Assalamualaikum

Dah hujung-hujung Ramadhan ni, rasa nak share resepi pulak. Semalam untuk berbuka, saya masak daging goreng blackpepper. ย En suami kata sedap. Jadi nak share lah kat blog ni. Nanti kalau nak masak lagi, boleh refer balik resepi kat sini jer. Hehehe

Resepi Daging Masak Blackpepper

Bahan-bahan

  • Daging (2-3 orang makan)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1/2 inci halia (tumbuk kasar)
  • Serbuk Lada hitam (kasar)
  • 1 biji bawang merah besar (dimayang)
  • Kicap manis (3 sudu besar)
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • 1 biji lada merah / hijau

Cara penyediaan

  1. Panaskan 1/2 senduk minyak masak. Goreng daging yang dah dipotong-potong dalam 4-5 minit. Balik-balikkan. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Guna semula minyak goreng daging tadi, panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
  3. Bila dah naik bau, masukkan daging, bawang besar dan serbuk blackpepper kasar. Gaul rata.
  4. Masukkan kicap manis dan gaul lagi.
  5. Bila daging dah empuk, masukkan sos tiram.
  6. Akhir sekali masukkan lada hijau/merah. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Gaul seketika dan angkat.

Sedia dihidang.

Daging masak blackpepper

Daging masak blackpepper

Saya ย kalau masak, memang mudah dan simple. Sebabnya, saya ni sebenarnya tak suka masak. Tapi takkan nak makan kat kedai hari-hari kan. Jadinya, bila saya masak, memang yang mudah-mudah jer lah. Janji sedap. Hehehehe