Assalamualaikum

Kali ni saya nak share resepi sup bebola daging yang En Suami suka makan. Sup bebola daging ni lebih kurang kuah bakso tu jer.  Bebola daging yang saya guna ni, saya buat sendiri guna daging kisar. Tapi kalau nak senang, guna bebola daging yang ready made tu pun boleh.

Ni resepinya.

Bahan-bahan bebola daging (2-3 orang makan)

Bahan bebola daging

Bahan bebola daging

  • Sekeping daging kisar (saya guna daging kisar Ramly)
  • 1/2 biji bawang merah besar (cincang halus)
  • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2  biji telur yang dipukul sedikit (pecahkan sebiji telur, tapi masa nk guna ambil setengah jer. Baki boleh buat telur dadar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu garam

Cara buat bebola daging

  1. Campurkan kesemua bahan. Gaul rata.
  2. Bulat-bulat kan dan ketepikan
Daging yang dah dibulat-bulatkan

Daging yang dah dibulat-bulatkan

Bahan-bahan sup

  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  •  1 inci halia
  • Sedikit bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, biji cengkih
  • 1 biji kentang (dipotong 4 atau 6)
  •  1 batang lobak (dipotong besar-besar)
  • 1 biji tomato (potong 4 atau 6)
  •  1 batang saderi( potong serong)
  •  1 bungkus sup bunjut
  •  3 atau 4 cawan air kosong

Cara penyediaan sup bebola daging

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan biji cengkih.
  3. Setelah naik bau wangi, masukkan air. Masukkan sekali kentang dan bebola daging tadi.
  4. Bila dah mendidih, masukkan lobak dan saderi
  5.  Bila kentang dah lembut, boleh masukkan tomato. Kalau bebola daging dah mula timbul, maknanya bebola daging tu dah masak.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Boleh masukkan sedikit gula kalau mahu. Untuk rasa dan aroma yang lebih sedap, masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
Sup bebola daging

Sup bebola daging

Sedia untuk dihidang. Resepi sup bebola daging ni mudah dan ringkas jer kan? Selamat mencuba.