Assalamualaikum

Lately Aiza suka betul makan bihun goreng cina atau nasi goreng cina. Kalau order kat kedai, banyak dia makan. Jadi saya pun cuba masak sendiri kat rumah. Alhamdullilah, jadi. Sedap jugak. En Suami dan Aiza makan bertambah-tambah. Jadi nak share kat sini resepi nasi goreng cina yang saya masak kat rumah. Tapi resepi nasi goreng cina saya ni, saya ubahsuai sikit ikut tekak En Suami dan anak-anak. Memang sedap dan sangat mudah dimasak.

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan (4 orang makan)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 genggam udang kering (ditumbuk bersama bawang putih)
  • 5 ulas bawang kecik (dimayang)
  • Isi ayam (potong kecik-kecik)
  • Carrot (potong dadu). Kalau ada kobis, boleh tambah kobis jugak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Nasi (4 orang makan)
Bahan-bahan nasi goreng cina

Bahan-bahan nasi goreng cina

Bahan-bahan semua kat lantai. Sebab masa ni memang saya masak kat lantai. Rak dapur dah dijual. Hehehehe. Dah nak pindah balik Jitra, terpaksa lah jual perabot yang ada termasuk lah rak dapur. Jadi dapur gas tu letak atas lantai jer lah. Takperlah, buat sementara waktu ni saya masak jer lah atas lantai. Lighting pun gelap sebab lampu kat dapur tak hidup. Wiring problem. Kesian kan..dah lah masak kat lantai, dalam gelap pulak tuh. Hahahahaha

Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan udang kering yang dah ditumbuk. Gaul seketika. Kemudian masukkan bawang merah. Gaul sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan carrot (kalau ada kobis, masukkan sekali). Gaul sehingga ayam masak
  3. Ketepikan bahan tumies ke tepi kuali dan pecahkan telur di tengah kuali (rujuk gambar). Gaul rata telur sehingga masak kemudian gaul bersama bahan yang diketepikan tadi
  4. Pecahkan telur macam ni

    Pecahkan telur macam ni

  5. Masukkan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan sedikit garam (  tak perlu banyak sangat sebab udang kering dah masin)
  6. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.
Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Mudah jer kan resepi nasi goreng cina ni? Kalau nak pedas, boleh tambah cili api. Tapi bukan nasi goreng cina lah namanya kan, sebab nasi goreng cina memang tak pedas. Hehehe