Assalamualaikum

Korang pernah tak beli barang kat Ikea, lepas tu rasa menyesal pulak beli? Saya pernah.

Baru-baru ni saya beli meja dan cermin Ikea. Baru keluar Ikea, terus bagitahu En Suami..rasa menyesal pulak beli. Padahal kami kat Ikea tu 2 jam semata-mata nak pilih meja dan cermin.  Bila dah beli, menyesal. Sengal betul perangai.

Bukan sebab tak cantik ke apa.. cantik! Perabot Ikea cantik-cantik. Saya beli meja dan cermin untuk buat meja solek. Tapi bila fikir balik, meja solek kat Kedah tu elok lagi, guna yang tu jer lah dulu. Kemudian-kemudian lah beli lain. Jadi yang saya beli kat Ikea tu saya nak pulangkan balik.

Mudah jer nak pulangkan barang Ikea. Yang penting barang tu belum guna, belum dibuka dan masih dalam bungkusan yang asal. Serta resit pembelian mestilah ada. Pemulangan perlu dibuat dalam masa 100 hari dari tarikh pembelian. Tu yang penting resit tu. Sebba dia nak check tarikh beli bila.

Kami pergi pulangkan meja dan cermin tu 3 hari lepas beli. Terus pergi kat kaunter customer servis kat level G.

Bawak balik cermin dan meja ke Ikea

Bawak balik cermin dan meja ke Ikea

Kaunter customer servis Ikea

Kaunter customer servis Ikea

Kat Customer Servis tu, kena ambil nombor dulu. Masa kami pergi pulangkan barang tu, tak ramai orang. Lepas ambil nombor, terus jer dipanggil

Ambil nombor dulu

Ambil nombor dulu

Bawak balik meja dan cermin ke Ikea

Bagi barang dan resit kat staff Ikea. Terus jer dia proses. Kalau beli guna tunai, dia akan pulangkan tunai atau vaucher Ikea dengan nilai yang sama. Kalau beli guna kredit kad, dia akan return balik duit dalam kredit kad tu atau bagi vaucher Ikea dengan nilai yang sama. Terpulang la nak pilih yang mana.

Dah. Selesai. Mudah kan pulangkan barang di Ikea. Lepas pulangkan barang, saya tak terus balik. Saya masuk Ikea tu lagi, lepas tu  beli side table pulak. Kah kah kah. Saya ambil terus side table tu kat warehouse. Tak masuk showroom pun. Kang masuk showroom, banyak pulak benda lain saya beli kan…  bertuah sangat la gi Ikea tu balik tangan kosong kan..

side table ikea

Side Table Ikea. Macam biasa, packaging Ikea semua dalam kotak.

Pergi bawak barang. Balik pun bawak barang. Berhantu sungguh Ikea ni tau.