Assalamualaikum

Sepatutnya, weekend lepas kami sekeluarga join Family Fun Day GBSB kat Janda Baik Pahang. Tapi, tak jadi. Sebab Jumaat minggu lepas, saya jalani pembedahan buang appendiks. Huhuhu.

Saya start sakit perut dari malam rabu lagi. Sepanjang malam tak boleh tidur sebab rasa pedih sangat kat perut.

Pagi Khamis, ajak En Suami pergi klinik. Dapat ubat gastrik. Tapi lepas makan ubat, tak lega pun. Makin lama makin sakit. Sakit sangat kat bahagian tengah perut, kat area pusat tu. Terlalu sakit sampai nangis guling-guling.

Petang Khamis tu ajak En suami pergi Hospital Columbia pulak. Konon-konon nak mintak pain killer. Dulu sebelum kawin, saya pernah gastrik teruk sampai doktor kat hospital cucuk pain killer. Jadi kali ni ingat nk mintak pain killer jer terus.

Kat hospital, saya bagitahu sakit perut gastrik. Sakit kat kawasan pusat. Terus doktor kata, ni bukan gastrik ni. Ni radang appendik. Kena operate.

Saya dah macam blur. Saya ingatkan radang appendik ni akan rasa sakit belah kanan bawah perut. Pastu doktor kata, kalau radang appendik, mula-mula akan sakit kat kawasan tengah perut, area pusat. Tapi kemudian sakit tu akan pergi ke bahagian bawah kanan. Jadi, doktor tak bagi balik. Kena jumpa pakar. Sementara tunggu pakar, saya kena buat ujian darah ngan air kencing

Jumpa doktor pakar, dia kata keputusan ujian darah saya, sel darah putih saya sangat tinggi.  Ada kemungkinan jangkitan radang appendik. Simtom-simtom saya pun menunjukkan radang appendik. Tapi saya kena jalani scan ultrasound dulu, untuk check ovari jugak. Kot-kot saya ada masalah sakit puan. Malam Khamis tu saya dah kena start puasa dah.

Pagi Jumaat, bahagian kanan perut belah saya dah start sakit kuat. Pagi Jumaat tu jugak, sy kena buat ultra sound scan.  Lepas scan, ovari saya clear. Jadi doktor suspect memang masalah apendiks. Petang Jumaat tu jugak akan operate. Tak boleh tangguh lagi sebab risiko appendik tu pecah. Doktor suruh saya sambung puasa lagi.

Petang Jumaat, pukul 5 lebih, saya dibawa masuk ke bilik bedah. Masa czer dulu, saya cuma dibius separuh badan. Tapi untuk operate appendik ni, bius penuh. Memang pengsan terus tak sedar apa.

Sedar-sedar jer saya dah kat dalam wad, suami ngan anak-anak dah tunggu tepi katil. Saya ingat baru pukul 7. Rupa-rupanya dah pukul 9 malam. 4 jam rupanya saya tak sedarkan diri.

Alhamdullillah, doktor cuma tebuk perut jer. Tak potong. Tebuk 3 tempat, kat pusat, kanan perut dan bahagian bawah perut. Walaupun cuma tebuk, tapi sakit jugak. Nak gerak sikit jer pun, sakit sangat.  Malam tu, every time saya nak bangun pegi toilet, memang kena mintak tolong nurse. Nak air ke apa, memang panggil nurse jer lah. Sepanjang saya duduk kat hospital, En Suami memang tak teman. Sebab kena jaga Adam ngan Aiza kat rumah.

Pagi Sabtu Keyrul datang ambil goodie bag budak-budak untuk Family Day GBSB.  Goodie bag budak-budak ada dengan saya sebab tugas saya pack goodie bag tu semua.  Tapi saya sempat pack separuh jer. Jadi hari Sabtu tu Keyrul datang hospital untuk ambil goodie bag. Terima kasih banyak-banyak Keyrul, datang ambil goodie bag pastu kena sambung pack pulak. Sorry tau menyusahkan.

Keyrul datang lawat dan ambil Goodie Bag budak-budak

Keyrul datang lawat dan ambil goodie bag budak-budak

Hari Ahad, saya keluar hospital. Mak mertua datang dari Jitra, tolong uruskan hal-hal kat rumah. Jadi kat rumah memang saya rehat jer.

Petang Ahad tu,  Keyrul datang rumah hantar goodies/gift Family Day GBSB tu pulak. Adoi..rasa serba salah sangat ngan Keyrul sebab susahkan dia. Terima kasih sekali lagi tau, rajin datang rumah hantar barang.

Goodies/gift Family Day GBSB

Goodies/gift Family Day GBSB

Bulan 2 lepas, saya duduk kat wad jugak, sebab dijangkiti Rota Virus.  Pertengahan bulan Mac, Influenza A.  Hujung bulan Mac, radang appendik pulak.  Berturut-turut saya diuji dengan masalah kesihatan. . Berat badan jatuh teruk sampai kena tegur dengan doktor dan nurse kat hospital. Diorang risau tengok saya terlalu kurus.  Memang kurus cengkung sangat dah saya ni.  Doktor suruh saya minum susu. Tapi saya ni lactose intolerant. Kalau minum susu, memang akan sakit perut, cirit birit dan muntah-muntah. Jadi doktor suruh minum lactose free milk. Err..baiklah.

Lepas ni saya memang kena jaga makan minum dan kesihatan betul-betul. Penat sangat dah badan ni, asyik sakit jer. Nurse kat Hospital Columbia tu pun dah cam saya, muka yang sama keluar masuk wad. huhuhu