampai jeti Kuala Perlis pukul 8 pagi. Naik feri pukul 9. Pukul 10 lebih dah sampai Langkawi.

Turun feri amik la gambar dulu

Turun feri amik la gambar dulu

Kat Langkawi, kami tinggal kat homestay mak mertua saya. Mak mertua saya ada homestay kat kampung dia. Kat Paya Mempelam, Kedawang. Dekat dengan lapangan terbang Langkawi. Homestay ni baru lagi. Sebelum ni kalau kami balik langkawi, kami sewa homestay orang. Sekarang tak yah sewa dah, dok homestay sendiri jer. Hehehe

Homestay mertua di Kedawang, Langkawi

Homestay mertua di Kedawang, Langkawi

Oleh sebab bulan puasa, maka takderlah kami berjalan sangat. Petang semalam keluar cari barang yang adik saya kirim, lepas tu pegi bazar Ramadhan kat Pekan Kuah. Best tau bazar Ramadhan kat sini. Ada baaanyak sangat pilihan makanan. Makanan melayu, siam, jepun, singapore..semua ada.

Bazaar Ramadhan Kuah, Langkawi

Bazaar Ramadhan Kuah, Langkawi

Antara makanan Siam yang ada kat bazar ramadhan kuah tu, kerabu meggi, somtam, pulut durian dan pulut mangga. Makanan Jepun pulak takoyaki, dorayaki ngan tokiyoki. Makanan Singapore macam mertabak singapore ngan bihun Singapore. Makanan melayu pulak memang banyak la.. kuih muih, lauk pauk, daging bakar, ikan bakar, nasi ayam, nasi kerabu.. Eh, macam macam jenis makanan lagi lah. Memang banyak!

Punyalar banyak pilihan makanan, kami laki bini blur tataw beli apa. Kat bazar ramadhan kuah ni, makcik En Suami ada bukak gerai jugak. Diorang berniaga Nasi Ulam, Kerabu Bronok dan Asam Pedas Batang Keladi. Nasi ulam ngan asam pedas batang keladi tu sedap sangat. Tapi kerabu bronok tu, tak sure rasa dia macam mana. Tak reti pulak nak makan. Hehehe.

Kerabu bronok

Kerabu bronok

Nasi Ulam

Nasi Ulam

Semalam buka puasa, kami berbuka puasa sekali dengan guest dari Iran. Diorang tak puasa pun, cuma mak mertua saya offer penginapan sekali dengan makan malam dekat pelancong Iran tu. Diorang stay kat roomstay mak mertua saya. Selain homestay, mak mertua saya ada roomstay jugak. Roomstay ni bilik jer lah. Atas rumah adik ipar saya.

Tak sure lagi berapa lama saya kat Langkawi. Sebab En Suami tak sihat pulak. Kalau dia dah sihat esok,  esok pagi lar kami balik. Kalau tak, lama lagi lah saya kat sini. Sambung puasa di Langkawi.

Adam tu suka jer dok Langkawi lama-lama sebab kat sini ramai kawan. Keliling homestay ni sedara mara. Ramai budak-budak. Memang seronok la dia main. Ni kang jenuh nak pujuk balik

 

IMG_20170605_180414

Ni baru separuh kawan Adam kat Langkawi