Assalamualaikum

Saya masih di Kedah. Baru-baru ni cikgu tadika Adam share kat group wassap, gambar aktiviti kat tadika. Buat kek batik. Macam seoronok je tengok budak-budak tu buat kek batik dengan cikgu. Kesian Adam tak dapat join sekali buat kek batik. Yer lah..dah Adam tu terpaksa ponteng  tadika kan..

Jadi saya pun nak jugak lah buat kek batik kat rumah. Ajak Adam buat sekali. Tolong sikit-sikit pun jadiklah. Sekurang-kurangnya bila Adam masuk tadika balik, kalau kawan dia bercerita buat kek batik, Adam pun dah ada pengalaman buat kek batik. Sebelum ni saya buat kek batik biasa jer. Kali ni saya buat Kek Batik Cheese. Cara buat sama jer, cuma tambah topping cheese kat atas.

Jadi nak up lah resepi Kek Batik Cheese kat blog nih. Bila-bila saya nak buat lagi, boleh refer kat sini jer.

Resepi Kek Batik Cheese

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Kek Batik Cheese

Bahan-bahan

 

 

Bahan-bahan untuk kek batik

  • Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
  • 250g mentega
  • 200g  Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan  jika mahu manis)
  • 1/4 cawan susu cair (tiada dalam gambar)
  • 2 biji telur

Bahan-bahan untuk topping cheese

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit perahan lemon (tiada dalam gambar)

*Yang tiada dalam gambar tu, saya lupa nak snap sekali. Masa tengah buat tu baru teringat ada bahan yang tak masuk dalam gambar. Huhuhu

 

Cara Penyediaan 

  1. Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.cairkan mentega
  2. Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul. coklot, milo, susu
  3. Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.gaul biskut merrie
  4. Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan  tadi kedalam loyangmasukkan dalam loyang
  5. Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pulapadatkan
  6.  Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.pukul creem cheese dengan susu
  7. Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.siap
  8. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jamsimpan dalam peti sejuk
  9. Potong-potong dan sedia untuk dihidang

    Kek Batik Cheese

    Kek Batik Cheese