September lepas saya ada mentioned saya beli bedak Chriszen kan. Guess what? Bedak tu ada lagi..lom habis.. Dah almost 4 bulan, baru separuh luak kot.. . Saya kan surirumah, jarang keluar rumah.. Jadinya, memang sesekali jer lah saya pakai Chriszen ni. Pastu everytime guna bedak ni, saya guna sikit-sikit jer. Light-light gitu…sebab saya tak suka makeup tebal-tebal. Konon-konon nak nampak natural gitu.. Tu yang sampai sekarang banyak lagi.. Hehehe

Rupa foundation Chrisszen masa beli bulan September lepas

Rupa foundation Chriszen masa beli bulan September lepas

Bedak Chriszen setelah hampir 4 bulan penggunaan

Foundation Chriszen setelah hampir 4 bulan penggunaan

See..macam tak luak kan? Hehehehe.

Setelah 4 bulan guna, sekarang baru sempat nak review bedak Chriszen ni. Soklan tipikal: Best ke tak bedak  Chriszen ni? Jawapan saya.. best!  Kenapa best?

  1. Dia tak merekah bila pakai lama. Tahan lama
  2. Kulit rasa lembab jer lepas pakai bedak ni, means dia tak mengeringkan kulit.
  3. Tona kulit nampak lebih cerah dan sekata.. cantik!
  4. Sangat mudah nak pakai bedak ni..so tak buang masa nak makeup lama-lama.

Adakah Chriszen ni boleh menutup parut/cela di muka?

Boleh..kalau korang tepek bedak ni tebal-tebal kat muka.Saya pakai nipis jer..sebab rasa rimas kalau pakai tebal-tebal. Jadi still nampak lah bintik-bintik hitam kat muka tu sikit-sikit.. Heh. Mesti korang nak tengok beza sebelum dan selepas pakai bedak ni kan.. OK meh saya tunjuk..

Beza sebelum dan selepas pakai bedak Chriszen

Beza sebelum dan selepas pakai bedak Chriszen

Muka bogel tak pakai apa-apa

Muka bogel tak pakai apa-apa

Muka saya bila pakai Chriszen

Muka saya bila pakai Chriszen

Gambar-gambar yang saya share ni tak edit tau. Lepas pakai bedak Chriszen ni kulit muka saya nampak lebih cerah dan sekata. Pastu nampak smooth jer kan… Bintik-bintik hitam pun tak berapa nampak lepas tepek bedak Chriszen ni.  Sebab tu saya kata bedak ni best!

Kalau tak best, takkan Felicia Yeap nak guna produk Chriszen  kan..

Feliecia Yeap -pengguna produk Chriszen

Feliecia Yeap -pengguna produk Chriszen

Eh.. Waktu saya menaip ni, Felicia bukan duta produk Chirszen tau, dia memang pengguna bedak Chriszen. Tak tahu lah esok lusa kot-kot dia dilantik jadi duta produk ni pulak kan..

Foundation Chriszen

Bedak Asas Chriszen Moist Cake

Mesti korang pelik, kenapa bedak ni ada belang putih kan? Belang putih kat bedak ni L-Glutahiane + Kolagen. L-Glutahiane ni bersifat antioksida, fungsi dia mencerahkan, melindungi dari sinaran UV, mengurangkan kesan melanin dan bintik hitam pada kulit.  Yang kaler beige tu pulak foundation + SPF 50. Bila digabungkan, bedak ni berfungi untuk:

  • Mencerahkan
  • Pelindung UV (SPF 50/PA+++)
  • Kolagen (Menghaluskan)
  • Pelembap (Melembapkan)

Tinggi kan pelindung UV dia. SPF50/PA+++ lagi. Antara sebab saya pilih bedak ni sebab pelindung UV dia lah. Dulu masa muda-muda, saya pakai krim muka yang pelindung UV dia rendah. Time tu macam tak kisah sangat pasal UV ni, asal ada jer.. Now bila dah berusia, nampak kesan dia. Muka saya ada banyak bintik hitam jeragat, kesan sinaran UV tu lah. Sobs!

Sebab tu lah sekarang saya guna bedak Chriszen, untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Penting ok pelindung UV ni.. Kalau nak kulit cantik bebas bintik hitam/jeragat, make sure krim muka/foundation yang korang pakai tu ada pelindung UV sekurang-kurangnya SPF35 keatas.

Bahan-bahan bedak Chriszen ni: L-glutathione white ozokerite, micro crystal wax, bees wax, purester 24, avocado oil, almond oil, nut oil, jojobo oil, wheat germ oil, iso-octyl palmitate, lecithin, titanium dioxide, iron oxide yellow, iron oxide red, methyl methacrylate.

Tak ada paraben! That’s good!

Kekdah pakai Chriszen ni.. Memula tepek Ampoule dia.. Apa benda ampoule tu?

Ampoule Chriszen

Ampoule Chriszen

Ampoule ni untuk melembabkan kulit dan untuk memastikan bedak ni lebih tahan lama.. Kalau saya keluar seharian, memang saya tepek dulu ampoule ni kat muka, baru sapu bedak Chriszen tu. Tapi kalau setakat keluar kejap jer.. saya tak pakai pun ampoule ni.. Still nampak cantik jer bedak tu kat muka.  🙂

Ampoule Chriszen merupakan “serum” ataupun “pelembab”,  tidak berminyak, sesuai untuk semua kulit terutamanya kulit sensitif. Ampoule ni digalakkan dipakai sebelum memakai solekan atau untuk penjagaan kulit. Ampoule ni pun ada L-Glutahiane + Kolagen jugak. Ia berfungsi untuk melembabkan, mencerahkan dan merawat kulit wajah.

Kegunaan Ampoule Chriszen

Kegunaan Ampoule Chriszen

Cara pakai Ampoule:

  • Titiskan 2,3 titik atas tapak tangan, kemudian tepuk-tepuk lembut ke muka. Biarkan di muka lebih kurang seminit, bagi dia meresap..baru kita tepek foundation Chriszen

Lepas dah pakai Ampoule, sapu lar bedak Chirszen tu pulak. Bedak tu kan belang-belang kan..So masa nak sapu tu, gaul rata guna span, dan tepek kat dagu, kedua-dua belah pipi, hidung dan dahi. Lepas tu ratakan ke seluruh muka.. Mudah jer!

Foundation Chriszen ni ada 3 pilihan warna:

 

3 pilihan warna bedak Chriszen

3 pilihan warna bedak Chriszen

Untuk kulit cerah, putih-putih merah boleh guna yang Col 1. Kulit cerah kuning langsat, guna yang Col 2. Kulit sawo matang, boleh pilih Col 3. Saya guna yang Col 2. 🙂

Foundation Chriszen ni 20g. Kalau korang jenis yang sesekali jer tepek bedak ni kat muka macam saya ni, rasanya bedak ni tahan 5-6 bulan.. Kalau korang pakai hari-hari, tapi pakai nipis jer, tahan 2- 3 bulan. Tapi kalau korang jenis yang makeup tebal macam makeup pengantin tu.. tahan sebulan jer lar kot. Hehehe.

Macam biasa lah, kalau saya puas hati dengan sesuatu  produk tu, mesti saya nak jual jugak. Jadi saya buat keputusan nak jual produk Chriszen. Sebab saya yakin orang yang guna Chriszen ni akan puas hati jugak dengan produk ni.

Harga pasaran untuk bedak Chriszen ni RM59.90.

Saya jual murah sikit..

Set A: Chriszen Moist Cake: RM56 (SM)/ RM59(SS). 

FREE Sponge dan FREE Ampoule. 🙂

sms/wassap saya di: 012.692.2025. (NO PHONE CALL ) 

 

Set A: Bedak Chriszen + FREE Ampule

Set A: Bedak Chriszen + FREE Ampule

Selain Foundation, Chriszen ni ada eyeliner jugak. Tapi eyeliner dia saya belum cuba lagi.

10494621_294184317428416_2002616112815459255_n

Kalau ada yang nak beli eyeliner Chriszen ni, harga saya jual RM24.00(SM)/ RM27.00 (SS). Harga termasuk postage.

Kalau beli sekali dengan bedak, jimat sikit.

Set B: Chriszen Moist Cake+ Eye Liner + FREE Ampoule: RM75 (SM)/ RM80(SS). 

 sms/wassap : 012.692.2025. (NO PHONE CALL) 

 

Set B: Bedak Chriszen + Eye liner Chriszen

Set B: Bedak Chriszen + Eye liner Chriszen + FREE Ampoule

 

Kalau rasa leceh nak tepek ampoule, lepas tu nak kena tepek bedak pulak, boleh guna produk terbaru Chriszen: Roller Moist Cream Ampoule Plus.

Roler Moist Cream Chriszen

Roler Moist Cream Chriszen

Lagi senang guna roller moist ni,  sebab dia dah combine ampoule dan foundation tu dalam satu bekas.. So boleh terus sapu kat muka. Mudah dan cepat,

Roller Moist Foundation Chriszen

Roller Moist Cream Chriszen

 

Roller Moist Cream Chriszen

Harga Asal: RM69.00

Harga Diskaun: RM65 (SM)/ RM70(SS)

Untuk pembelian,  sms/wassap saya di: 012.692.2025. (NO PHONE CALL) 

Disclaimer: Saya jual produk Chriszen yang ORIGINAL sahaja