Assalamualaikum

Pernah dengar OsteMatrix tak? OsteMatrix ni supplement kesihatan keluaran Shaklee. Rasanya memang ramai yang tahu, produk Shaklee memang bagus dan elok kan? Dulu, lepas bersalinkan Adam, saya ambil produk Shaklee sebagai supplement untuk tambah susu badan. 

Bulan lepas, sebelum discaj dari hospital, doktor nasihatkan saya untuk ambil susu. Doktor risau sebab saya terlalu kurus. Dia risau nanti bila tua, saya ada masalah tulang atau osteoporosis. Tapi tu la.. saya tak boleh minum susu sangat. Jadi sebagai alternatif, saya ambil supplement. Salah satu supplement yang elok untuk tulang, OsteMatrik.

Ostematrik keluaran Shaklee

Ostematrix keluaran Shaklee

OsteMatrixTM ni padat dengan nutrien termasuk Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan pelbagai khasiat lain yang penting untuk membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Selain tu, Ostematrix ni juga 
– membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
– membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
– membantu mengurangkan simtom-simtom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Belum sampai sebulan lagi saya amalkan ambil OsteMatrix ni. Tapi so far, alhamdullilah, ada perubahan positif. Saya ambil OsteMatrix ni waktu malam, sebelum tidur.

Pil Ostematrik

Pil OsteMatrix

Besar-besar pil OsteMatrix ni. Walaupun besar, pil ni senang ditelan. Pil OsteMatrik ni tak pahit, tak ada rasa apa-apa pun.  Ambil Ostematrik  ni dengan air, senang jer dia turun dalam tekak.

Kesan yang paling ketara lepas ambil OsteMatrix ni kan, saya tak rasa lesu atau mengantuk bila bangun pagi, walaupun tak cukup tidur. Sebelum ambil Ostematrix, kalau tak cukup tidur, lepas solat Subuh tu kadang-kadang saya sambung tidur balik. Rasa ngantuk sangat. Tapi sekarang, walaupun tidur malam cuma 4-5 jam jer, bangun tidur, memang tak ngantuk atau lesu. Badan rasa segar dan cergas. Sekarang ni, lepas subuh, saya terus jer masuk dapur, masak bubur Aiza/ sarapan pagi. 

Waktu period pulak, biasanya saya ada  simtom PMS macam senggugut, sakit pinggang, sengal-sengal badan dan kaki. Tapi lepas ambil OsteMatrix ni, kurang sikit simtom-simtom period tu semua. Tapi, moody masa period tu masih ada. Hormon tak stabil, memang macam singa jer lah saya, rasa nak marah jer kalau time period ni. Huhuhu.

Salah seorang kawan saya kata, OsteMatrix ni boleh tambah susu badan jugak. Yang ni, saya belum nampak lagi. Lain orang, lain tindakbalas dalam badan kan. Mungkin badan saya lambat sikit tindakbalas dia. Lagipun,  belum sampai sebulan pun saya ambil OsteMatrix ni kan.  Cuma yang saya tahu, OsteMatrix memang elok untuk ibu hamil dan ibu menyusukan anak. Bila saya ambil OsteMatrik ni, Aiza juga akan dapat khasiat OsteMatrix tu seperti Kalsium, Magnesium dan Vitamin D melalui susu badan. InshaAllah. 

Harga OsteMatrix ni sebotol RM62 (tak termasuk postage). Ni harga runcit. Harga ahli lebih murah. Kalau nak jimat, boleh daftar jadi ahli Shaklee. Bukan setakat OsteMatrix, produk shaklee yang lain pun boleh dapat harga murah bila jadi ahli Shaklee.

Saya tak jual Shaklee tau.  Kalau nak beli produk Shaklee termasuk OsteMatrix ni atau kalau nak jadi ahli, boleh hubungi Sarah: 017-202 3543. InshaAllah beliau boleh bantu.  Nak tahu info tentang produk ni atau produk shaklee yang lain, boleh visit link ni:  http://www.ladysara84.com. Ada banyak info tentang produk Shaklee kat situ.

 review oste