Assalamualaikum

Salah satu masalah utama mak-mak kat rumah ni kan.. Masalah nak masak apa hari ni? Walaupun punyalah banyak resepi dan aneka jenis hidangan kat Malaysia ni, tapi masa nak masak, jadi blur tak tahu nak masak apa. Saya ni tak suka masak yang renyah-renyah sangat. Saya suka masak resepi yang mudah, tapi yang penting sedap dan anak-anak dan suami makan.Β  Β Kalau ikut suami, dia kata goreng jer lah ayam tuh. Eii.. rasa nak muntah dah makan ayam goreng hari-hari. Aiza tu pun kalau bagi lauk ayam goreng, sikit jer makan. Dia pun dah muak.

Jadi macam biasa, saya google resepi, jumpa resepi Ayam Masak Serai. Senang rupanya nak buat ayam masak serai ni. Jadi saya share kat blog ni. Bila-bila masa nak masak lagi, boleh tengok kat sini jer.Β Resepi asal ni saya dah ubah suai ikut tekak family.

Resepi Ayam Masak Serai

Bahan-bahan (4 orang makan)

4 ketul ayam (dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)

1 batang serai ( ditumbuk sehingga pecah bahagian bawah serai)

1 keping asam keping/asam gelugur

1 biji bawang besar

3 biji bawang merah kecik

2 biji bawang putih

** Resepi ni untuk 4 orang makan tau. kalau masak banyak, contohya seekor ayam, kena tambah bilangan sukatan bahan-bahan lah yer.

** Resepi asal ada cili kering. Saya tak guna cili kering sebab nak bagi anak-anak makan. Kalau nak guna cili kering, blender cili kering bersama bawang besar, bawang kecik dan bawang putih. Tapi sebab saya tak guna cili kering, jadi saya tumbuk jer bawang-bawang tu semua.

Cara Penyediaan

  1. Goreng ayam sehingga separuh masak. AngkatΒ  dan ketepikan
  2. Tumbuk bawang besar, bawang merah kecik dan bawang putih
  3. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis bawang -bawang yang ditumbuk tadi.
  4. Bila dah naik bau, masukkan ayam yang dah digoreng tadi bersama serai yang dah ditumbuk dan asam keping
  5. Masukkan sedikit air (dalam 3 sudu besar air kosong). Gaul rata sehingga serai betul-betul kering dan naik minyak. Bila serai dah kering dan dah naik minyak, maknanya dah masak. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
  6. Tutup api dan hidangkan. Sedia untuk dimakan.
Ayam masak serai

Ayam masak serai

Rasa ayam masak serai ni lebih kurang macam rendang ayam. Memang sedap. Aiza suka sangat lauk ni. Makan nasi bertambah-tambah sampai saya kena stop bagi makan. Kalau ikutkan dia nak makan lagi, tapi saya tak bagi. Takut dia sakit perut sebab makan banyak sangat. Adam pun makan tak banyak bunyik. Biasanya kalau bukan ayam goreng, memang kena gaduh-gaduh ngan Adam nak suruh dia makan. Tapi bila bagi makan ayam masak serai ni, elok jer dia makan. Yang mana ada anak kecil tak makan pedas, boleh cuba resepi Ayam Masak Serai ni. Masakan ni tak pedas dan sangat mudah nak masak.

Selamat mencuba. πŸ™‚